Gaduh Adik Beradik Sampai ‘Left Grup’, Bermasam Muka, Bila Susah, Kembali Pada Keluarga Juga!

Share

Gaduh adik beradik, itu perkara biasa. Marah, lepas tu boleh pulak gelak ketawa bila jumpa kembali. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula darah daging sendiri.

Namun, tak semua adik beradik boleh macam tu. Jenis ada gaduh adik beradik sampai left grop keluarga, tak bercakap berbulan-bulan dan lebih teruk ada yang sampai sanggup putus saudara.

Jangan begitu, itulah darah daging kita. Tak perlu nak bergaduh atau bermasam muka. Kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti, keluarga jugalah tempat kita akan kembali. Seperti apa yang dokongsikan oleh Nurshakinah Ahmad dalam video tiktoknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Masuk Keluarga Suami, Jangan Burukkan Adik Beradiknya Sebab Keluarga Kita Pun Bukan Sempurna

Jangan Sibuk Menghitung JASA Pada Mak Ayah Sampai Pertikai Sumbangan Adik Beradik Lain

Gaduh Adik Beradik, Doakan Baik-baik

Adik beradik, ada sesetengah orang bergaduh bukan main lagi, sampai ‘left grop’ tak nak bercakap berminggu-minggu, block sana, sini.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik. Ada msa alah faham, berselisih pendapat. Tapi janganlah jadi macam budak-budak. Kita yang dah matang dan besar panjang kenalah tangani dengan baik.

Doakan yang baik dan bukannya perbesarkan masalah yang ada. Bayangkan kalau dah ‘left grop’, lepas tu terhegeh-hegeh pula nak masuk grop keluarga. Kan dah malu!

Terimalah adik beradik kita sebab kita tak pilih untuk dapat adik beradik begitu tapi Allah yang pilih. Jadi, jagalah amanat dengan baik.

Sentiasa Memaafkan

Kena ingat, suatu hari ditakdirkan kita susah, mesti akan berbalik pada adik beradik dan keluarga juga. Ada beribu-ribu kawan pun, kita akhirnya akan berbalik pada keluarga.

Begitu juga hubungan suami isteri, kita sayang, romantik, bagai pinang di belah dua tapi bila dilandai badai, orang yang kita akan rujuk dan balik pada keluarga kita juga.

Jadi, sentiasalah memaafkan dan doakan yang baik-baik untuk adik beradik dan keluarga kita.

Mingguan Wanita : Tak perlulah nak gaduh, dengki atau iri hati. Susah macam mana sekalipun, dengan adik beradik juga kita minta tolong.

Sumber: Nurshakinah Ahmad @tiktok

@nurshakinahahmad siapa gaduh dengan adik beradik. mari dengar sini #kinahtalk #assalamacademy ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A


.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora