Gagal Bayar Tuntutan RM260,400, Mahkamah Isytihar Usahawan Norjuma Muflis! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Mahkamah Tinggi akhirnya membuat keputusan mengisytiharkan usahawan dan bekas personaliti TV, Norjuma Habib Mohamed,43 muflis, selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.
Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.
Norjuma Tidak Hadir Mahkamah
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding dalam kamar, peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment berkata, mahkamah tinggi hari ini mengisytiharkan Norjuma sebagai muflis.
Beliau berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini,” katanya.
Failkan Petisyen
Menurutnya, secara asasnya, Fame Up Entertainment memfailkan petisyen terhadap Norjuma, dan hari ini sudah ditetapkan untuk pendengaran.
Ads
“Mahkamah memutuskan (Norjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor,” katanya.
Hadir di mahkamah, pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.
Pada Oktober tahun lepas, dilaporkan Fame Up Entertainment memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma.
Notis itu difailkan pada 15 Ogos tahun lalu yang memohon supaya Norjuma membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment selepas diperintah berbuat demikian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ads
Muhammad Hassanuddin ketika itu berkata, jika Norjuma gagal melunaskan bayaran itu, Fame Up Entertainment akan memfailkan petisyen kebankrapan terhadap usahawan itu.
Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020.
Dalam pada itu, Muhammad Hassanuddin berkata, prosiding berhubung waran tangkap terhadap usahawan itu di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, akan diteruskan.
Ads
“Waran tangkap itu sudah diserahkan kepada balai polis di Kuala Lumpur dan Shah Alam,” katanya.
Terdahulu Norjuma merupakan pemilik kepada jenama tudung popular Aidijuma. Jenama ini cukup popular dengan fesyen tudung bawal dan mendapat perhatian dan disukai ramai. Norjuma juga merupakan bekas personaliti telivisyen dan Juara Pengacara Jemputan Nona Musim Kelima.
Ibu mana yang tidak risaukan anak-anak bila mengetahui, pembantu rumah dijangkiti wabak Covid-19. Malah Siti Sarah Raisuddin akui, jantungnya bagai nak luruh bila ketahui hal tersebut.
Menerusi perkongsian menerusi sebuah video, Sarah berkongsi mereka sekeluarga sedang melakukan ujian calitan Covid-19 di rumah.
“Sarah Risau Anak-anak & Bayi Dalam Perut Ni”
Malah penyanyi yang juga isteri kepada Shuib ini turut berkongsi perasaan sedih dan bimbang apabila memikirkan tentang anak-anak serta bayi dalam kandungannya.
“Jantung ini macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Covid-19. Sarah tak fikir apa-apa dah selain risau anak-anak dan bayi dalam perut ini.
“Ya-Allah berderau darah. Macam-macam benda saya fikir kalaulah saya dan suami (Shuib) positif, bagaimana dengan anak-anak?
“Kalau anak-anak juga positif, siapa yang nak jaga mereka dekat pusat kuarantin nanti? Minta dijauhkan ya Allah,” terang Sarah.
Kena Kuat Sebab Bayi Dalam Kandungan Dah Masuk Tujuh Bulan
Malah Sarah juga berasa bimbang apabila ketiga-tiga anaknya kini sedang demam. Malah itu menambahkan lagi kegusaran tentang nasib yang bakal dilalui mereka sekeluarga nanti.
“Kami satu keluarga baru sahaja buat ujian calitan. Harap-harap tidak ada apa-apa. Saya kena kuat sebab bayi sudah masuk usia tujuh bulan. Doakan saya sekeluarga ya,” tulisnya.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Siti Sarah Raisuddin
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Tabur Bawang Putih, AYAM GORENG Sedap Bau Wangi, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!Ada pelbagai resipi ayam goreng yang boleh mak-mak cuba. Namun resipi ringkas ayam goreng yang dikongsikan ini cukup mudah dan sangat membuka selera.Apatah lagi dimakan dengan nasi panas.
Ayam Goreng Viral.Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila.
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi.Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul. Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat.
Bahan-Bahan:
1 biji Telur
1 biji Bawang merah besar
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
2 sudu Sos tiram
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
2-3 sudu Tepung ubi
Cara Membuat:
1. Kisar telur, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
2. Kemudian, curahkan bahan kisar ini atas ayam.
3. Campurkan dengan Sos tiram, Kiub pati ayam, Serbuk perasa dan gula, serta tepung ubi.
3. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
4. Campurkan pula dengan tepung ubi.
6. Gaul rata semua.
5. Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing.
Mingguan Wanita: Sedapnya resipi ayam goreng yang viral ni.. Memang nampak rangup di luar dan lembut di dalam. Makan dengan nasi panas pun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba nanti.
Sebaran info ini untuk mak ayah yang ada anak umur 4, 5 dan 6 tahun pada tahun ini, 2020. Sila ambil tahu berkenaan permohonan pendaftaran kemasukan anak darjah satu tahun 2021/2022 secara online.
Ibu ini, Munirah Jamaluddin, kongsikan panduan berguna cara membuat permohonan pendaftaran atas talian.
Ingat ya! Mak ayah cuma ada masa 2 bulan untuk berbuat demikian. Kerana permohonan ini mulai dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 sahaja.
Dan permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Info selanjutnya boleh rujuk di bawah ini.
.
Ambil Tahu – Daftar Anak Darjah 1
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!
Guideline nya begini :-
1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
4) Dokumen yang diperlukan;
sijil lahir anak (salinan + asal)
kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
surat nikah / cerai (salinan + asal)
bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
sampul surat standard dan setem
laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.
MW : Sila tandakan siap-siap dalam kalender mak ayah ya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...