Gagahkan Diri Terima Skrol Ijazah, Ayah Meninggal 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen!

Share

Hari konvokesyen pastinya menjadi detik bersejarah dan menjadi saat paling bermakna apabila diraikan bersama mak ayah tersayang. Namun impian seorang anak untuk meraikan hari istimewa ini bersama keluarganya tidak kesampaian apabila bapanya meninggal dunia sebelum majlis berlangsung.

Hari yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga bertukar menjadi duka apabila ayah kepada seorang graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini meninggal dunia pada jam 1 pagi semalam, kira-kira 6 jam sebelum majlis graduasinya berlangsung.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), graduan yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, memaklumkan bapanya Mokhtar Mat Isa berusia 65 tahun jatuh di sebuah inap desa di Teluk Ketapak, Terengganu, pada awal pagi semalam disebabkan mengalami serangan jantung.

“Melihat keadaan ayah semakin teruk, saya terus membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menaiki kereta, namun sampai sahaja di hospital ayah disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Dewan Al Muktafi Billah Shah.

Gagahkan Diri Terima Skrol Ijazah

Meskipun masih berduka dengan dugaan kehilangan insan tersayang, Muhammad Hafiz tetap menggagahkan dirinya untuk hadir menerima skrolnya di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-14 semalam, yang disampaikan oleh Pro Canselor UniSZA, YM Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian itu berkata, bapanya itu sangat teruja hadir untuk ke majlis konvokesyen tersebut kerana ia adalah pengalaman pertama untuk keluarga mereka.

Jenazah bapanya telah dibawa pulang ke kediaman mereka di Kampung Selayang Baru pada jam 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selayang Baru, hari ini.

Mesti Baca:Ayah Meninggal Di Hari Peperiksaan, Anak 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah
Baca Lagi Di Sini:Bila Mak Ayah Meninggal Serentak, Fahami Pembahagian Harta Pusaka, Jagalah Kebajikan Anak Kecil
Artikel Menarik:Tak Berselipar Tarik Anak Guna Stroller, Ayah Tunggal Ini Gigih Kerja! Isteri Meninggal Kerana Kanser

Mingguan Wanita: Salam takziah buat graduan ini atas kehilangan ayah tersayang ini. Semoga keluaraga ini diberi kekuatan dan kesabaran tinggi dalam menghadapi ujian ini. Al Fatihah

Sumber:Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab