Permulaan tahun baharu menyaksikan Samsung memperkenalkan peranti pintar kelas perdana baharu mereka iaitu generasi Galaxy S24 yang dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI).
Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang dulunya hanya diimaginasikan dalam filem barat kini sudah pun berada di alam nyata. Malah sejak setahun yang lalu ia semakin diguna pakai untuk memudahkan pelbagai aspek kehidupan.
Peranti untuk kelas Galaxy S24 Ultra dibina menerusi binaan titanium sekali gus menjadikan peranti berkenaan lebih ringan serta tahan lasak.
Pengenalan kefungsian AI berkenaan menjadikan Samsung S24 adalah peranti pintar pertama yang melakukan integrasi penuh untuk AI serta ia memudahkan pengguna sama ada untuk melakukan carian gambar atau terjemahan masa nyata. Menerusi pengenalan generasi baharu berkenaan, siri Galaxy S24 didatangkan dengan tiga variasi iaitu Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra.
Ads
Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics, TM Roh berkata, AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri Galaxy S24, daripada membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dengan kefungsian ProVisual Engine Galaxy dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.
“Siri Galaxy S24 mengubah cara kami berhubung dengan dunia dan menyemarakkan inovasi mudah alih untuk dekad seterusnya.
Ads
“Galaxy AI dibina atas warisan inovasi dan pemahaman kami yang mendalam terhadap cara orang menggunakan telefon mereka. Kami bersemangat untuk melihat bagaimana pengguna kami di seluruh dunia memperkasakan kehidupan seharian mereka dengan Galaxy AI untuk mengorak kemungkinan baharu,” katanya.
Menyentuh soal spesifikasi untuk Galaxy S24 Ultra, skrin peranti ini didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci dengan skrin paparan Dynamic LTPO AMOLED 2X bersama kadar segar semula 120Hz serta kecerahan 2600 nits.
Ads
Peranti Galaxy S24 Ultra ini masih mengekalkan tetapan empat lensa dengan keupayaan sensor 200 megapiksel (MP) sebagai lensa utama untuk merakam gambar jelas serta terperinci.
Antara ciri-ciri lain Peranti Galaxy S24 Ultra termasuklah:
Lensa kedua berkeupayaan untuk 50MP dengan periskop telefoto bersama-sama dengan 10MP telefoto dan 12MP sudut ultra lebar.
Berkeupayaan untuk merakam video 8K dengan kadar bingkai sesaat (FPS) 24 atau 30 manakala untuk rakaman 4K adalah 30 hingga 120FPS.
Kapasiti bateri pula 5,000mAh dengan pengecas pantas 45W, 15W pengecas tanpa wayar dan 4.5W pengecas tanpa wayar berbalik.
Tanda harga untuk Galaxy S24 Ultra dengan storan 256GB bermula RM6,299, Galaxy S24+ (RM4,899) dan Galaxy S24 berharga RM4,099.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai wanita sudah tentu wajah yang mulus dan berseri-seri menjadi idaman. Dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah item paling penting perlu ada sebelum bersolek adalah krim tabir suria atau lebih senang dipanggil sunscreen.
Hakikatnya kulit wajah perlu diberi perlindungan segera terutamanya dari pancaran sinaran matahari yang merbahaya. Sebenarnya anda boleh kelihatan cantik dan berseri tanpa perlu mengenakan sebarang mekap tau! Rahsianya mudah saja anda hanya perlu pandai memilih ‘beauty suncscreen’.
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50+ PA++++ bertindak sebagai pelindung UV buat kulit. Kulit wajah akan kekal mulus walau bebas mekap dengan sapuan krim yang mengambil masa 1 minit sahaja, kecantikan semulajadi anda akan terserlah!
Primer Pertama Bertindak Lindungi Kulit Dari Sinaran UV
SUNPLAY Skin Aqua Tone Up UV Essence merupakan beauty sunscreen bukan saja melindungi kulit wajah anda daripada sinaran matahari ia juga boleh bertindak sebagai primer pertama untuk mewarnakan tona kulit yang betul. Paling best! Kulit wajah akan kelihatan seperti bersolek walau tidak mencalit sebarang mekap.
Bukan itu saja Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence turut membantu mengelak dari kewujudan tanda-tanda awal penuaan, seperti garis halus dan kedutan, tompok penuaan dan keanjalan kulit yang semakin hilang akibat terdedah pada sinaran matahari.
Kulit Lebih Lembap & Membetulkan Ton Kulit Yang Kusam
Sunscreen ini juga teksturnya sangat ringan dan cepat mesra dengan kulit paling best tak melekit! Bila disapu pada kulit rasa selesa, cepat menyerap dan kulit rasa lembap. Malah ia juga sangat sesuai sebagai asas mekap.
Paling menarik Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence menaikkan tona warna kulit muka. Didatangkan dengan tiga varian, Lavender, Mint Green dan Happiness Aura.
Ia juga mempunyai serbuk Mutiara bagi menjadikan wajah cerah berseri, tidak kusam dan dalam masa sama menyembunyikan cela pada kulit wajah.
Membetulkan Warna & Mencerahkan Kulit
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50+ PA++++ boleh didapati dalam tiga varian pilihan, antaranya Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Happiness Aura yang mempunyai warna merah jambu untuk efek berseri secara semulajadi, sesuai untuk kulit kusam dan pucat. Bukan saja pada warna malahan haruman sama bunga mawar juga dapat melegakan tekanan dan menenangkan minda terutamanya buat wanita yang bekerjaya.
Manakala Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Lavender dirumus khas untuk kulit kusam dan tidak sekata. Warna lavendernya boleh menyerikan kulit kusam yang tidak sekata dapat disembunyikan tanpa perlu bermekap tebal. Paling penting, kulit kekal terlindung dengan SPF50+ PA++++
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Mint Green berwarna hijau pudina. Berfungsi sebagai pembetulan warna yang sesuai untuk kulit berjerawat dan kemerahan. Pada masa yang sama memberikan kesan pada pencerahan kulit.
Sememangnya banyak manfaat yang terdapat pada Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence ianya juga diformulasikan dengan bahan yang menghidrasikan kulit seperti Hyaluronic Acid, Vitamin C dan Pure Nuance Complex yang diekstrak dari buah markisa, prune dan chestnut rose.
Kulit anda juga bukan sahaja dilindungi daripada sinaran UV, juga daripada bintik-bintik gelap. Rintangan air yang unggul juga mampu sebarkan krim dengan mudah dan lancar pada kulit.
Jadi sebelum terlambat sapulah segera Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence. Jangan ketinggalan belilah sekarang di rangkaian Watsons, Guardian dan menerusi kedai online di Shopee dan Lazada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Nampak Separuh Badan Wanita, Tangan & Kaki Tertimbus Dalam Runtuhan” Cukup menyayat hati dan pastinya trauma buat mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi.
“Saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum ternampak ada separuh badan yang hanya nampak tangan dan kaki tertimbus dalam runtuhan tanah.
“Saya dan rakan terus menggali tanah itu dengan tangan kami untuk membantu wanita dan anaknya,” kata Chong, 28.
Chong adalah mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, hari ini.
Perkhemahan Bahagian Zon A
Lelaki dari Melaka itu berkata, runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.
Menurutnya, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B yang tidak terjejas teruk dan semua kumpulannya selamat.
Katanya, sebelum itu mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum runtuhan tanah merosakkan khemahnya.
“Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.
“Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.
Dua Beranak Dapat Diselamatkan
Menurutnya, dia tidak mengenali mangsa terbabit, namun bersyukur dua beranak itu dapat diselamatkan.
“Tapak perkhemahan itu memang cantik tetapi runtuhan itu menyebabkan semua kawasan sudah menjadi seperti rata.
“Saya tak pasti berapa ramai mangsa terbabit dalam kejadian itu tetapi percaya masih ada lagi di bawah (tertimbus),” katanya.
Dengan Dentuman Kilat
Mengimbas detik kejadian itu, Chong berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi dan ketika itu mereka sedang tidur di khemah masing-masing.
“Ketika tanah runtuh saya terdengar seperti dentuman kilat dan runtuhan tanah dirasai berada di kepala. Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
“Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini,” katanya.
Sementara itu, Teh Lynn Xuan, 22, berkata, ketika kejadian dia hanya tidur-tidur ayam saja dan terdengar bunyi kuat seperti batu berguling serta air menitis di luar khemahnya.
Katanya, dia juga berkhemah di bahagian zon B dan datang ke tapak itu untuk bercuti bersama 20 lagi keluarganya dari Melaka.
“Kejadian itu menyebabkan khemah tertolak hingga kaki kami naik ke atas ketika tidur dan ia berlaku sangat cepat,” katanya sambil memberitahu kumpulannya juga semua selamat.
Turut dilaporkan juga lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat dalam menyelamatkan mangsa yang terlibat.
5 cara menghilangkan bulu di badan paling popular, tapi ada satu paling efektif dari semua senarai. Bulu-bulu halus yang tumbuh di badan adalah normal bagi orang perempuan. Tapi tak normal kalau bulu itu agak kasar terutama yang tumbuh di bahagian atas bibir juga betis. Dah nampak macam orang lelaki pula.
5 Cara Menghilangkan Bulu Di Badan Paling Popular
Sebenarnya ada lima kaedah paling popular hilangkan bulu di badan.
#1 Pisau Cukur :- Ini keadah paling murah dan selalu digunakan. Tapi hasilnya lagi mengecewakan kerana bulu akan tumbuh lebih kasar dan lebat kesan dari cukuran yang terjadi. Jadi, memang tak sesuai orang perempuan guna pisau cukur kecuali di ruang tertutup seperti bulu kemaluan.
#2 Guna waxing :- Ini boleh dicuba tapi kesannya agak sakit kerana kita tak boleh buat sendiri di rumah kerana takut ada kesan sampingan tapi terpaksa ke spa. Agak malu juga kalau dedahkan tubuh pada orang.
#3 Krim pencukur bulu :- Ini nampak lebih selamat kerana krim akan melindungi kulit dari kerengsaan. Sapu saja, bulu sudah hilang. Tapi memandangkan ia dibuat dari bahan kimia, tak semua tempat boleh disapu kerana bimbang ada kesan sampingan terutama di bahagian sensitif.
#4 Rawatan laser :- Keberkesanan rawatan laser antara yang paling baik kerana ia membuatkan bulu tumbuh lambat seperti dilakukan. Tapi rawatannya agak mahal dan tidak semua mampu melakukannya kecuali anda memang dari golongan T20.
#5 APA TEKNIK PALING EFEKTIF, BERKESAN DAN PALING SELAMAT?
Tapi Ada Satu Paling Efektif Dari Semua Senarai
Semestinya IPL Ulike. Paling Best Dari Senarai Di Atas.
Inilah cara paling efektif menghilangkan bulu di badan dari kesemua senarai di atas. Ia menggunakan teknik Intense Pulsed Light (IPL).
Apa dia teknik IPL dari Ulike ini? Teknologi IPL adalah peranti penyingkiran rambut yang menggunakan sinaran cahaya yang sangat lembut terus kepada akar rambut.
Teknik ini menjadikan bulu halus atau rambut memasuki fasa rehat, sekali gus membuatkan ia gugur secara beransur-ansur. Paling bagus rambut pada bahagian yang terkesan akan kurang tumbuh selepas kita menggunakannya.
Kaedah ini sangat selamat dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang ketara.
Paling best, pengeluar alat cukur popular Ulike yang menguasai 70 % pasaran di China dan paling popular telah melancarkan peranti penyingkiran bulu IPL terbaru iaitu Ulike Air3.
Versi kali ini dikatakan lengkap dengan ciri canggih baru, efektif dan selamat. Paling penting ia lebih berbaloi untuk jangka masa panjang.
Ada banyak kelebihan IPL Ulike Air3 ini dan cara kegunaannya:-
Kesan sangat ketara selepas tiga minggu penggunaan Ulike. Semua bulu sudah tiada.
#1 Teknologi Terbaru, Efek Lebih Kuat!
Peranti Ulike Air3 kali ini menjanjikan keberkesanan lebih cekap apabila dilengkapi dengan teknologi baru.
IPL Ulike Air3 ini telah ditingkatkan kuasa tenaganya kepada 21J tau! Jadi proses menyingkirkan bulu kini lebih laju dan efisien!
#2 Lebih Sejuk! Selesa Pada Kulit!
Jarang sebenarnya alat penyingkir atau pencukur bulu dilengkapi dengan fungsi penyejukan.
Itulah antara kelebihan IPL Ulike Air3 apabila dilengkapi teknologi titik beku ‘sapphire’ yang membolehkan alat ini membeku lebih cepat dan lebih tahan lama.
Takat beku ini dinaikkan kepada 3 kali ganda daripada variasi sebelumnya.
Fungsi ini sekali gus tidak menyakitkan kulit dan membuatkan proses penyingkiran rambut lebih selesa dan nyaman! Serius memang lega.
#3 Lebih Laju & Pantas!
Produk baharu ini dilengkapi dengan teknologi ‘flash’ pintar dan beroperasi secara automatik.
Kelajuan output cahaya ditingkat kepada 0.7s sekali gus menjadikan kelajuan penyingkiran rambut menjadi lebih cepat dan cekap.
Teknologi terbaru, efek lebih kuat. Dalam masa 3 minggu penggunaan, semua masalah bulu hodoh di badan hilang. Lebih berbaloi buat di rumah dari lakukan di salon kerana perlu bayar RM150 setiap kali ke salon. Kesan pun tak seberapa. Tapi dengan Ulike, semua masalah bulu selesai.
#4 Tiada Kesan Sampingan & Mudah Dilakukan Di Rumah
Disebabkan IPL Ulike Air3 dilengkapi ciri canggih ini, maka ia akan mengurangkan kesan sampingan seperti radang kulit seperti mencukur.
IPL Ulike Air3 juga mengurangkan kes ‘ingrown hair’ dan kulit kusam dan hitam. Paling penting ia selamat dilakukan di rumah, macam salon!
Buat pembelian di SHOPEE (http://bit.ly/3V05tX0) sekarang dan masukkan kod (WANITA) untuk menikmati pembelian BELI 1 PERCUMA 6.
Kemudian, masukkan kod diskaun ULIKEWAN untuk diskaun RM 40.
Apa 6 barang percuma itu? Ia terdiri dari satu Berus Gigi Elektrik, Kepala Berus Gigi Gantian Berus Gigi Elektrik (Isi Semula), Pengikis Penyingkiran Rambut Anti-gelincir, Aloe Vera Soothing Gel, Cermin Mata Hitam dan benang flos.
Sekiranya tiada kod, anda hanya akan menikmati pembelian dengan 5 item percuma tanpa tambahan benang flos.
Pembelian di LAZADA (https://bit.ly/3MqCObu), tiada sebarang kod diperlukan. Korang boleh maklumkan kepada khidmat pelanggan untuk mendapatkan tambahan benang flos!
Kita mungkin membelanjakan nilai wang yang banyak untuk membeli perkara seperti beg, aksesori dan lain lagi tapi dengan melabur sedikit duit untuk cantik khususnya menghilangkan bulu-bulu hodoh di tubuh, adalah pelaburan paling berbaloi.
Senang nak guna dan ia juga tidak menyakitkan. Kesan ketara dalam 3 minggu dan semua masalah bulu di tubuh habis licin. Ini kerana ia menggunakan Teknologi IPL iaitu peranti penyingkiran rambut yang menggunakan sinaran cahaya yang sangat lembut terus kepada akar rambut.
Tapi dengan Ulike, tiada temujanji dilakukan kerana korang boleh buat di mana saja. Sangat mudah dan senang pada bila-bila masa dan kesannya dalam masa tiga minggu semua bulu hodoh hilang.
Kita mungkin membelanjakan nilai wang yang banyak untuk membeli perkara seperti bag, aksesori dan lain lagi tapi dengan melabur sedikit duit untuk cantik khususnya menghilangkan bulu-bulu hodoh di tubuh, adalah pelaburan paling berbaloi.
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...