Founder misi rakyat akui “tersilap langkah”, jawab kritikan duit dana misi farms bernilai lebih RM400,000. Di media sosial, kisah duit sumbangan rakyat pada tabung Misi Farms menarik minat ramai untuk mengetahuinya.
Ia satu tabungan untuk “melawan” orang tengah yang banyak mengaut keuntungan tetapi menerusi idea dilontarkan oleh founder ini, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, dia mahu mewujudkan 1000 hub pertanian bagi membantu golongan susah membeli bahan mentah terus dari pengeluar pada harga jauh lebih murah. Namun idea ini menarik perhatian pihak Bank Negara yang meminta agar orang ramai berhati-hati membuat sumbangan yang mungkin meragukan.
Susulan “teguran” dari Bank Negara mengenai dana Misi Farms ini, founder ini telah memulangkan lebih RM400,000, wang yang berjaya dikumpul sebelum ini. Namun ia masih menjadi pertikaian di kalangan pengkritik kerana ia dikreditkan ke akaun e-wallet bukan terus pada akaun bank penyumbang.
Isu ini menjadi lebih panas kerana ada yang mendakwa, selagi wang berlegar-legar dalam e-wallet, ia masih belum menjadi hak penyumbang sehinggalah timbul isu akaun Misi Rakyat di hack.
Dan kemuncaknya, enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nur Faiz akui kritikan yang dilontarkan ada kebenarannya tetapi dia juga ada cara tersendiri untuk membantu orang susah. Bukan dengan duit penyumbang tapi dengan duit dari perniagaan diusahakannya bagi projek Misi Farms pada masa akan datang.
Baca luahannya :-
Mulai pagi ni, tamat sudah segala isu berkaitan saya si Tanjak. Saya mahu restart semula dengan cara yang betul. Saya setuju dengan semua kritikan yang dikongsikan oleh banyak pakar kewangan, pakar undang-undang, pakar IT..
Depa cakap semua benda betul. Sapa yang tak geram dengan perangai macam saya ni. semua benda nak dilanggar.
Ni di antara benda yang saya setuju :
1. Guna akaun yang betul untuk donation
Minggu lepas memang saya sudah meeting dengan syarikat billplz di Starbuck Puncak Alam tentang isu ni. Dan billplz akan bantu buatkan payment gateway terus ke Yayasan Misi Rakyat nanti.
Cuma sekarang ni ni tengah tunggu CIMB untuk approve akaun yayasan sahaja. Pada masa yang sama, billplz juga tolong setup akaun bank yayasan ni guna maybank juga. Takut CIMB terlalu lambat.
Sebarang donation untuk apa jua tujuan, saya hold dulu. Jika ada sesiapa perlukan bantuan donation. Sebenarnya banyak platform lain juga. Semua boleh guna. Jika ada kesempatan, saya akan bantu tarik crowd untuk bantu di platform lain..
2. Elakkan lawan arus terang-terangan
Ni juga saya setuju sebab saya ni jenis over confident, poyo, content macam heroic, kemudian nampak macam terlalu lurus. Saya tahu semua ni sebab content begini disengajakan. Akibatkan ialah tidak senang di mata pihak-pihak terlibat..
So i wanna just be me. Hidup tak tenang selama ni terpaksa buat semua ni dalam keadaan mengancam nyawa dan membuka diri untuk diserang secara terbuka.
Jawab Kritikan Duit Dana Misi Farms Bernilai Lebih RM400,000
3. Audit
Ni bahagian paling penting sebab ni sahaja yang boleh membebaskan saya dari sebarang tuduhan 30%. Berat bila pegang amanah begini.
Sebab tu saya pegang amanah ni sendiri, tak berani melibatkan ramai sebab takut kelam mata dan mula bersuara untuk ambil bahagian masing-masing.
So saya wujudkan sistem transparent. Tak cukup, kena ada audit baru sah. So audit tahun 2022 sedang diuruskan oleh syarikat akauntan, pastu akan dihantar kepada auditor. So nnti insyaAllah saya share report
dan nanti, yayasan ada akaun je, saya akan ikut proper terus. Malah saya akan hire lawyer khas untuk jaga Misi dalam soal perundangan.
Saya rasa sahabat-sahabat media sosial yang kritik selama ni hanya memberi pendapat secara profesional cuma ada unsur-unsur perli di kalangan pengkomen sahaja.
Saya hampir-hampir hari ini nak balas few komen dengan bahasa kasar juga tadi tapi tak patut bagi saya untuk memusuhi sesiapa.
Jika disebabkan saya, kita semua boleh saling bermusuh. Lebih baik saya kembali berniaga. Tidak layak untuk teruskan Misi.
So saya minta maaf semua dan saya tak perlu maafkan sesiapa sebab tiada siapa yang salah. Saya yang cetuskan semua ni dari awal.
Subuh tadi saya tanya pada diri saya sendiri.
“Hang ni memecahkan orang ka atau menyatukan orang? Hang tersilap langkah ni..”
Niat saya menyatukan tapi perbuatan saya memecah belahkan semua.
So sebelum semua ni parah, saya restart semula tapi dengan cara saya. Jadi saya sahaja. No more content acah bagus.
No more terms Ekonomi / Rakyat / Matawang / Kartel / Kerajaan / Politik / dan apa jua yang sensitif. Anggap saya ni usahawan sahaja lepas ni.
Saya harap ampa semua pun jangan kaitkan saya dengan politik dah..
Saya tetap akan teruskan Misi Farms tapi saya akan buka sendiri hub guna duit sendiri satu persatu untuk bantu saudara-saudara yang selama ni catu makanan.
Tolong orang susah sahaja, hidup lebih tenang.
Di saat ini setakat jam 6:20am, App misi masih lagi under maintainance sebab tengah restore balik data. Lagi beberapa jam sahaja akan selesai insyaAllah.
Thanks Allah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.