Biasanya setiap kali ada majlis harijadi, anak-anak lah yang paling seronok dan teruja nak tiup lilin yang ada pada kek. Baru-baru ini, viral video menunjukkan dua beradik di Brazil yang bergaduh sampai tarik rambut ketika majlis hari jadi kerana berebut mahu meniup sebatang lilin yang ada pada kek tersebut. Momen tersebut sempat dirakam dan mendapat perhatian dunia.
Video berkenaan menunjukkan kakak, Maria Antonia, meniup lilin pada kek hari jadi adiknya, Angered, hingga mencetuskan perbalahan sesama mereka.
Selepas video mereka menjadi viral, mereka telah dijemput oleh sebuah program televisyen, dimana pihak produksi telah menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup dua beradik itu sepuas hati.
Ibu dan bapa kepada dua beradik itu bagaimanapun menyatakan bahawa ia adalah satu perkara normal untuk adik beradik bergaduh sesama sendiri, sambil dikongsikan foto mereka sedang berpelukkan.
MW: Adik beradik bergaduh lumrah semasa anak masih kecil. Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai rasa sayang dalam diri mereka, agar hubungan menjadi rapat bila dah besar nanti.
Peniaga Nasi Kukus Volcano, Syahiran Hilmin ini terkesan dengan kehadiran seorang pelanggan kecilnya. Yang mahu membeli nasi bungkus berlaukkan hampas ayam goreng dan kuah.
Sebagai peniaga yang terkesan dengan permintaan anak kecil itu, dia belanja saja dan tak perlu membayar harga makanan.
Setelah siap dibungkus dan dibawa pulang. Pelanggan ciliknya itu datang semula ke gerai makannya.
Katanya, ibu berpesan agar membeli lagi dua bungkus untuk makan malam.
Sebaik anak itu pulang, dia pula mencuba makan dengan hidangan lauk yang pelanggannya itu minta. Dan ternyata, hidangan ringkas sebegitu masih boleh memberi rasa sedap pada si pemakan.
Itulah sebuah harga kesyukuran.
Ayam goreng berempah yang dijual di gerai makannya.
Walau Hanya Berkuah Gulai Dan Lauk Hampas Ayam Goreng
“Mak pesan suruh mintak beli hampas ayam goreng dan kuah” – anak seorang hamba Allah
Saya tanya, “lauk lain adik tak nak? ke mak dah ada masak kat rumah?”
Adik tu hanya senyum tunjuk gigi..saya husnuzon je..
“Berapa ringgit bang?” Tanya adik tu. Saya pun cakap, “kalau adik beli nasi dan lauk baru abang kira.. yang ni kita belanja”
Senyum lagi adik tu.. tak lama dari tu dia datang balik. “Abang, lupa..mak cakap suruh beli dua bungkus..untuk makan malam nanti”
Saya dah rasa lain.. tapi masih husnuzon.
Sesudah adik tu pergi, saya saja lah nak ‘test’.. sedap ke makan nasi dengan hampas ayam goreng ni?
Ternyata sedap jugak andai tiada lauk lain. Walau hanya berkuahkan gulai dan berlaukkan hampas, serdak ayam goreng.
Akui peniaga ini, majoriti pelanggan yang datang ke gerai makan NKV ini dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah, kerja-kerja kampung dan seumpamanya.
Amalan bersedekah sambil berniaga ini sudah lama dipraktikkan di gerainya.
Ada di kalangan penyumbang yang berkongsi sedekah mahupun zakat mereka dengan para pelanggannya. Dari situlah, pelanggan yang kurang pendapatan boleh mendapat nasi kukus ayam goreng berempah secara percuma.
Ada juga ketikanya, pelanggan dari kalangan pelajar sekolah boleh makan nasi kukus ayam goreng berempah dengan percuma air minuman.
Semoga peniaga gerai makan NKV yang terletak di Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan terus dimurahkan rezekinya.
Cepat tersentuh & hiba lihat kucing terbiar, dimarahi ayah. Begitulah kecintaan terhadap dunia haiwan terutama kucing antara pendorong utama Dr Siti Nadzirah Zulkiffle, 33, atau lebih mesra Dr Naz menceburi bidang veterinar.
Sejak berusia 16 tahun, dia tidak tahu wujud jurusan kedoktoran haiwan ada ditawarkan di pusat pengajian. Akhirnya, dia dapat juga belajar jurusan Doktor Perubatan Veterinar di Universiti Putra Malaysia di Sri Kembangan, Selangor.
Dr Naz yang begitu penyayang terhadap kucing.
Cepat Tersentuh & Hiba Lihat Kucing Terbiar, Dimarahi Ayah
Jika mahu diimbas zaman remajanya, Dr Naz gemar menyelamatkan kucing. Hingga satu tahap apabila banyak kucing di bawa balik ke rumah terus dimarahi bapa.
“Pernah suatu ketika, nampak kucing di jalanan, saya akan selamatkan atau merawatnya. Sampai 80 ekor kucing ‘menginap’ di rumah. Apa lagi, ayah terus marah sebab keadaan di rumah macam kedai haiwan peliharaan.
“Ada sebahagian kucing itu saya jaga di klinik. Ada yang sudah mati,” katanya membuka bicara.
Semua Makhluk Termasuk Haiwan Perlu Dilayan Dengan Baik
Dr Naz yang juga pengasas klinik dan penjagaan haiwan, CT Vet di Gelang Patah, Johor Bahru (JB) punya prinsip yang tersendiri, Dr Naz akui dia berazam mahu memiliki klinik sendiri kerana begitu cinta kepada kucing.
“Berpegang kepada prinsip setiap makhluk termasuk haiwan, saya percaya semua perlu dilayan baik. Itu juga antara sebab saya begitu berazam memiliki klinik haiwan sendiri.
“Saya sendiri begitu dekat dengan haiwan terutama kucing. Hati memang cepat tersentuh dan hiba melihat haiwan itu diapa apakan atau terbiar begitu saja.
“Kesedaran mengenai hal membela haiwan ini dengan baik sudah mula ada kalau mahu dibandingkan dulu. Cuma kita kena terus mendidik tentang peri pentingnya menjaga haiwan dengan cara betul.
“Jangan anggap kucing atau anjing ini setakat binatang semata mata. Lagi banyak mendidik, lagi besar ruang kita bantu menjaga haiwan dengan baik. Jangan semberono,” ungkap Dr Naz.
Si Bulu Tidak Ubah Seperti ‘Anak Sendiri’
Dr. Naz juga menyatakan pada hari ini semakin ramai pencinta haiwan terutama haiwan peliharaan seperti kucing.
Malah pencinta kucing juga tidak ubah menganggap si bulu seperti ‘anak’ sendiri menjadikan permintaan terhadap bidang veterinar semakin bertambah.
“Tak dinafikan kos penjagaan rawatan haiwan boleh mencecah beribu ringgit. Macam kalau haiwan itu patah tulang boleh cecah empat angka kosnya.
“Kalau rawatan penyakit yang boleh dicegah dalam anggaran kos RM1000 hingga RM2500. Padahal vaksin ubat kutu dan cacing cuma sekitar RM100 ke RM150 sahaja. Jadi kalau pandai jaga dan mencegah, kos mahal itu dapat dielak,” luahnya.
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Berkongsi rezeki!. Selepas tular mengeluarkan wang zakat mencecah RM1 juta, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi membuat kejutan terhadap kakitangan syarikat milik mereka, Wawa Cosmetics. Seorang kakitangan mereka menerima sebuah Perodua Bezza atas dedikasi dan kecemerlangan menggalas tanggungjawab diberikan.
Menurut Wawa, individu yang dipilih dari unit operasi itu sememangnya layak diberikan hadiah terbabit kerana menunjukkan prestasi kerja yang terbaik.
“Pasukan operasi kami sudah bekerja keras tahun ini dan saya sendiri tahu kepenatan yang perlu mereka hadap setiap hari.
“Saya hadiahkan sebuah kereta kerana kebanyakan pasukan operasi ini masih belum mempunyai kenderaan. Jadi, bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat saya menghadiahkan sebuah kereta kepada individu yang sudah bekerja keras membantu Wawa Cosmetics.
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wawa Glamorous Night, di Putrajaya, baru-baru ini.
Hadiah Bermakna
Wawa pada masa turut optimis untuk terus menghargai para pekerjaya, termasuk pasang impian untuk menghadiahkan sebuah rumah sekiranya jualan jenama mencapai sasaran.
Bercakap mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan sasaran jualan keseluruhan ialah RM50 juta bagi tahun 2025.
“Setiap tahun saya dan Aeril memang mahu berikan yang terbaik untuk mereka dan insya-Allah tahun ini, kalau syarikat capai target jualan mungkin hadiah yang ditawarkan adalah sebuah rumah.
“Memang kami sudah berniat nak menghadiahkan sebuah rumah. Sebenarnya ini kejutan, kakitangan yang menang hari ini mereka tak tahu keputusan sebab saya mengupah pengurus acara dari luar untuk menjayakan majlis ini.
“Alhamdulillah jumlah jualan keseluruhan tahun 2024 sama seperti tahun sebelumnya iaitu sekitar RM30 juta ke atas.
“Boleh dikatakan kereta adalah hadiah paling besar pernah kami berikan sebab setiap tahun kami akan bawa kakitangan bercuti ke luar negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat.
“Bagaimanapun kami bersyukur kerana kita masih boleh bertahan meski pelbagai cabaran yang dihadapi. Insya-Allah target tahun ini, kita akan mulakan misi untuk capai jualan sekitar RM50 juta,” katanya lagi.
Pada majlis sama, Wawa Cosmetics turut meraikan penjual semula (reseller) yang berjaya mencapai jualan keseluruhan bagi tahun 2024, seperti penghargaan berupa wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...