‘Galakan kesetiaan berterusan antara suami isteri.’ Perkahwinan lebih 50 tahun dapat ganjaran RM4000. Sebagai salah satu langkah mengalakkan pasangan terus setia dan tak curang, kerajaan negara Filipina menyediakan ganjaran untuk rakyatnya.
Secara tak langsung langkah ini dapat menurun kadar penceraian di negara itu. Malahan ganjaran ini juga dapat membuatkan pasangan berkahwinan lebih menghargai isteri.
Sebuah bandar di wilayah Mindanao, Filipina, meluluskan ordinan tempatan yang memberi ganjaran wang tunai berjumlah 50,000 peso (RM4,146) kepada pasangan yang berkahwin melebihi tempoh 50 tahun, lapor portal berita Coconuts.
Majlis Perbandaran Malaybalay meluluskan Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian ikrar perkahwinan.
“Ordinan ini merupakan pengiktirafan terhadap (pasangan berkahwin) bagi sumbangan mereka kepada masyarakat. Keluarga yang teguh berdiri merupakan asas bagi masyarakat kita,” kata Ahli Majlis Perbandaran, Niko Aldeguer di akaun Facebook miliknya.
Baca Di Sini :
Kesetiaan Tak Perlu Dicari, Ia Datang Bila Cintakan Pasangan Dengan Ikhlas
“7 Tahun Kerja Di Australia, Balik Sini Isteri Tuntut Cerai.” Hilang Keluarga, Lesap Harta Benda
Setia Seorang Suami, Sanggup Hantar & Jemput Isteri Selama 28 Tahun Menaiki Basikal
Perubahan Fizikal Isteri Selepas Melahirkan Anak Bukanlah Kekurangan, Itu Adalah Pengorbanan
Di bawah ordinan tersebut, hanya pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang menetap di bandar Malaybalay selama sekurang-kurangnya enam tahun layak untuk menerima insentif wang tunai itu.
Bagi perkahwinan poligami pula, hanya perkahwinan pertama yang berdaftar layak untuk menerima sumbangan itu. – Agensi
Mingguan Wanita : Rasanya di Malaysia pun boleh mengambil langkah yang sama bagi menurunkan kadar penceraian bagi pasangan yang berkahwin lebih daripada 50 tahun.
Sumber : Kosmo Online
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.