Gadis hilang selepas jumpa lelaki baru dikenali, mayat Nurul Asikin ditemui sudah mereput. Seorang wanita, Nurul Asikin Lan yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak lebih seminggu yang lalu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa semalam di Jalan Setia Raja Tabuan, Sarawak.
Ketika keluar rumah, ahli keluarga mangsa memaklumkan yang arwah memakai pakaian berwarna kuning, lengkap dengan aksesori emas, beg tangan, dompet serta telefon bimbit iPhone 14. Semasa kehilangannya, keluarganya dikatakan telah melakukan solat hajat memohon agar dirinya ditemukan namun lebih seminggu, usaha tersebut tidak menemui jawapan sebelum mayatnya ditemui di dalam longkang.
Namun kehilangannya mulai menjadi misteri apabila telefon bimbit Nurul Ashikin tidak lagi berfungsi. Bagaimana pun telefon lelaki berkenaan masih boleh dihubungi namun namun tidak pernah berjawab, selain dikatakan dirinya telah menyekat semua nombor telefon ahli keluarga mangsa.
Lelaki tersebut juga dilaporkan telah terbang ke Kemboja, kononnya bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Kemboja yang lalu. Namun, perjalanannya ke sana tidak ditemani oleh mangsa, menyebabkan keberadaan mangsa menjadi tanda tanya besar.
Kes kehilangan Nurul Ashikin turut mendapat perhatian dari Menteri Wanita Pembangunan & Masyarakat YB Nancy Shukri yang datang menziarahi keluarga ini serta mengingatkan agar tidak sebegitu mudah mengikut lelaki yang baru dikenali.
Kes masih dalam siasatan polis dan masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa namun kenalan lelaki kepada Nurul Ashikin telah direman pihak berkuasa bagi siasatan lanjut.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isteri Mati Dibunuh Di Bilik Hotel, Ibu Soal Menantu “32 Tahun Ibu Jaga, Sampai Hati Kamu Bunuh…”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE