Sayangnya…belajar tinggi-tinggi, akhirnya duduk di rumah, jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Mungkin itulah yang sering dikatakan oleh setiap orang. Kononya suri rumah tak ada masa depan, hanya duduk di rumah menguruskan keluarga semata-mata.

Sebenarnya, tidak salah pun menjadi suri rumah sepenuh masa. Jangan ingat, dengan belajar tinggi-tinggi, hasilnya, kenalah bekerja dan bergaji besar, sesuai dengan apa yang kita belajar sebelum ini. Namun, jangan ingat semuanya ini boleh datang dengan petik jari. Mungkin yang belajar tinggi dan mengambil keputusan untuk jadi suri rumah kerana ada komitmen lain yangperlu dilunaskan. Tak perlulah mengatakan suri rumah ini tak ada masa hadapan.

Malah, jangan dipandang rendah dengan ‘kerjaya’ suri rumah kerana dia juga bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti untuk keselesaan keluarga juga. Perkongsian daripada Normaliza Mahadi diharapkan dapat membuka mata wanita di luar sana agar tidak memandang rendah pada suri rumah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ramai Suami ‘Lupa’ Elaun Bulanan Buat Isteri Yang Jadi Suri Rumah!

Isteri Sanggup Berhenti Kerja Jadi Suri Rumah, Semua Kena Catu. Berbaloi Tak?

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Jangan Pandang Rendah

Keluarga mentua pandang rendah kepada menantu perempuan yang tak kerja ya? Sebab nampak menantu susahkan anak dia. Kesian anak dia kena kerja keras sara keluarga, sedangkan menantu relak aje kat rumah tengok tv, tidur, makan dan lepas tu hujung bulan dapat duit bertimbun dari suami. Lepas dapat duit bertimbun menantu pergi shopping.
Kesian anak aku!

Tiada Masa Depan

Inilah mentaliti yang menyedihkan yang masih berlegar dalam masyarakat.
Tapi bukan keluarga mentua sahaja yang pandang rendah tetapi juga keluarga sendiri dan banyak ahli masyarakat.

Suri rumah ni macam tak ada masa depan. Membayangkan suri rumah ni berbaju kepam, bertudung senget, bau bawang, blur tak tau hal dunia dan semua yang buruk-buruk sahaja.
Suri rumah ni tak ada taste. Kalau bawak ke rumah orang pun terus pergi belakang untuk tolong masak dah basuh pinggan. Dukung anak sambil membantu tuan rumah memberi makan kepada tetamu lain yang bukan suri rumah!

Begitulah suri rumah digambarkan.

Terpaksa Bekerja

Keadaan ini menyebabkan ada wanita yang tak perlu bekerja pun terpaksa bekerja hanya kerana tak selesa dan takut dengan pandangan masyarakat. Tak sanggup nak hadap persepsi gila yang suri rumah ini tak berguna.

Kitaran pandangan hina ini jika kita tak hentikan akan terus segar sepanjang zaman. Kita kena ramai-ramai hentikan. Semua orang. Jika daripada sekarang kita bekerja keras mengubah mindset masyarakat, generasi akan datang akan menuai kerja keras kita semua.

Suri rumah adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Tiada gaji bukan bermakna hina! Tiada gaji tetapi bekerja siang dan malam untuk keselesaan keluarga adalah jihad. Setiap tingkah laku dan amal baik yang tercetus dari ajaran ibu itu akan menjadi pahala yang berterusan.

Setiap keselamatan yang ibu ini sediakan untuk anak ini dan kelapangan ayahnya ketika bekerja kerana tahu anak-anaknya adalah selamat juga dikira pahala untuk ibu ini.

Usah Perkecilkan

Pesanan saya untuk suri rumah di seluruh Malaysia, jangan sesekali memberi ruang kepada sesiapa pun untuk memperkecilkan pilihan menjadi suri rumah.

Suri rumah adalah satu kerjaya. Sesiapa yang tak boleh terima hakikat ini, biarkan mereka. Jangan membiarkan kesempitan fikiran mereka ini mengganggu kehidupan kita.

Perkenalkan diri puan sebagai surirumah tangga. Tanpa perkataan je…

MW: Sebenarnya kerjaya suri rumah inilah yang dianggap berkerja kerana bekerja 24 jam tanpa henti. Tak perlu malu, inilah jihad untuk keluarga.

Sumber: Normaliza Mahadi