Kalau berniat nak hilangkan parut jerawat, eloklah anda cuba petua yang dikongsikan adik Muyassarah Samad ini dulu. Apa yang penting, lebih selamat dan pastinya tak ada bahan kimia yang mungkin bolehkan rosakkan kulit wajah dalam masa jangka panjang. Jadi ini pilihan terbaik, jom semak apa bahan-bahannya…
Bahan-bahan dia semua natural..non – chemical dan homemade, semestinya senang.. tak susah pun… semudah 1,2 dan 3 !!
1.asam jawa
2.bedak sejuk
3.air kosong
Petua ni memang sarah dah amalkan 5 tahun dari zaman remaja *lani pon remaja lagi noh. Kalau nak nampak marvelous kena amalkan setiap malam in syaa ALLAH seminggu parut dah hilang. 2011 n 2012 masa tu muka sarah teruk sangat jerawat, parut sampai malu nak keluar rumah. Mungkin perubahan hormon kot. Hahaa…
Sediakan bahan-bahan
1.Asam jawa* apa apa jenama pon boleh
2.Bedak sejuk * sarah guna bedak sejuk yang sarah buat sendiri ..hehe
3.Air kosong
Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati..
Then Tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat
Ini selepas digaul.
Kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi..kalau terlalu pekat uolsss jangan lupa tambah air sikit
Bila dah campur semua gaul-gaul sampai sebati..taraaa dah siap..macam nak buat kek pon ada..Hahaha
Kemudian apply kat tempat yang berparut, kalau rajin nak apply 1 muka pon boleh.
Biarkan sehingga Kering.
Seelok eloknya buat waktu malam sebelum tidur
Waktu ni alhamdulillah dah tak teruk sangat lepas amalkan petua ni.
Ok, selamat mencuba bagi anda yang nak cantik tanpa racun!