Berita

Gadis 15 Tahun Diberi Vape Khayal, Lelaki Mengaku Perkosa Remaja Bawah Umur Lepas Beri Rokok Elektronik

Share

Gadis 15 tahun diberi vape khayal, lelaki mengaku perkosa remaja bawah umur lepas beri rokok elektronik. Berhati-hati dengan lelaki yang baru dikenali kerana kesannya amat buruk apatah lagi melibatkan masa depan.

Nasib remaja perempuan berusia 15 tahun ini malang apabila mengenali lelaki berniat jahat yang telah memperkosanya hanya selepas diberikan rokok elektronik yang mengandungi bahan khayal.

Gadis 15 Tahun Diberi Vape Khayal

Memetik laporan Buletin TV3, seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan merogol kenalan selepas memberikannya rokok elektrik yang disyaki mengandungi bahan mengkhayalkan di sebuah hotel bajet, Jalan Sultanah, Batu Pahat, bulan lalu.

Tertuduh yang juga pekerja kedai makan, Muhamad Raffie Md Elias ,19, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Sebelum itu, mahkamah terpaksa menangguhkan seketika selepas tertuduh hanya berdiam diri walaupun beberapa kali ditanya sama ada mahu mengaku bersalah atau tidak terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Lelaki Mengaku Perkosa Remaja Bawah Umur Lepas Beri Rokok Elektronik

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kenalan berusia 15 tahun lima bulan di hotel bajet, pada jam 1.30 pagi, 23 Mac lalu.

Hukuman bagi kesalahan ini ialah tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

Berdasarkan laporan polis, mangsa dibawa tertuduh menaiki motosikal sebelum singgah di hotel terbabit.

Ketika berada dalam bilik hotel, mangsa diberikan rokok elektronik yang disyaki mengandungi bahan mengkhayalkan menyebabkan dia separuh sedar.

Kesempatan itu diambil tertuduh melakukan perbuatan terbabit, dan satu laporan polis dibuat sebaik mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakannya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh memandangkan kes ini amat serius.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes, laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), fakta dan juga hukuman terhadap tertuduh.

Mahkamah juga memutuskan tiada tawaran jaminan diberikan dan ini bermakna tertuduh ada dimasukkan ke Pusat Koreksional Muar sementara menunggu hukuman.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Warga Emas & Anak Didakwa Perkosa Remaja 15 Tahun Dalam Kereta

Wanita Sarat Hamil 7 Bulan Meninggal Dikelar Mentua, Gara-Gara Tolak Ajakan Hubungan Intim

Maulud Riyanto, Remaja Dihukum Di Dunia 13 Tahun Penjara Pertahan Maruah Ibu Diperkosa

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros