Bermula pada 1 hingga 30 September lepas, telah diadakan peraduan mudah #MingguanWanitaXCabloc didalam Facebook dan Instagram Mingguan Wanita. Peraduan ini menghendaki para peserta memadankan gambarajah Cabloc dalam bentuk imej gif yang paling tapat berserta slogan yang paling menarik.
Dengan tagline “Lebih Sihat & Yakin, Jom Menang Cabloc!” ia memberi peluang buat para pembaca yang ingin tampil lebih sihat, dan yakin, pada masa yang sama turut merasai sendiri keberkesanan Cabloc ini.
Hadiah utama wang tunai RM 300 beserta produk Cabloc telah dimenangi oleh Zsyirah Ira, 18 yang berjaya memenangi hati juri dengan slogan yang menarik. Manakala, 20 pemenang bertuah yang lain mendapat produk Cabloc sebagai saguhati.
“Saya sungguh tak sangka dan sangat gembira menjadi pemenang hadiah utama bagi peraduan ini. Saya menyertainya sekadar suka-suka dan ingin mencuba nasib. Namun saya cuba sehabis baik, untuk mencipta slogan yang boleh menawan hati juri. Alhamdulillah rezeki saya. Terima kasih Mingguan Wanita dan Cabloc kerana memilih saya. Saya pasti akan mencuba produk ini untuk kesihatan diri,”
ujar Zsyirah Ira berkongsi perasaan menjadi pemenang hadiah utama.Berikut senarai nama dan pemenang saguhati bagi peraduan #MingguanWanitaXCabloc
Hadiah-hadiah boleh diambil di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam Selangor.
Vitraplus Cabloc adalah produk pelangsingan berat badan semula jadi yang boleh membantu mengurangkan berat badan dengan selamat, keluaran AJ Research & Pharma Sdn Bhd. Menariknya ia dirumus dalam bentuk kapsul dengan Ketone Rasberi sebagai bahan utama yang menghalang pemecahan karbohidrat dalam sistem pencernaan agar glukosa berlebihan tidak disimpan menjadi lemak dalam badan. Selain Ekstrak Kacang Ginjal, Ekstrak Daun Gymnema, Ekstrak Biji Kopi Hijau dan Ekstrak Stem Buah Kaktus Pir Berduri.
Jadi tiada masalah untuk mengambil karbohidrat seperti nasi setiap hari kerana ia boleh membantu menyekat penyerapan, membakar lemak dan memberi gizi seimbang.
2. Ekstrak Kacang Ginjal
Mencegah pemecahan dan penyerapan karbohidrat ke dalam tubuh.
3. Ekstrak Daun Gymnema
Menyekat pengaktifan molekul gula dalam deria rasa.
4. Ekstrak Biji Kopi Hijau
5. Ekstrak Stem Buah Kaktus Pir Berduri
Kaya dengan vitamin dan mineral, termasuk asid askorbik, kalsium, kalium dan karotenoid untuk diet yang seimbang.
1.Watsons
2.HealthLane Family Pharmacy
3.Alpro Pharmacy
4.Georgetown Pharmacy
5.Multicare Pharmacy
6.AA Pharmacy
7.Citycare Pharmacy
8.Pillbox Pharmacy
9.Wellings Pharmacy
10.SaSa Malaysia
11.Vitacare Multicare Pharmacy
Cara Pengambilan:
2 Kapsul sekali sehari. Disarankan 1 Selepas Sarapan, 1 Selepas Makan Tengahari. Minum air kosong dengan banyak. Digalakkan dengan pengambilan makanan seimbang dan senaman 2-3 kali seminggu.
Peringatan: Wanita hamil dan menyusu bayi tidak sesuai untuk pengambilan dan hasil keputusan mungkin berbeza setiap individu.
Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook : VitraplusCablocMY