
Isi Kandungan
ToggleBagi mak-mak yang pandai jahit langsir, kena ambil tahu juga formula cara kiraan jahit tali pengikat langsir juga. Bukan apa, jika main agak-agak je, tu yang tali pengikat langsir ni boleh jadi terpanjang sangat atau terpendek. Jika ikut kiraan yang betul, barulah langsir yang dipasang elok kemas tergantung.
Fahamkan perkongsian daripada Tukang Jahit, Anuar Chik ini sebagai rujukan;
Cara jahit tali pengikat langsir cara saya.
Formula cara kiraan tali.
Lebar tingkap ÷ 4 + 5 inci = Panjang Tali
Bahan-Bahan:
Kain + Kain Gam ikut panjang tali.
Cara Membuat:
1.Potong kertas gam keras ikut ukuran dan bentuk yang kita mahu. Selepas itu iron kan atas kain yang dilipat dua. Lebihkan 3 inci panjang kain dari ukuran tali. Tepi 2 inci, bucu tajam 3 inci.
2.Dah gosok mula jahit satu tapak bahagian atas sebelah depan tali.
3.Dah jahit lipat dua kain tu di hujung macam ni.
4.Jahit tepi ikut bentuk kertas gam tu.
5.Pastu potong lebihan kain dan tinggal basi dalam 1 cm.
6.Alih dan jahit sebelah luar kain.
7.Lipat basi kain ke dalam macam ni.
8.Jahitkan tali sangkut.
9.Selitkan dihujungnya tali tadi dan matikan.

Siap. Ni kejadiannya.
Sekian, Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Tukang Jahit Ni Ajar Cara Mudah Nak Tebuk Lubang Langsir, Tak Perlu Hantar Kedai Lagi
Tutup Table Top Lekat Velcro Tape, Kotor Boleh Tanggalkan Kain & Basuh, Senang!
MW: Terima kasih berkongsi tutorial tali pengikat langsir ini. Barulah kemas, dan nampak elok. Tak lah terlalu panjang atau terpendek pula bila ‘ikat’ langsir nanti.
Sumber: Anuar Chik
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Bila Beli Kain ‘Cotton’, PENTING Basuh Dulu Sebelum Hantar Jahit!

Isi Kandungan
ToggleBaju daripada kain kapas atau ‘cotton’ memang sangat selesa, serap peluh dan tahan lasak. Sebab tu ramai yang suka menggayakan kain jenis ni,baik pergi kenduri, ke pejabat, majlis kahwin dan sebagainya.
Kain cotton ada cara penjagaan yang betul barulah ia tahan lebih lama. Rupanya bila beli Kain ‘Cotton’, PENTING basuh terlebih dahulu sebelum dihantar potong dan jahit untuk dibuat baju.
Baca perkongsian tip daripada D’Cotton AD collection ini.
4 Tip Penjagaan Kain Cotton Yang Betul Supaya Tahan Lebih Lama
Ramai orang pandai cara beli kain dan bijak pilih kain berkualiti. Namun, tak ramai yang tahu cara penjagaan kain sebenar agar tak mudah rosak. Sebagai pembekal kain Cotton, saya ingin berkongsi kepada anda 4 tip penjagaan kain Cotton yang betul supaya tahan lebih lama.
1. Basuh
Langkah terawal yang perlu dilakukan kepada kain Cotton yang baru dibeli ialah basuh dulu. Sebaiknya menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama. Sebaiknya juga asingkan fabrik Cotton daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal. Ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, pewarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.
Cucian ini juga bertujuan menyingkirkan kanji pada kain. Boleh gunakan apa jua jenis sabun serbuk ataupun cecair. Tetapi elakkan daripada menggunakan detergen yang mempunyai bahan peluntur.Biasanya, kain Cotton yang dibasuh pada kali pertama akan mengecut (shrink) sedikit. Bagi mengekalkan saiz fabrik, saya galakkan cuci menggunakan air bersuhu sejuk atau biasa.
2. Rendam
Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar gentian tekstil Cotton dengan bahan pelembut fabrik macam Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas. Penggunaan bahan pelembut fabrik juga membantu mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.
3. Jemur
Sebelum sidai, kibas dahulu kain Cotton agar teksturnya tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain Cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Usah lupa sepit setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin.
Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.
4. Jahit
Selepas melalui langkah-langkah penting di atas, barulah kain Cotton boleh dihantar kepada tukang jahit. Kain Cotton yang wangi, lembut dan bersih amat disukai oleh para tailor.

Fabrik ini bukan saja jadi mudah dipotong dan senang digosok, bahkan tidak menggelongsor licin semasa dijahit.Apabila baju telah siap, basuh sekali lagi dengan teknik yang sama di atas.Cucian kali kedua tidak menyebabkan kain mengecut. Tak perlu bimbang.Kesemua teknik yang dibincangkan di atas amat jarang dikongsikan kepada umum.
Baca Lagi Di Sini:
Makeover Bilik Baju Jadi Ruang Menjahit, Meja Lipat Mudahkan Potong Kain
Tutup Table Top Lekat Velcro Tape, Kotor Boleh Tanggalkan Kain & Basuh, Senang!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak penggemar kain jenis kapas (cotton) sebaiknya ikut tip yang dikongsikan ini agar ia dapat tahan lama. Penting cuci dulu kain cotton yang baru beli tu, barulah dijahit.
Sumber: D’Cotton AD collection
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuci Mesin Basuh Front Loader Guna Cuka & Soda Bikarbonat, Elak Baju Bau Masam

Mesin basuh yang mak-mak guna dan pakai berkali-kali itu, rupanya kena dibasuh bahagian dram sebulan sekali. Jika dibiarkan tanpa dibersihkan, akan menghasilkan bau masam pada pakaian.
Walaupun, baju-baju seisi keluarga sudah dicuci bersih dan kering di jemuran. Bau masam tetap akan keluar. Resah hati mak-mak bila jadi macam itu. Rasa tak selesa nak pakai baju tu kan.
Bagi mengatasi masalah baju berbau masam, walau sudah dicuci mesin, Maryam Salleh berkongsi cara membersihkan mesin basuh pintu depan (front loader).
Sebelum ini MW pernah juga kongsikan cara mencuci mesin basuh isian atas yang selalu mak-mak guna kan. (klik sini untuk baca linknya).

Cara Cuci Mesin Basuh Front Loader
Kata Maryam, “Pernah tak basuh baju tapi masih bau masam? Mungkin ada banyak daki air pada dram mesin basuh. So ini saya terjumpa cara membersih mesin basuh pintu depan (front loader)”

Begini :
1. Larutkan 1/4 cawan soda bikarbonat dengan 1/4 air – Masukkan dalam tempat sabun di mesin basuh
2. Masukkan dua cawan cuka ke dalam dram tempat letak baju.
3. Tutup pintu, set untuk basuhan. Start.
( boleh pilih tub cleaning jika ada)

NOTA KAKI : cuka dan soda bikarbonat dapat melarutkan mineral yang melekat di dalam mesin basuh. Cuci sebulan sekali disyorkan supaya mesin basuh sentiasa bersih dari daki air yang menyebabkan bau masam pada baju.
MW : Mudah kan caranya. Paling penting, bahan pun senang jumpa dan jimat. Selamat mencuba ya mak-mak.
Sumber/Foto : Maryam Salleh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Dedaun Tahan Lama, Tak Kering, Simpan Dalam Freezer, Tak Perlu Rendam Air

Selalunya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2-3 hari mulalah layu. Sayang pula, buang begitu saja. Bila nak pakai mulalah tercari-cari.
Biasanya, kalau nak guna dedaun sayuran ini tidaklah banyak mana pun, tapi nak kena beli dalam jumlah yang ditetapkan. Bila simpan dalam peti ais, lama kelamaan akan layu dan kering.
Jadi, macam mana nak pastikan dedaun sayuran yang kadang-kadang digunakan ini tahan lama dan boleh diguna pakai untuk masakan seterusnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Yatie Eimra untuk memastikan dedaun sayuran tahan lama. Paling penting tak perlu rendam dalam air pun. Masukkan dalam freezer je.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Dari Indonesia, TELUR REBUS Jadi Berkilat, Mudah Dikupas, Masukkan 2 Bahan Ini
Tip Simpan Sayur Dalam Aluminium Foil JANGAN BASUH, Tahan Lama Lebih Seminggu!
Info Lebih Menarik DI SINI
Tip Dedaun Sayuran Tahan Lama
Kali ini saya kongsikan nak simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan sebagainya.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Saya mula simpan daun macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan sebagainya.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang kena tahu..
1) Walau simpan apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. Jadi, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak saja. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca. Tujuannya nak serap wap-wap air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat-lekat nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Tip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat-lekat nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna.
P/s: Untuk sayur-sayuran boleh guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye.
1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.
2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.
3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik
4. Kucai ni perlu dilipat seperti ini supaya mudah nak ambil 1-1..
5. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat 1-1 supaya mudah nak ambil
6. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya
7. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.
8. Serai ni saya beli dah lama & masih elok.
9. Cara ni juga boleh simpan sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.
10. Ada 2 ketul balance carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah

Mingguan Wanita : Lepas ni, kita masuk dalam freezer. Paling penting tak payah rendam air pun. Tetap tahan lama dan tak kering.
Sumber: Yatie Eimra
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI