Gajet kalau terlebih-lebih penggunaannya boleh jadi orang ketiga dalam rumah tangga. Jangan! Tolonglah kawal sebelum ia makin memberi kesan buruk pada rumah tangga. Punya sibuk dengan gajet sampai nak belai pasangan pun jadi malas.
Tanpa mengira usia, ramai suami isteri hari ini jadikan gajet orang ketiga dalam rumah tangga tanpa mengambil kira perasaan pasangan dan anak-anak. Mampu setia pegang phone ke mana-mana sampai nak makan dan tidur pun masih melekat di tangan. Allah… sedih!
Gajet Bila Dah Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga
BEZA DULU DAN KINI
Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’ telefon bimbit, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.
Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?
JANGAN BUAT TAK TAHU YE!
Malah ada kes kecurangan suami isteri berpunca daripada GAJET! Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaatnya. Kalau macam ini, eloklah betulkan cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh.
Belai Pasangan Pun Malas
1. BALIK RUMAH, PELUK ANAK BINI DULU
Ads
Balik rumah, peluk pasangan dan anak-anak dulu. Jangan biar gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah. Bukan tak boleh langsung tetapi biar ada waktu untuk anda saling berkomunikasi dan buat aktiviti lain.
2. WUJUDKAN KAWASAN LARANGAN GAJET
Ini patut buat sebab kadang ada mak ayah yang sibuk main phone di meja makan, malah siap bagi anak sorang satu Ipad dan tab. Jadi sila wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.
3. JANGAN LUPA RANCANG AKTIVITI
Kadang ramai yang tenung phone sebab bosan tak tahu nak buat apa. Jadi, apa kata anda fikir dan rancang sesuatu aktiviti menarik sebelum pasangan buka phone. Mungkin boleh buat aktiviti membaca bersama, melukis atau tengok movie bersama.
Ads
Contoh mudah: “Abang, malam ni kita baca buku bersama anak-anak ya.” Tolonglah bertukar jadi pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses hingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.
4. BUAT JADUAL
Pelik juga jadinya kalau langsung tak buka phone, kadang ada yang bisnes. Jadi buatlah jadual. Mungkin pukul 7-8 adalah waktu LARANGAN dan selepas itu masing-masing boleh sentuh phone. Mana tahu ada yang nak reply mesej penting, bisnes atau gali berita terkini di media sosial.
5. TANAM DALAM HATI, PASANGAN DAN ANAK-ANAK ‘FIRST’
Mohon tanam dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.
Ads
6. JANGAN LUPA, HABISKAN KERJA DI PEJABAT
Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.
Baik suami atau isteri, moga kita mampu jadi pasangan terbaik untuk si dia dan anak-anak. Nak selamatkan anak daripada masalah main gajet, mak ayah dulu kena selamatkan diri daripada ‘tekan-tekan phone’ depan anak-anak!
Dalam rumahtangga, perkara yang paling sukar untuk diterima oleh pasangan adalah sikap ego. Baik suami atau isteri, masing-asing ada pendirian. Jika sikap ini sentiasa wujud dalam diri, ruamhtangga tentu tidak akan tenteram.
Tidak dinafikan, setiap suami isteri ada egonya, lebih-lebih lagi pada suami yang merasakan dirinya ketua dalam rumahtangga. Begitu juga dengan isteri, bila mana dia punya jawatan tinggi lebih daripada suaminya. Mungkin inilah yang biasa berlaku.
Tak susah pun rendahkan ego untuk rumahtangga bahagia. Ego akan buat hidup kita tiada hala tuju dan boleh buat rumahtangga tidak aman. Sebabnya, masing-masing merasakan dirinya hebat.
Bagaimana nak tahu pasangan ini ego dan cara bagaimana nak tundukkan sifat ego ini. Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman, Ehati International Sdn Bhd ada berkongsi tentang perkara ini.
Ego memainkan peranan besar dalam kehidupan kita, terutamanya di dalam hubungan kita dan pasangan. Ramai yang memandang ego ni sebagai perkara yang negatif. Tapi, tak kesemuanya adalah negatif.
Sekiranya kita mampu memahami ego ni, hasilnya akan membuahkan sesuatu yang baik. Perkara positif inilah yang jarang dibincangkan. Sebenarnya, manusia tak dilahirkan dengan ego.
Ia sesuatu yang anda sendiri kembangkan di dalam diri kerana ia membantu untuk melindungi anda apabila realiti kehidupan mencabar dan membingungkan anda dan akan muncul ketika anda sendiri tak menyedarinya.
Ianya akan datang bila anda tertrigger dengan keadaan semasa. Di dalam sebuah perhubungan, ego akan menjadi penghalang ataupun sokongan dalam hubungan anda bersama rakan, keluarga ataupun pasangan.
Kesemuanya berbalik kepada anda sendiri sama ada anda nak tunduk kepada ego atau belajar daripada keegoan tu. Sekiranya anda tunduk pada keegoan, konflik akan tercetus hanya kerana anda enggan untuk melihatnya dari perspektif yang lain. Anda boleh elak daripada terus berbalah hanya kerana ego.
Saling Menyalahkan Diri
Bila dah bergaduh, isteri selalunya akan menyalahkan suami kerana terlalu ego. Tapi, isteri tak menyedari bahawa mereka pun ada ego mereka yang tersendiri.
Kenali apa yang boleh mencetuskan keegoan yang ada di dalam diri anda dan pasangan. Apabila anda dah kenal apa yang membuatkan anda dan pasangan ego, mudah bagi anda untuk fikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah anda. Anda nak tahu 4 suis ego yang menyebabkan keegoan anda atau pasangan tertrigger? Teruskan membaca perkongsian di bawah.
1. Kritik “Abang ni memang malas! Tak pernah nak tolong saya buat kerja rumah!”
“Abang, ni tak betul la. Yang ni patut macam ni.”
Bila anda mengkritik atau dikritik, ini tandanya anda nak kawal atau mengawal pasangan anda. Ego inilah yang kita nak elak kerana pasangan anda akan rasa rendah diri, kecewa, marah dan sebagainya. Mungkin anda tak sedar yang anda sebenarnya sedang menyerang karakter pasangan. Ini yang akan membuatkan ego pasangan semakin tertrigger.
Bukan setakat tu je, anda yang sentiasa merasakan diri anda betul dan sentiasa mencari salah pasangan akan membuatkan hubungan anda dan pasangan anda semakin keruh. Bila anda sukar nak memahami pasangan anda, ini menunjukkan keegoan anda yang harus anda baiki. Tak ada seorang pun yang mahu dikritik. Jangan hanya kerana anda nak berkuasa di dalam hubungan, anda dan pasangan berakhir dengan perpisahan.
2. Mencemuh “Abang ni memang tak dapat faham apa-apa yang saya cakap.”
“Awak ni memang bodoh. Kenapa la saya kahwin dengan awak?”
Bila anda suka mencemuh pasangan, ini menunjukkan anda sombong dan suka memperkecil-kecilkan pasangan anda. Mungkin anda tak sedar pun anda sebenarnyamemandang rendah kepada pasangan hingga tak beri peluang kepada pasangan untuk membela dirinya. Setiap kali nak bela diri, mula lah anda nak katakan yang pasangan anda ni bising. Anda cepat rasa annoying bila pasangan nak bela diri.
Nak tahu tak, mencemuh ni adalah pembunuh pertama di dalam hubungan suami isteri. Pasangan mana yang nak dicemuh, dimaki oleh orang yang mereka sayang? Bila dah dimaki, pasangan pun mudah nak tertrigger. Jangan berlaku sinis terhadap pasangan. Belajar untuk terima kekurangan pasangan kerana tak ada seorang pun yang perfect di dalam dunia ni.
3. Defensif “Abang tak pernah pun perasan benda baik yang saya buat.”
“Eh bukan saya je, abang pun pernah buat saya macam tu.”
Biasanya, orang yang defensif ni adalah orang yang dikritik dan dicemuh. Tapi, ada juga yang nak defend diri mereka bila mereka nak memberikan alasan kepada kesalahan mereka dan berlakon sebagai mangsa keadaan.
Di dalam keadaan ni, pasangan anda akan rasa diserang atau rasa anda sedang menyerang balas. Bila dah serang menyerang, konflik pun akan berlanjutan. Selalunya, ketika anda menjadi defensif, mudah untuk anda mengungkit kembali perkara lama. Inilah yang akan menyebabkan anda ataupun pasangan makin mudah nak mengkritik dan mencemuh. Sukar untuk anda dan pasangan nak selesaikan kerana sering rasa terancam. Ini yang akan menyebabkan ego semakin tinggi.
4. Diam Membatu “Saya takda apa lagi nak cakap pasal ni. Dah penat cakap.”
“Cukup lah, saya tak nak dengar semua ni.”
Bila anda diam membatu, sebenarnya anda tak nak pun mendengar pasangan anda. Sebaik mana pun pasangan anda nak cuba berkomunikasi dengan anda, anda akan pilih untuk ignore. Anda tak mengendahkan pasangan kerana anda tak mahu dipengaruhi. Perasaan marah tu yang membuatkan anda susah nak terima. Sebaliknya, pasangan anda akan rasa tak guna pun bercakap dengan anda kerana anda dah bina dinding untuk sekat segala komunikasi. Solusi yang anda ataupun pasangan anda dapat fikirkan adalah lari daripada masalah kerana dah tak dapat nak mempengaruhi pasangan.
Uruskan Ego
Kalau dah macam ni, sampai bila-bila anda tak dapat nak cari bahagia. Cara untuk mengurus ego ketika berdepan dengan konflik Mungkin bagi anda dah tak ada cara lain dah nak menundukkan ego pasangan ni. Lama kelamaan, anda dan pasangan pun mengambil keputusan untuk berpisah.
Jangan kerana ego, perkahwinan anda roboh. Usah khuatir, ada beberapa cara nak urus ego agar anda dan pasangan boleh sama-sama mencari solusi kepada masalah anda.
Pertama, anda kena kenal dengan ego anda.
Kedua, sedari diri dan fikiran anda. Anda kena belajar untuk berlembut dengan diri anda sendiri. Be gentle with yourself. Terapi hati akan membuatkan anda lebih sedar apa yang membuatkan anda tertrigger.
Berlembut lah dengan diri. Sekiranya anda berkeras dengan diri anda sendiri, sukar untuk anda melembutkan hati hingga menyebabkan kita diri terseksa. Anda harus berhenti untuk percaya apa yang fikiran anda katakan, terutama fikiran yang buat kita sedih, stres dan berperasangka kerana ini yang membuatkan anda berkeras hati
Kagumi perasaan anda dan senaraikan apa yang anda syukuri terhadap pasangan anda. Melalui cara ini, anda boleh menghormati pasangan anda. Biasakan memuji pasangan untuk elak daripada mencemuh pasangan anda.
Gunakan bahasa yang berkesan seperti “maaf sebab abang tak suka…boleh abang tolong saya faham apa yang mengganggu abang?” ataupun “saya tak nampak apa yang abang nak, tapi saya tak suka sakitkan hati abang.” Anda minta bantuan daripada pasangan daripada terus menjadi defensif.
Cari Solusi
Anda boleh berterus terang dengan pasangan dan jangan suka memberi alasan. Melalui ini, anda pasangan anda merasakan anda ni seorang yang bertanggungjawab. Kepada anda yang suka diam membatu dan suka pendam, anda sebenarnya sedang menghindari diri daripada merasakan emosi yang berlebihan. Jangan pendam hingga memakan diri. Kongsikan apa yang berlaku kepada pasangan secara sihat. Bila anda diam, anda sebenarnya membunuh hubungan anda.
Jangan cuba untuk atasinya sendiri. Anda kena tetapkan had rasa sayang semasa konflik. Jangan tunggu sampai dah nak meletup, baru anda nak take action. Sebaliknya, anda boleh katakan kepada pasangan, “abang, saya dah tak tahan” sebelum anda meletus macam gunung berapi. Beritahu kepada pasangan untuk memberi masa kepada anda urus emosi. Jangan terus lari menyepi. Terus terang lah dengan pasangan anda. Tarik nafas, dan mulakan untuk ubati diri anda.
Inilah masalah dan solusi kepada keegoan anda dan pasangan. Selamatkan hubungan anda kerana anda juga layak untuk menjemput bahagia. Melalui perkongsian ini, saya harapanda boleh aplikasikannya di dalam hubungan anda dan pasangan. Jangan biarkan ego menguasai diri hingga tak nampak yang mana betul, yang mana salah. Kurangkan ego, bina bahagia.
MW: Tak perlulah rasa diri kita hebat sebabnya kalau masing-masing ego dan tak mahu mengalah, cahaya rumahtangga tidak akan aman dan tenteram. Nak bahagia rendahlah ego, tak rugi pun.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Sebelum buat perangai, fikir panjang-panjang. Bila suami buat perangai, dia bukan sahaja kehilangan isteri tapi anak-anak juga.
Hubungan anak-anak yang cukup rapat dengan ibunya akan membuatkan mereka turut membenci ayah mereka jika sang ayah buat perangai. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik.
Buat Perangai, Bukan Hilang Isteri Saja, Anak Juga
Bila saya buat perangai, bila saya buat hal, saya bukan hanya akan “kehilangan” isteri saja, tapi anak-anak juga…”
Maka oleh sebab itulah, saya jaga tingkah laku dan perbuatan saya sebagai seorang suami dan juga ayah…
Kita nampak macam apa yang kita buat ini, tidak akan mempengaruhi anak-anak kita… Kita anggap yang mereka itu dibesarkan oleh ibu mereka, lebih dekat dengan ibu mereka, maka mereka tidak akan terkesan dengan sikap dan sifat kita…
Apa yang kita tak tahu adalah, anak-anak selalu meletakkan kita yang sebagai ayah ini, contoh teladan untuk mereka ikuti…
Anak-anak tengok apa yang kita buat… Macam mana layanan kita terhadap ibunya… Pembawakan diri kita dalam rumah tangga…
Jangan anggap anak-anak yang tidak berkata apa-apa itu tandanya mereka tidak ada masalah dengan sikap dan cara kita… Apa yang tak sampai ke pengetahuan kita ialah :
“Ibu, kenapa ayah selalu dengan handphone, jarang bermain dengan adik…”
“Ibu, ayah tak suka duduk rumah? Balik rumah, tukar baju, selepas itu keluar pulak…”
“Ibu, kenapa ayah cakap kasar dengan ibu? Ibu buat salah apa…”
“Ibu, kenapa ibu menangis, ayah buat perangai lagi ke…”
Hubungan Ibu-Anak Kukuh Jika Ayah Buat Perangai
Pertalian dan hubungan seorang ibu dengan anak itu lebih kukuh dan rapat berbanding dengan seorang ayah yang tidak menjaga perangai, tingkah laku serta layanannya terhadap ibu mereka…
Untuk lelaki sebegini, jika berlakunya sesuatu dalam hubungan itu, jangan direbutkan anak-anak kerana mereka hanya akan memilih untuk terus kekal bersama ibu mereka…
Mereka sendiri bencikan ayah mereka dek kerana cara layanan ayah mereka terhadap ibu mereka…
So, fikir-fikirkanlah… Kita bukan hanya akan kehilangan pasangan, tapi juga anak-anak… Jangan jadikan anak-anak sebagai rebutan kerana ketika masih bersama, kita tidak mahu menjadi contoh dan teladan yang baik untuk mereka ikuti…
MW: Renung-renungkan ya suami semua, sebelum buat perangai fikir dahulu. Sikap buruk anda bukan hanya dibenci isteri tetapi anak-anak juga. Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak dan hargailah isteri sebaiknya.
Ayah ini punya alasan mengapa tidak memujuk apatah lagi paksa anak berpuasa ketika anak masih kecil lagi. Biar pun ketika anaknya berbuka puasa, jam sudah menunjukkan 6.30 petang.
Bermakna lebih kurang satu jam saja lagi untuk anak bertahan dan meneruskan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Kerana ayah ini faham, apa yang lebih utama untuk diberikan penekanan pada anak dalam usia sekecil itu bukanlah berpuasa tetapi utamakan solat dahulu. Hadamkan perkongsian ayah ini, Mohd Yazid Ismail.
Antara Puasa Dan Solat, Ini Mak Ayah Utamakan Dulu
Hari ni Nisreen buka puasa pukul 6.30 petang. Tak tahan sangat katanya. Saya tak pujuk dia untuk tunggu sikit masa lagi, biar je dia buka puasa.
Tak apa walaupun puasa tak cukup, Nisreen solat fardhu penuh setiap hari sejak umur 5 tahun. Tahun ni dia darjah 1. Sebenarnya antara puasa dan solat, ibubapa kena utamakan anak solat penuh dulu.
Didikan melalui teladan adalah yang terbaik.
Saya tak paksa dia solat masa umur 5 tahun, malah tak suruh pun. Tapi sejak PKP bila saya tak boleh pergi ke surau, saya sentiasa solat berjemaah di rumah. Dia ikut solat berjemaah sama-sama tanpa gagal.
Malah dia paling awal ambil wudhuk berbanding abang dan kakak-kakak dia. Selalu tanya “Abah, dah azan ke?” padahal belum masuk waktu.
Anak Dah Hafal Bacaan Dalam Solat
Alhamdulillah bacaan dalam solat dia dah hafal semua. Dia minat main Monopoli Solat, untuk menang kena hafal semua bacaan. Saya layan dia main hampir setiap hari tahun lepas, naik muak abah dibuatnya
Walaupun solat dah penuh, tapi bab puasa saya tak push pun. Hari ni dia bangun sahur sama-sama. Kalau dia nak buka puasa awal tak ada masalah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.