Sekitar April lalu, pelakon Elly Mazlein mengesahkan kehamilannya untuk cahaya mata kedua. Terbaru, Elly berkongsi foto scan ‘baby’ nya. Malah, ibu sama teruja lihat jari baby yang tunjuk ‘good’.
Comel sungguh. Dalam perkongsiannya juga, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41 turut sama mendoakan isteri yang sedang berusaha untuk hamil agar diberikan zuriat.
Katanya, ada usaha yang perlu dilakukan dengan konsisten. “Kak kepom (nama panggilan Elly) pun doakan anda yang sedang usaha untuk mendapat zuriat, terus kekal, doa dan tawakal ya.
Kesihatan pun kena jaga juga. Senaman kena buat. Jaga makan. Ambil ubat yang sesuai ya. InsyaAllah, Allah susun cantik buat kita semua.
Cuma cepat dan lambat je. Bersangka baik selalu.” Pesannya yang turut melalui tempoh menanti yang panjang untuk memperoleh zuriat.
Sebab itulah, bila ada foto scan ‘baby’ mana-mana ibu pun pasti teruja. Sebab macam-macam gelagat, bayi dalam perut akan lakukan.
Macam ‘baby’ Elly ini siap tunjuk ‘thumbs up’. Sampai Elly sendiri naik geram.
“Baby cakap, cantikkkkkkk dikkkkk .. tengok tu ibu jari dia.. mama gerammmmmm da.. Syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.
“Doakan Kepom & baby selamat ya kesayangan.”
Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31 pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Sebelumnya, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
‘Tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami’ Elly Mazlein.
Sumber/Foto : Elly Mazlein
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW