Ketika status rumah perlindungan Baitus Solehah ini dimuat naik oleh pengasasnya, Puan Ummi Muna Liza Ismail yang lebih mesra dipanggil Mak Liza, ramai yang menidakkan. Tak percaya anak semuda 13 tahun dah mengandung menjadi mangsa Pedofilia.
Jangan buat-buat pejam mata, sebab apa yang Mak Liza kongsikan ini memang kisah benar lagi nyata. Terjadi bukan saja ke atas diri gadis 13 tahun itu, malah masih ada 4 lagi mangsa pedofilia di bawah jagaan mereka.
Boleh bayangkan, betapa dahsyatnya keadaan yang berlaku. Media sosial yang bermacam-macam semua di hujung jari.Sebut saja, facebook, twitter, instagram, beego, wechat.. tak tertulis di sini. Akses mereka amat mudah. Dalam rumah pun, jenayah boleh menyerang anak kita tanpa sedar.
Dan inilah yang cuba disampaikan oleh Mak Liza. Agar mak ayah jangan terlalu terleka. Belek, telek, intai malah siasat apa yang anak kita lakukan seharian. Baik lelaki mahupun perempuan, risikonya sama.
Menakutkan mak ayah, ambillah kisah ini sebagai pengajaran.
Kecil Kecil Dah Kena Urus Anak Sendiri
Ni mangsa pedo. Budak ni di’grooming’ dari sebelum ambik UPSR. Bila umur 13 tahun dah mengandung. Budak tu happy je sebenarnya sebab dia tak tahu akibat. Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ni babak akhir setelah mangsa terkulai manja
Ads
Kesian tak, budak kecik dah kendung anak. Ni gambar saya ambik waktu dia nak mandi anaknya. Terpaksa berjengket sebab masih rendah. Pendek. Ketinggian belum cukup. Masa mengandung sedih tengok budak kecik perut terjungkit ke depan.
Di sini mereka perlu berdikari. Kena urus anak sendiri. Ada kawan sebelahnya perhati, tunjuk ajar supaya budak ni lakukan dengan betul.
Apa emak emak rasa bila tengok budak umur 13 tahun kendung anak? Adik ke anak?
Ini Bukti Pedofilia Semakin Bermaharajalela
Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung dan melahirkan anak, air susu tetap ada dan mewah. Anaknya menyusu susu ibu.
Masih ada 4 mangsa pedo belum melahirkan. 2 orang budak dah melahirkan anak.
Ads
Ini lah bukti pedo makin bermaharajalela. Tahun lepas saja berapa ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.
Emak, emak…jangan lena. Jangan sibuk dengan kisah Husna. Bangun, bangun…
Ini nasihat dari Opah Makin Tua.
Pendidikan Kehidupan Menurut Islam
Bagi pembaca yang masih belum memahami sepenuhnya tentang Baitus Solehah, ia adalah sebuah rumah perlindungan untuk remaja perempuan dan wanita yang mengandung tanpa suami.
Setakat ini, jumlah ibu dan bayi di rumah ini seramai 40 orang. Rumah ini beroperasi di bawah kebenaran JKM (sah sehinggan tahun 2022). Di sini remaja perempuan dan wanita yang dilindungi dipanggil pelatih.
Ads
“Tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan selama mereka tinggal di Baitus Solehah. Semua kebajikan mereka ditanggung Baitus Solehah.
“Aktiviti harian di Baitus Solehah adalah pentarbiyahan hidup berlandasan agama Islam bermula dari bangun tidur hingga tidur semula.
“Mereka diberikan pendidikan kehidupan menurut Islam dalam kuliah subuh, kuliah tafsir, kelas fardhu ain, kuliah Taalim Zuhur, kelas Al quran dan kaunseling.” terang Mak Liza ketika dihubungi MW.
Jelasnya lagi, cara hidup mereka juga mengamalkan sunnah. Dengan penanaman iman, pembersihan hati dan penyucian jiwa, mereka menjadi kuat dan tabah menghadapi kehidupan apabila keluar dari Baitus Solehah nanti.
Justeru mak ayah, teruslah memanjatkan doa agar anak-anak perempuan kita dilindungiNya dan jomlah sematkan dalam hati untuk jadi mak ayah prihatin dengan anak-anak.
Moga kisah anak 13 tahun ini menjadi asbab untuk mak ayah berubah menjadi lebih baik lagi.
Jika tindakan Khairul Aming menjual produk sambalnya dan disalurkan untuk membantu rakyat Palestin mendapat sokongan ramai, lain pula halnya dengan usahawan terkenal Vivy Yusof.
Tidak Raih Keuntungan Hasil Jualan Koleksi Palestin
Vivy Yusof turut menyalurkan bantuan ke Palestin dengan caranya yang tersendiri. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh jenamanya, dUCk, ia menawarkan koleksi skaf dan selendang bertemakan bendera Palestin. Lebih membanggakan, setiap keuntungan yang diperolehi dari jualan tersebut akan disalurkan sepenuhnya ke pertubuhan amal, Viva Palestina.
Namun, di sebalik kemurnian hatinya untuk sama-sama membawa jenamanya membantu umat Islam yang memerlukan, ia disalah tafsir oleh sesetengah pihak di mana warga maya menyelar pendekatannya yang dilabelkan sebagai ‘opportunist’ yang menggunakan situasi ini untuk menjana pendapatan.
Memetik temubual bersama akhbar tempatan, Vivy Yusof menegaskan bahawa koleksi tema Palestin yang dibawakan oleh jenamanya membawa maksud solidariti.
“Koleksi kali ini mengetengahkan rekaan yang sama seperti rekaan pada tahun 2021. Ketika itu, berlaku pergolakan antara Israel-Palestin. Kami membuat projek yang serupa untuk mengumpul dana bagi membantu saudara di sana.
“Skaf koleksi Palestin ini berada di pasaran atas permintaan orang ramai yang ingin memakai simbol Palestin sebagai sokongan dan solidariti, sekaligus menyumbang untuk membantu rakyat Palestin.
Tambah Vivy Yusof lagi, sambutan yang diterima amat memberangsangkan di mana ia mendapat sambutan luar biasa dari para peminat jenama tersebut. Malah untuk koleksi kali ini, ia turut menambah beg tote Palestin dan cawan. Menjengah ke laman web https://www.getducked.com/, pra tempahan koleksi ini boleh dibuat sehingga 17 Oktober ini.
Vivy Yusof Jalin Kerjasama Bersama Viva Palestin
Tambah Vivy lagi, ia merupakan projek amal sepenuhnya dan dUCk berkolaborasi dengan Viva Palestina. Dana yang berjaya dikumpul akan dimanfaatkan Viva Palestina cawangan Malaysia untuk menghantar bantuan berbentuk bekalan perubatan, makanan, tempat perlindungan sementara dan bahan api hospital ke Palestin.
Koleksi tema Palestin dUCk ini terdiri daripada skaf dan selendang berwarna hitam dan putih pada harga RM300 sehelai. Selain itu, ia turut mempunyai koleksi tote bag dan cawan pada harga RM40 sahaja.
Tak sangka… cuma disebabkan vape (rokok elektronik), Nur Alya Damia, 19, dicekik sampai mati oleh suspek yang merupakan orang lelaki terakhir yang jumpa dengan arwah pada malam kejadian pada pukul 10.30 malam itu.
Bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu dan dikatakan bertemu semula pada malam kejadian untuk berbincang mengenai hubungan mereka.
Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.
Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.
Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa.
Ayah Mangsa Nak Jumpa Suspek
“Jika diberi peluang dan kebenaran, saya ingin bersemuka sendiri dengan dia (suspek) untuk bertanya punca mengapa tergamak melakukan perbuatan itu ke atas Kak Long (anak).
“Semua perkara boleh dibawa berbincang dengan elok dan bukannya berakhir tragis sebegini.”
“Hati ini tak akan tenang selagi tidak mendengar dari mulutnya sendiri.”
Itulah rintihan Mohd Hairi Jamil, 45, bapa Nur Alya Damia, 19, pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang ditemui mati dipercayai dibunuh bekas kekasihnya di Taman PD Permata, Port Dickson.
Dalam kesedihan itu Mohd Hairi meluahkan rasa pilu apabila melihat baju kurung raya Kak Long yang sudah dibelinya pada awal bulan ini.
“Kalau ikutkan perancangan, kami nak mpakai pakaian hijau tua sedondon pada Aidilfitri nanti dan saya memang dah siap beli.”
“Saya juga bercadang menghadiahkannya sebuah kereta bagi memudahkan dia menjalani latihan amali dan menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Rangkaian Komputer.
Mayat Nur Alya Damia yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.
Susulan itu, polis dalam tempoh 15 minit, mengesan dan menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.
Mahkamah Majistret Port Dickson membenarkan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki PROTON Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor, berkata pihaknya menyiasat kes berkenaan merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bahagia hati isteri apabila sentiasa disayangi suami. Malah, dalam doa harian pun isteri jaranglah terlupa nak selit minta doa agar suami sayang lebih padanya.
Dalam tak sedar rupanya, ada doa lebih mustajab untuk dipohon dan jika dipraktikkan selalu suami akan jadi tak sampai hati pada isteri untuk menyayangi isterinya itu.
Jangan Doa Minta Suami Sayang Kita..
Masa pegi kelas penjagaan ibu lepas bersalin haritu, Pn Mazni ada share satu doa. Mungkin selama ni tiap hari kita doa minta suami sayang kita.
Perasaan sayang tu general. Dia sayang mak ayah dia, anak-anak, adik-beradik dia, pak cik mak cik dia, sepupu rapat dari kecik main sama-sama. Semua dia sayang.
Boleh jadi sapa-sapa yang dia jumpa nanti dia akan sayang dalam masa yang sama dia memang sayangkan kita.
Ubah Cara Isteri Berdoa
Jadi Pn Mazni tu ajar untuk ubah cara berdoa. Doa ni dia dapat masa dengar ceramah dari sorang ustaz.
“Ya Allah, kau semaikanlah rasa kesian dihati suamiku terhadapku.”
Kesannya insyaAllah, bila suami nak buat sesuatu yang tak elok dia akan rasa kesian dan tak sampai hati sebab teringat susah payah dan pengorbanan si isteri.
Nampak isteri penat uruskan kerja rumah, suami akan rasa kesian dekat isteri. Automatik dia rasa ringan tulang nak tolong kemas rumah sama-sama.
Ini Yang Dialami Lepas Praktikkan Doa..
Malam tu juga aku terus praktikkan doa baru tu. Esoknya hari jadi aku. Konsep kita org memang jenis tak bagi hadiah bila birthday ke anniversary ke. Memasing dah faham dan takde terasa apa-apa sebab dah biasa.
Esok pagi tu Zarol suruh siap-siap nak pegi mall. Sebelum ni tiap kali nak pegi mall memang aku je yang usulkan tak pernah dia yang offer dulu.
Eh buat apa pegi sana (buat-buat tak faham tapi macam dapat detect)
“Awak tak nak apa-apa ke. Handbag ke kasut ke.”
Uiii biar betul. Takkan doa semalam dah makbul. Cepatnya! Alhamdulillah dapat sebijik handbag. Last dia bagi masa hantaran 5 tahun lepas.
MW : Semoga kasih sayang suami isteri dalam rumah tangga terus kekal hingga ke jannah.