Sungguh, bukan mudah menerima kehilangan anak-anak tersayang apatah lagi ‘pemergian’ mereka secara serentak. Gagal mengawal kesedihan, bapa kepada tiga beradik yang maut akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, di sini, Mohd Nadzir Mohamad, menangis di sisi jenazah.
Mohd Nadzir, 67, dilihat berkali-kali mengucup tiga anak perempuannya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, sebaik semua jenazah tiba di Masjid Al Ismaili, Kampung Morak, jam 11 malam tadi, selepas proses bedah siasat selesai dibuat di Hospital Tumpat.
Kira-kira 200 yang hadir mengiringi jenazah tiga beradik itu sebaik tiba dengan menaiki tiga van jenazah dan disolatkan di masjid berkenaan.
Reda Pemergian Anak-Anak
Dalam keadaan mengalirkan air mata, Mohd Nadzir reda dengan pemergian anak ketiga, lima dan enam dari lapan beradik itu dalam keadaan menyayat hati.
Dia berkata, tiada perubahan ketara ditunjukkan tiga beradik itu kecuali layanan yang mesra diberikan oleh Nurul Syazwani dan Noor Fathiah, terhadap dirinya kebelakangan ini.
Ads
“Sebelum ini, ketiga-tiga mereka memang sudah baik budi pekerti tapi kebelakangan ini melayan saya dengan sangat baik terutama Syazwani dan Fathiah yang sering bertanyakan makan minum saya.
“Jika saya beritahu nak makan apa-apa, mereka segera menyediakannya dan saya tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya apabila berlaku tragedi ini, baru saya sedar akan perubahan itu,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Jenazah tiga beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak di sini, jam 11.45 malam tadi.
Tak Mampu Lupakan Kejadian Hitam
Mohd Nadzir berkata, masih terbayang di ingatannya mengenai kejadian yang menimpa tiga anaknya itu pagi tadi dan memberitahu tidak pasti mampu atau tidak untuknya melupakan detik itu.
Ads
“Luluh hati saya melihat tiga anak dalam keadaan bergelimpangan dalam air dan sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga sambil gagal menahan air mata meratapi pemergian mereka dengan cara itu.
“Tidak dapat dinafikan naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda,” katanya.
3 Beradik Terkena Renjatan Elektrik
Dalam kejadian 11.45 pagi semalam, tiga beradik itu terkena renjatan elektrik sebaik seorang daripada mereka berpegang pada sebatang tiang di rumah jiran yang mengalirkan elektrik apabila ingin bermain air banjir.
Tindakan itu menyebabkan ketiga mereka jatuh ke dalam air sebelum tubuh menjadi seakan kejang dan meninggal dunia serta-merta.
Pasukan penyelidik dari Universiti Oxford menjalankan penyelidikan menguji keberkesanan steroid jenis Dexamethasone ke atas 2,000 pesakit Covid-19 yang tenat.
Berdasarkan keputusan ujian klinikal ubat Dexamethasone itu, ubat itu dipercayai membantu menyelamatkan satu pertiga daripada kes Covid-19 paling serius.
Dexamethasone adalah sejenis ubat steroid yang digunakan untuk mengurangkan radang dalam pelbagai penyakit, termasuk pesakit kanser.
Bagaimanapun, ubat Dexamethasone ini tidak membantu dalam rawatan pesakit Covid-19 yang mempunyai gejala ringan dan tidak memerlukan bantuan pernafasan.
Sebab itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan atau mengambil ubat itu tanpa preskripsi doktor.
“Ubat ini juga ada kesan sampingan dan perlu diimbangi dengan keperluan penggunaan ubat bagi penyakit tertentu.”
Salah satu kesan sampingannya adalah sindrom ‘cushing’, penipisan kulit dan beberapa siri kesan sampingan seperti kehilangan keupayaan tulang serta kelemahan otot. Bergantung kepada tempoh berapa lama pengambilannya.
Ujian Klinikal Ubat Dexamethasone..
Katanya lagi, hasil dapatan ujian klinikal ubat Dexamethasone dalam merawat Covid-19 yang dikenali sebagai ‘Recovery Trial’ yang dilakukan University of Oxford menunjukkan ubat itu adalah steroid untuk mengurangkan risiko kematian.
Daripada laporan penyelidikan yang dilakukan oleh pasukan penyelidik berkenaan juga, pemberian Dexamethasone kepada pesakit Covid-19 yang hanya boleh bernafas dengan bantuan pernafasan (ventilatory support) ini dapat dikurangkan risiko kematiannya sehingga 35 peratus.
Malah, mereka yang menerima bantuan oksigen, kadar kematian dapat dikurangkan kepada satu perlima.
Pihak KKM mengucapkan syabas kepada universiti, kerajaan United Kingdom dan semua anggota terbabit dalam uji kaji berkenaan. Hasil penemuan saintifik ini penting dalam perkembangan rawatan pesakit Covid-19.
Setiap hari kita masak tetapi bukan selalu kita servis dapur. Malah mungkin ada yang langsung tak tahu pun dapur perlu sesekali diservis untuk buang karat yang melekat.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Alat-alat yang perlu disediakan:
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
Cara-cara servis dapur
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sharelah jika bermanfaat pada uolss.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Si comel Muhammad Furqan Dzulkarnain Muhamad Firdausi, 5 ini anak istimewa. Sakitnya kronik sampai ibunya terpaksa rayu bantuan untuk membeli mesin oksigen dan pendakap lutut untuknya.
Sebabnya, ibu dan ayahnya benar-benar tidak mampu. Ibunya, Siti Asmahul Husnah Maarof, 24 cuma seorang suri rumah sepenuh masa. Suaminya pula hanya seorang pekerja kedai makan dengan pendapatan yang tidak seberapa.
Allah menguji keluarga ini dengan dihadirkan seorang anak comel yang mengalami Autism Spectrum Disorders (ASD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD). Sejak umur dua tahun Furqan sudah menghidap penyakit ini.
Furqan juga dikesan ‘Global Development Delay’ diikuti masalah sendi dan tulang kaki kiri selain menghidap jangkitan kuman khusus pada salur darah utama.
“Sebab itu, anak saya sangat memerlukan mesin oksigen dan pendakap kaki. Tapi saya tidak cukup wang untuk membelinya.”
“Saya mohon bantuan Baitulmal. Kata pihak Baitulmal, mereka boleh biaya tapi separuh saja daripada kos peralatan yang mahu dibeli.”
Rayu Bantuan Beli Mesin Oksigen Dan Pendakap Lutut
Kerana ketidakcukupan wang, ibu ini kentalkan jiwa minta bantuan orang ramai. Keluarga ini sememangnya benar-benar tidak mampu untuk membeli peralatan perubatan yang Furqan perlukan.
Mahu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) ini saja pun mereka perlu berulang turun naik bas. Selalunya jika ada temu janji dengan pihak hospital berangkatlah dua beranak ini naik bas.
“Saya tak ada kenderaan sendiri. Terpaksalah naik bas ekspres dari Mersing jam 7.15 pagi. Dalam jam 10 baru sampai. Biasanya saya berhenti dekat pusat membeli belah di Tebrau sambung jalan kaki dengan anak ke HSI.
“Balik dari hospital pun macam itulah juga. Kena ambil bas ekspress untuk balik ke Mersing.”
Bila Kesempitan, Cuma Beri Anak Minum Susu Pekat Manis
Bila dah berjalan jauh dan terdedah sebegitu, tentulah ianya tak bagus untuk Furqan. Lagi-lagi, anak istimewanya itu mudah diserang jangkitan kuman dan boleh melarat terkena lelah.
Sepatutnya dalam usia nak masuk pra-sekolah ini, Furqan dah boleh ke sekolah. “Saya dah tanya banyak pusat asuhan, tapi tak ada yang sanggup ambil anak saya. Dia masih pakai lampin pakai buang. Dia juga agak agresif bimbang tak mampu kendalikan Furqan.”
“Itu pun saya minta tolong untuk tampung kos tambang pergi Johor (Bahru). Saya juga sudah mohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetapi ia dalam proses.
“Suami buntu. Kos untuk anak lebih dari kemampuan suami saya. Di mana mahu membeli susu dan lampin pakai buang lagi. Bila tiba kesempitan wang, saya akan beri anak minum susu pekat manis. Anak pula dia tidak boleh terima nasi, cuma boleh makan biskut dan roti sahaja.”
Sayunya kisah Furqan ini, jika anda mahu menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan ke :
No. akaun : 6-8805730-10 Siti Asmahul Husnah Binti Maarof Public Bank Facebook : Husna Daus
Update Mesin Oksigen Dan Pendakap Lutut
“Untuk mesin oksigen, saya tidak berapa pasti berapa harganya. Manakala pendakap kaki, saya diminta untuk cari di farmasi. Bagaimanapun, semua farmasi di Mersing tidak menjual peralatan ini.”
Sumber/Foto : Sinar Harian, Husna Daus
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!