Gadis dibunuh kenalan lelaki, suspek mengaku terdesak duit mahu tonton aksi Harimau Malaya di Vietnam. Seorang suspek yang terlibat dengan kehilangan seorang gadis Nurul Asikin Lan di Tabuan Jaya, Sarawak yang ditemui mereput dalam longkang membuat pengakuan membunuh mangsa kerana terdesak perlukan wang untuk menonton aksi Harimau Malaya di Vietnam.
Dalam kejadian menyayat hati, Nurul Asikin yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar rumah pada 7 Disember lalu namun akhirnya hanya jasad mereputnya ditemui selepas hebahan orang hilang dilakukan ahli keluarganya seminggu selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, motif pembunuhan itu diketahui selepas suspek yang kini ditahan reman, mengaku melakukan perbuatan itu.
Ujarnya, lelaki berusia 23 tahun itu mendedahkan terdesak memerlukan wang untuk perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024
di Phnom Penh, Kemboja, 8 Disember lalu sekali gus menjadikan ia motif pembunuhan.BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gadis Hilang Selepas Jumpa Lelaki Baru Dikenali, Mayat Nurul Asikin Ditemui Sudah Mereput
“Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan di ketika menyaksikan kejohanan bola sepak Kemboja,” katanya.
Terdahulu ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Krismas 2024 dan Hari Bertemu Pelanggan PDRM Kontinjen Sarawak di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini, Mancha berkata, beliau yakin polis kini hampir berjaya menyelesaikan kes berkenaan.
“Selepas polis berjaya menahannya dan melakukan siasatan, suspek membuat pengakuan memang dia yang membunuh mangsa dan berdasarkan bukti yang diperoleh, polis percaya kes itu hampir selesai.
“Malah suspek juga menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang sehingga membawa kepada penemuan mayat reput yang sudah reput baru-baru ini,” katanya.
Tangisan ibunya ketika diziarahi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri di kediaman mereka di Sarawak cukup meruntun hati ramai.
Saudara terdekat kepada arwah, Satila Layla turut berkongsi perasaan geramnya di atas berita pengakuan tertuduh yang membuat pengakuan membunuh kerana bermotifkan duit hanya kerana mahu menonton aksi Harimau Malaya di Vietnam.