Gadis kongsi pengalaman kena road bully, diminta ketepi semata mahukan nombor telefon peribadinya. Cara mengurat yang tak kena masa dan agak ekstrem.
Pengalaman seorang gadis yang memandu keseorangan dari Johor dipercayai menuju ke kota Kuala Lumpur bukan saja meninggalkan ketakutan buat dirinya tetapi berpanjangan hingga adanya laporan polis dibuat.
Gadis Kongsi Pengalaman Kena Road Bully
Berkongsi klip video dari rakaman dashcamnya, Munira berkata pengalaman agak menakutkan itu berlaku ketika dirinya baru balik dari tugasan luar daerah. Ketika memandu keseorangan, dirinya perasan sebuah kenderaaan pacuan empat roda akan mengikut ke mana saja kedudukan keretanya bergerak.
Kalau ke kiri, tindakan sama dilakukan pemandu ini. Bukan tak boleh potong tapi seakan sengaja tak mahu memotong walau ada ruang dan peluang.
@meerjnr This happened to me a few days back coming back from outstation work. Ingat pesan saya, nobody is safe. Kau hodoh pun kau masih kena. Be right back gonna make my tinted 100% 😭🤘🏼#roadbully#fyp#staysafe♬ original sound – Munirah
Awalnya dia memikirkan kenderaannya bermasalah atau alami kerosakan tetapi sepanjang pemanduannya, tiada pula masalah. Ia membuatkan dirinya menggigil ketakutan kerana hanya berada keseorangan dalam kereta ketika itu.
Diminta Ketepi Semata Mahukan Nombor Telefon Peribadinya
Dapat dilihat dari video dikongsikannya, Munira agak tertekan dan seakan “membebel” mahukan kenderaan itu memotongnya tetapi tidak sebaliknya kenderaannya terus diekori hingga dirinya berasa stres.
Ads
Keretanya mula diekori dari Yong Peng hinggalah dirinya berpeluang “melarikan” kenderaan dari Lorong kanan memancung ke laluan kiri sebelum memasuki kawasan Rawat & Rehat Senawang tanpa sempat jantan psyco mengikutnya.
Namun apa yang membuat Munira jadi lebih tertekan dan berasa marah, tindakan pemandu kenderaan 4×4 yang mengekorinya itu selain memintanya memperlahankan kenderaan dan cuba menyuruhkan ke tepi adalah semata-mata mahukan nombor telefon peribadinya.
Bahkan selepas selamat memakirkan kenderaannya selepas melalui pengalaman menakutkan ini, dirinya akui rasa mahu menangis selain terus mengigil ketakutan akibat kejadian road bully dialaminya ini.
Bahkan dirinya turut menulis “jangan ingat muka ko macam belacan tak ada jantan psyco minat”. Walaupun nampak seakan lawak namun pasti dirinya ketakutan melalui trauma ini.
Ads
Dalam pada itu, selepas videonya tular di media social hingga nombor pendaftaran kenderaan pacuan empat roda itu dikenal pasti termasuk pemiliknya dikenal pasti, berdasarkan komen-komen mengatakan pemilik kenderaan pacuan empat roda itu mendakwa dirinya difitnah melakukan road bully semata mahukan nombor telefon dan telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini.
Apa pun dalam perkongsian video terbarunya, Munira melahirkan rasa tidak takutnya dengan laporan polis berkenaan kerana keretanya memang dipasang dash cam depan dan belakang dan semua bukti rakaman ada padanya.
Apa pun, moga gadis yang memandu sendirian di luar sana, hati-hati kerana ramai yang psiko kala ini.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Di awal kehamilan, ibu-ibu hamil dinasihatkan agar tidak terlalu aktif dan banyakkan berehat demi menjaga kandungan yang masih kecil serta bagi mengelakkan keguguran.
Baru sahaja mengumumkan berita gembira sedang berbadan dua pada Mei lalu, namun Allah adalah sebaik-baik perancang. Pelakon Fasha Sandha,35 baru sebentar tadi berkongsi kesedihan di laman Instagramnya apabila mengumumkan bahawa dirinya telah mengalami keguguran.Ia merupakan kandungan anak pertama hasil perkahwinan bersama pelakon Aidil Aziz,31 yang sepatutnya dijangka lahir pada Februari tahun depan.
Terlalu Aktif
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon ini meminta maaf kepada suami tercinta dan kedua anaknya iaitu Rayfal dan Jemyma. Menurut Fasha lagi, keguguran tersebut mungkin berpunca kerana dirinya terlalu aktif dan sering terlupa ada bayi kecil yang sedang dikandung.
“Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang.Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak-lasak”
“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju-laju, buat kerja,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik”
“To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried”
“Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini.@itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat” #aidilfasha
“Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika.”
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 30 Mac lalu.Ia merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli,6 dan Putri Raysha Jemaima,5.
MW: Salam Takziah buat Fasha Sandha sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian ini. Perancangan allah adalah yang terbaik. Pesanan juga buat para ibu hamil, agar lebih berhati-hati menjaga kandungan dan elakkan terlalu aktif, lebih-lebih lagi di awal kehamilan.
Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup.
Bahan-bahan:
Sedikit Udang
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit
200gm taugeh
1 pokok kucai
2 biji cili merah | dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
5. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah bergelar anggota bomba, apabila berdepan dengan risiko nyawa menjadi taruhan ketika melaksanakan tugas. Terkini dilaporkan Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah dalam operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.
“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan,” katanya hari ini.
Letupan Dalam Operasi Memadam Kebakaran Kilang
Dalam kejadian jam 10 pagi Sabtu lalu, seorang pegawai bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu.
Anggota ERT kilang yang parah dikenali sebagai Mohamad Azuraini Mahrani, 40, manakala pegawai bomba yang melecur adalah Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52.
Tercampak 10 Meter
Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan.
Akibat kejadian itu Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga Pegawai Bomba atas tragedi ini sehingga kehilangan nyawa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.