Gadis promosi nasi kandar lauk babi, restoran di Damansara ini turut jual nasi lemak berlauk babi. Nasi kandar sangat sinonim dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bahkan kalau ke utara tanahair, tidak sah kalau tidak pekena nasi kandar.
Ia telah menjadi makanan kesukaan semua tidak kira bangsa dan disukai kerana campuran kuahnya yang pelbagai. Nasi kandar sinonim dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong, telur sotong, telur dan lagi. Begitu juga nasi lemak yang diterima sebagai makanan kesukaan rakyat Malaysia dan dimakan bersama lauk pauk.
Sejak semalam tular tentang satu klip video memaparkan seorang gadis menikmati nasi kandar tetapi lauknya terdiri dari babi. Di restoran yang sama, nasi lemak berlauk babi turut dijual oleh restoran terletak di Damansara ini.
Tidak betah dengan klip video itu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kesal dengan hantaran klip video yang mempromosi nasi kandar dengan hidangan babi yang tular di media sosial.
Memetik laporan Harian Metro, Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tindakan itu dianggap bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia yang diketahui dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.
Menurutnya, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.
“PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekaligus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.
“Justeru, PRESMA ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan bebas daripada bahan dilarang di dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, PRESMA menasihatkan kepada semua pencipta kandungan supaya lebih sensitif dengan hasil kreatif yang dihasilkan.
“Kepada mana-mana pencipta kandungan perlu lebih sensitif dan perlu mengambil kira soal makanan yang selama ini dikaitkan dengan orang Islam,” katanya.
Video yang dimuatnaik itu sudah mencecah lebih 200,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka.
Sementara itu, terdapat pengguna media sosial lain turut memuat naik video sama dengan menulis keterangan meminta orang Islam berhati-hati.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Petua Rahsia Masak Sotong Tidak Kecut & Lembut Ala Restoran Nasi Kandar
Mudahnya Masak KUBIS GORENG Ala Mamak, Sama Macam Restoran Nasi Kandar
Resipi Rahsia Peria Goreng Crispy Ala Mamak Nasi Kandar, Ranggup & Tahan Lama
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!