Bila mana suri ini berkongsi gaji suaminya cuma RM2500, tapi cukup untuk menyara 6 anak dan seorang isteri, ramai yang kagum. Bagaimana rezeki keluarga ini sentiasa cukup dan tak surut.
Mingguan Wanita hubungi Noraini Hassan bertanyakan lanjut tips murah rezeki untuk mak ayah anak ramai. Semoga panduan yang diberikan ini bermanfaat dan dapat membantu mak ayah lain mengatur kewangan keluarga dengan baik.
Tip Murah Rezeki : Walau Gaji Kecil, Cukup Sara Anak Ramai
Suami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-anak
Biasanya bila dapat gaji, suami saya akan settlekan semua bil-bil elektrik, air, telefon, insurans, loan bank, duit van anak dan sewa rumah (RM300).
Kemudian, dia akan bagi bajet belanja rumah RM500 dan duit belanja untuk saya RM100. Selebihnya dia guna untuk minyak kereta dia dan kegunaan diri dia.
Kalau kami terover bajet baru suami tambah guna duit dia. Dia tak pernah kedekut dengan saya dan anak-anak.
Belanja Dapur Beli Time Sale Je
Saya cuma kawal belanja dapur dan beli time ada sale. Beli pun barang-barang penting. Saya beli jenama yang murah-murah dan ambil barang clearance saja.
Beli barang dapur kalau boleh cari yang 50% atau barang clearance. Biasa saya beli barang dapur kat AEON sebab tu je mall yang dekat dengan rumah saya.
Set Limit Waktu Berbelanja
Waktu berbelanja, saya dah set limit barang paling mahal saya capai pun RM20. Tak kira la baju ke. Kalau suami yang nak belanja kita, lebih baru lah kita ambil. Biasa saya suka pergi AEON usha baju longgok 70% dapatlah sehelai RM8.20.
Ads
Pakaian dalam pun kalau sale murah-murah, 3 helai RM5 pun saya ambil lebih.
Guna Sistem Sampul
Selagi boleh jimat saya akan jimat. Duit saya asingkan dalam sampul siap-siap. Dan tulis untuk beli apa.
Contoh:
Ads
Barang dapur (makanan) RM300
Sabun (pencuci kain dan sabun pinggan) RM100
Pampers anak RM100
Tak cukupkan?
So penjagaan diri suami akan belikan. Sebab dia cerewet bab penjagaan diri ini. Bajet dalam seratus. Nak makan sedap-sedap pun sebulan sekali dua je.
Saya Cari Juga Duit Buat Tambah Tambah Belanja
Saya pun ada juga jual-jual chocojar dari rumah. Cukup lah buat tambah belanja anak-anak makan luar dan beli lauk.
Kena sorok duit dari suami sebab kalau dia tahu saya belanja guna duit saya nanti dia ganti balik. Saya pulak rasa bersalah.
Ads
Risau takut terbebankan dia. Dia kata guna duit saya jangan sesekali pakai buat belanja rumah. Pakai untuk beli barang peribadi saya je.
Allah.. dapat suami macam ini bersyukur saya.
Suami Tak Pernah Abaikan Mak Ayah Sendiri
Dia tak pernah abaikan mak ayahnya. Cukup je duit dia, dia hulur kat mak ayah dia dan buat simpanan untuk anak-anak.
Suami selalu kata, “In shaa Allah ada rezeki lain yang masuk walaupun tak banyak. Tapi Alhamdulillah, Allah beri.”
Isteri Kena Sentiasa Bersyukur
Katanya lagi, “Biar orang nampak kita serba serbi macam orang miskin. Pakai serba buruk, duduk rumah buruk, janji perut kenyang.”
Akuinya lagi sebagai isteri, kena sentiasa bersyukur. Apa yang suami beri itulah yang kita makan dan pakai. “Jangan pernah malu dengan kehidupan kita.”
“Bagi lelaki-lelaki yang belum bertemu jodoh, yang sibuk nak cari wanita bekerja untuk dijadikan isteri. Jangan pernah takut untuk kahwin dengan wanita yang tak bekerja ni. Rezeki datang dalam pelbagai sudut dan cara.”
Mulianya sikap terpuji dan rasa tanggungjawab yang dimiliki oleh lelaki ini. Selayaknya digelar wira apabila lebih mengutamakan keselamatan nyawa orang ramai berbanding diri sendiri. Beliau memastikan tugasan dilaksanakan dengan sempurna meskipun terpaksa bergadai nyawa.
Seorang pengawal trafik udara diangkat sebagai hero kerana sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan ratusan nyawa ketika gempa berkekuatan 7.5 menggegar Lapangan Terbang Palu, baru-baru ini.
Pastikan Pesawat Selamat Berlepas
Sewaktu gempa bumi di Pulau Sulawesi, Anthonius Gunawan Agung, 21, kekal berada di menara kawalan,ditempat duduknya untuk memastikan pesawat yang sedang dan bakal berlepas itu selamat terbang. Walaupun rakan sekerjanya lari bertempiaran meninggalkan bangunan itu selepas berlaku goncangan kuat.
Gegaran tersebut telah menyebabkan rekahan besar di landasan yang mana ketika itu sebuah pesawat membawa ratusan penumpang sedang bersedia untuk berlepas.
Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat. Gunawan sempat mengucapkan “Safe flight.Take care”, sebaik sahaja kapal terbang tersebut selamat berlepas di udara.
Terjun Tingkat Empat
Dia kemudiannya melompat dari tingkat empat selepas bangunan tersebut terus bergoncang seperti mahu runtuh untuk menyelamatkan diri. Nasib tidak menyebelahi diri beliau, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan patah anggota badan. Akibat cedera parah beliau meninggal dunia.
Sebuah helikopter dikerah untuk membawanya ke hospital untuk rawatan pakar, namun Anthonius meninggal dunia sebelum helikopter tiba.
Diberi Penghormatan Terakhir
Dia yang akan menyambut ulang tahun ke-22 pada 24 Oktober depan diberi penghormatan terakhir oleh tentera dan pangkatnya turut dinaikkan sebagai menghargai pengorbanannya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan Tsunami di kepulauan Sulawesi.Semoga roh Gunawan bersemadi dengan tenang.Kisah yang menjadi inspirasi buat semua, sikap terpuji mengutamakan keselamatan orang ramai hingga diri sendiri sanggup terkorban.
Alahai cantiknya Intan Ladyana bertudung “masyaallah semoga terus istiqamah” netizen. Pelakon Intan Ladyana dihujani pujian daripada netizen apabila tampil berhijab dalam sekeping gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram suaminya, Harris Alif.
Intan kelihatan begitu ayu disamping suami dan anaknya, Eviee Khadeeja yang berusia sembilan bulan dilihat sedang bercuti di atas kapal persiaran mewah.
Namun Intan dan Haris bagaimanapun tidak memuat naik atau berkongsi mengenai penghijrahan imej terbaharunya itu.
Pasangan ini begitu bahagia disamping anak kesayangan yang lahir Januari lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lepas.
Perbezaan jarak usia antara Intan dan Haris iaitu 17 tahun sewaktu berkahwin sebelum ini menjadi bualan hangat.
Berserinya Wajah Intan
Menerusi ruangan komen, warganet memuji kecantikan Intan tatkala mengenakan hijab. Jika benar Intan sudah berhijrah, MW doakan Intan terus kekal istiqamah.
“comeynya intan pakai tudung” marble_muffin88’s
“Cantiknye kak intan pakai tudung” ❤️ nwlhsna
“Sweet and lovely family. Cantik berserinya Intan Bertudung 😍” nacha252
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun ‘selamat’ bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Pertunangan itu atas persetujuan bersama kedua-dua buah pihak keluarga. Menerusi perkongsian satu video di Jakarta, Indonesia, tular rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di media sosial.
Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun ‘Selamat’ Bertunang
Majlis bertunang itu turut menerima pelbagai reaksi warga maya malah ada yang terkejut memandangkan dia masih budak.
“Ada yang berasa pelik, namun ia adalah perkara biasa di Madura,” kata seorang pengguna media sosial.
Pemilik akaun @asiyah juga cuba berseloroh apabila menyatakan ada ibu bapa yang sudah menjodohkan anak mereka sejak masih dalam kandungan.
Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi
Klip tersebut yang dikongsi di TikTok jelas menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika peristiwa unik di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.
Dia turut diberikan sebentuk cincin dan gelang emas.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.Berita tersebut telah disampaikan...