Siapalah kita untuk melawan takdir Allah, bertemu jodoh dengan pasangan yang berbeza berpuluh tahun. Malah, pasti akan ada ejekan, dan kata-kata sinis yang beranggapan ada sebab berkahwin dengan orang yang berumur ini.
Namun, kalau sudah tertulis bertemu jodoh dengan lelaki yang seusia ayahnya, berlapang dada terima seadanya. Inilah kisah Ana Amalia, wanita muda yang berusia 27 bertemu jodoh dengan suaminya berusia 63 tahun, perbezaan umur lebih kurang 3 dekad.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Beza Usia 40 Tahun, Suami Isteri BAHAGIA Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-17!
Gadis Ini Kahwin Datuk Berusia 86 Tahun, Mampu Bertahan 14 Bulan Sebelum Meninggal Dunia
Kisahnya Ana Amalia, yang dijodohkan dengan Emen Hidayat, lelaki yang 35 tahun lebih tua daripadanya telah menjadi perbualan warganet. Kebanyakannya beranggapan perkahwinan ada sebab dan semata-mata untuk menaikkan ‘rating’ youtube milik Ana Amalia.
Seperti yang diketahui, Ana Amalia adalah youtuber yang agak terkenal di Indonesia dan tanpa ada perasaan malu, dia turut berkongsi cerita tentang suaminya yang boleh dikatakan sebaya ayahnya.
Dalam salah satu videonya turut menceritakan tentang jodoh bersama suaminya. Dia meneriMA dengan berlapang dada dan anggap ini adalah anugerah. Pasangan ini berkahwin pada 13 Disember 2018.
Mencerita lebih lanjut, perkahwinan ini adalah aturan daripada keluarganya sendiri dan dia hanya diberitahu melalui telefon dari orang tuanya.
Pada mulanya, Emen tidak memaksa untuk menerima dirinya memandangkan perbezaan umur yang sangat jauh dan menjadi beban pada Ana. Tapi, inilah yang dikatakan jodoh.
“Selepas dua minggu bertemu, akhirnya kami berkahwin, langsung tiada gambar perkahwinan dan hanyalah ijab kabul sahaja,” kata Ana.
Pada awal perkahwinan, banyak pergolakan dan tak kurang juga cemuhan dan ejekan daripada orang kampung. Sehingga ada yang mengatakan pasangan ini seperti ‘ayah dan anak’ atau cucu dengan datuk.
Semua ejekan dan cemuhan itu langsung tidak disimpan dan ambil hati. Malah, pasangan ini mengambil masa 3 bulan untuk menerima kehadiran masing-masing dan anugerah yang Allah berikan ini.
Selain itu, Ana juga berhadapan dengan keluarga Emen. Awalnya, ada ahli keluarga yang menolak kerana Emen sudah mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya hampir sebaya dengan Ana.
“Pada awalnya, nampak rasa tidak selesa sebab anak Emen hampir sebaya. Tapi saya cuba sesuaikan dan cuba untuk dekatkan diri sebagai ibunya.
Hingga kini, Ana Amalia cukup bahagia dengan pasangannya, Emen Hidayat walaupun belum dikurniakan cahaya mata dan sentiasa berdoa agar diberi zuriat suatu hari nanti.
“Masih belum ada rezeki dan saya yakin, Allah akan beri pada waktu yang tepat. Doakan untuk kami dapat cahaya mata yang diimpikan,” katanya.
Ana Berkelulusan Sarjana
Siapa sangka Ana mempunyai kelulusan Sarjana dan merupakan guru bahasa Inggeris. Memandangkan sekolah, tempat dia mengajar agak jauh menyebabkan dia berhenti kerja dan lebih menumpukan kepada channel youtubenya.
Sementara itu, suaminya seorang petani di kampungnya. Dia adalah seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak.
Memilih pasangan yang jauh beza usianya bukanlah kerana suaminya kaya tetapi reda dengan jodoh yang telah diberikan. Baginya, hidup lebih baik dengan suaminya yang berumur daripada kahwin dengan lelaki sebaya yang mungkin menyakitkan hati.
Mingguan Wanita : Kalau sudah jodoh. Pedulikan dengan kata-kata orang dana bahagialah cara kita.
Sumber: Youtube Ana Amalia
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita