Sememangnya rakyat Malaysia sungguh prihatin dan ramai yang berbesar hati menghulurkan bantuan secara percuma kepada mereka yang terkesan. Begitu juga dengan NR Therapy Center (NRTC) merupakan pusat terapi komplimentari yang menfokuskan pada rawatan fizikal, terapi emosi dan jiwa serta bimbingan kaunseling.
Melalui kerjasama Muafakat Komuniti BSP, NRTC menyokong aspirasi kebersamaan melalui pelaksanaan program sokongan strategik iaitu Food Bank dan Bantuan Kesihatan, Terapi & Kaunseling, berteraskan nilai prihatin dan saling membantu di kalangan masyarakat, tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan politik.
Sejak bermula inisiatif ini pada 1 Jun 2021, kedua program ini telah memberi manfaat kepada ratusan penduduk setempat khususnya dalam aspek sokongan kesihatan mental dan emosi.
Program Food Bank telah memberi impak kepada seramai 300 keluarga sekitar Bandar Saujana Putra, Selangor. Lokasi premis pusat rawatan yang strategik telah dijadikan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barangan keperluan asas. Bantuan penghantaran juga disediakan bagi meyantuni mereka yang terbatas pergerakan seperti golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.
Selain gabungan semangat kerjasama di antara Majlis Perwakilan Penduduk (MPP Zon 7 MPKL) dan disokong oleh Dato’ Orang Besar Daerah Kuala Langat, Surau-Surau Bandar Saujana Putra (BSP), turut sama dalam kolaborasi Food Bank ini ialah pimpinan komuniti Persatuan Penduduk BSP serta beberapa NGO seperti Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM), Pertubuhan I-Insan serta pelbagai unit masyarakat dan orang perseorangan yang berdiri atas nilai muhibbah.
“Sepanjang PKP 3.0 ini kami telah menyampaikan bantuan kepada lebih 300 keluarga sekitar Bandar Saujana Putra. Sasaran kami ialah golongan OKU dan ibu tunggal. Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan wabak ini,” kata Pengurus NR Therapy Center, Nur Solehah Ibrahim.
Manakala Bantuan Kesihatan, Terapi & Kaunseling ialah program terapi kesihatan secara percuma kepada penduduk BSP yang memerlukan sokongan kaunseling dan terapi kesihatan komplementari. Menyedari cabaran kesan jangka masa pendek dan panjang COVID 19, NRTC telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pendekatan kaunseling, terapi pemulihan jiwa dan terapi komplementari bagi pesakit strok sebagai contoh. Seiring dengan dasar kesihatan holistik dan sejagat, seramai 30 individu di kalangan asnaf telah dikenalpasti dan disantuni sebaiknya agar mereka dapat kekal berfungsi secara optimum untuk diri, keluarga dan masyarakat. Program ini ditaja sepenuhnya oleh individu perseorangan yang menyumbang melalui Tabung Pay it Forward (MAYBANK TABUNG MUAFAKAT KASIH 562478183249).
“Bukan hanya bantuan makanan, kami turut menghulur bantuan berbentuk terapi kesihatan. Kami namakan sebagai Bantuan Kesihatan, Terapi & Kaunseling. Sesi ini membantu memulihkan jiwa melalui sesi kaunseling dan terapi komplementari. Semua ini adalah percuma sahaja. Setakat ini seramai 30 asnaf telah kami bantu untuk mereka kekal sihat dari segi dalaman demi meneruskan kehidupan dengan lebih sihat,” kata Nur Solehah lagi.
Baca Disini Juga:
Tak Salah Jadi Susah Kerana Hilang Pendapatan, Tapi Jangan Malas, Sentiasa Harapkan Bantuan
Bermula Dari Stesen Minyak Kini Berjaya, Pasangan ID Nak Beri Design Percuma Pada 10 Pemilik Rumah
Fendy Caliph Buskers Rayu Dapatkan Rumah PPR, Duit Simpanan Menyusut Akibat Pandemik Covid-19
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com