Gaji isteri lebih besar daripada suami, tolong masing-masing sedar diri. Salah satu isu yang sering timbul apabila gaji isteri lebih besar adalah ego suami yang tercalar atau rasa rendah diri yang mungkin melanda. Ini boleh menjadi sumber ketegangan jika tidak diuruskan dengan baik.
Suami yang merasa tercabar mungkin menjadi kurang yakin atau merasa tidak berguna. Isteri yang memperoleh lebih pendapatan mungkin tanpa sedar merasakan bahawa dia lebih berkuasa dalam rumah tangga.
Hadamkan nasihat daripada Kaunselor, Puan Normaliza Mahadi ini sebagai panduan.
SAYA SELALU JUMPA PASANGAN YANG ISTERI MEMPUNYAI GAJI LEBIH TINGGI DARIPADA SUAMI.
Di sini ada 2 masalah:
1. Isteri terdorong untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga.
2. Suami rendah diri tak sudah.
Dua-dua ini akan menimbulkan masalah.
Saya bagi cadangan percuma sahaja di sini;
1. Suami mesti menanggung semua perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung seperti rumah, makanan, pakaian dan lain-lain yang berkaitan.
Hanya begini.
A. Rumah yang suami mampu bayar RM750 sebulan. Tapi isteri fikir dengan pendapatan yang dia ada, patutnya dapat tinggal rumah harga RM2000.
Tak apa. Suami akan membayar RM750 sebulan dan isteri bayar selebihnya. Isteri kena redalah. Kalau tak kenalah tinggal rumah yang harganya RM750.
Tak apa jika tak jadi kahwin dari awal. Elok dari sudah kahwin asyik bertengkar sebab rumah. Bising, nanti jiran komplain dan anak pun pening.
B. Kemampuan suami beli vakum corvan masa tengah sales. Isteri pulak memang kepingin nak beli Dyson.
Suami bagi peruntukan yang dia mampu, isteri tambah. Ini contoh kelengkapan rumah.
C. Bab makan
Makanlah seadanya mengikut kemampuan suami. Jika kekurangan, isteri boleh tambah sebagai sedekah kepada keluarga.
D. Pakaian
Suami boleh bagi isteri bajet ikut gajinya, isteri pula tambah ikut jenama beg tangannya.
Suami pula janganlah sikit-sikit;
Yelah abang tak sekolah tinggi.
Abang sedar diri abang ni sapa.
Mentanglah abang ni tak mampu.
Abang tahu abang ni melukut tepi gantang.
Hari itu kedua pihak sudah setuju nak kahwin. Dari dating sudah tahu bakal isteri pakai kasut Prada dan bakal suami pakai Bata!
Jadi carilah penyelesaian yang siuman. Masing-masing kena sedar diri. Ada gaji besar masih pangkat isteri. Ada gaji kecil perlu pikul tanggungjawab suami.
Dalam kehidupan berumah tangga, bukan pendapatan semata-mata yang menentukan kebahagiaan, tetapi sikap saling memahami dan menghormati. Suami dan isteri perlu menyedari peranan masing-masing dan mengelakkan ego atau perasaan rendah diri mengganggu keharmonian.
Melalui komunikasi yang baik, sokongan emosi, dan sikap sedar diri, rumah tangga yang bahagia dan seimbang akan tercapai, walau berapa pun jumlah gaji yang dimiliki oleh setiap pihak.
Sumber: Normaliza Mahadi
Baca artikel lain juga: Tak Pernah Terfikir Sambung Belajar, Lalai & Alpa Dengan Gaji 5 Angka, Kini Isteri Fizo Bergelar Pensyarah
Isteri Bukan Orang Gaji, Lelaki Jangan Ingat Lepas Kahwin Semua Kerja Isteri Yang Kena Buat
Isteri Bertukar Jadi Orang Gaji Selepas Berkahwin, Masa Banyak Dihabiskan Untuk Keluarga
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.