Apabila seseorang itu Allah beri kelebihan untuk melihat ‘makhluk’ lain selain manusia, lagi-lagi bila dia tidak bersedia, memang kehidupan seseorang itu akan jadi tersangatlah merana. Inilah yang dialami wanita ini apabila Allah buka ‘hijab’nya untuk melihat semua.
Kisahnya wanita ini mengalami gangguan dalam rumah tangga malah keluarga. Hubungan dengan suami, anak-anak malah ibu mentua tidak begitu harmoni. Bukan tidak diusaha ke perubatan alternatif, namun tidak juga rasi denga penyakitnya.
Sampailah dia usahakan merawat dirinya sendiri iaitu mendekatkan diri dengan Allah yang dipelajari dari pembacaan buku FTR. Kisahnya ini dari catatan whatsapp Syakirah Kapli yang dikongsikan semula oleh team FTR lainnya, Aifaah M Alim.
Allah Buka Hijab, Boleh Tengok Semua
Masa itu pukul 11 dah. Nak tidur pun ada halangan. Baca ayat kursi 2 3 kali dan tak dan habis terlelap yang terus mimpi. Last-last tak tau bila tertidur.
Dulu tak dinafikan sering sakit bermula ketika buat diploma sehingga sekarang. Tapi lepas kahwin alhamdulillah cuma jarang sangat lah rebah akibat gangguan.
Asbab sakit teruk masa buat diploma. Allah buka hijab. Boleh tengok semua. Lagi teruk sakitnya dan hidup dalam ketakutan. Alhamdulillah boleh kontrol dah. Bila niat nak tengok je baru ternampak.
Kalau pergi kedai makan banyak sungguh kedai-kedai yang pakai pelaris tak elok. Bertenggek sana sini. Kalau nampak terus ajak suami balik. Cancel makan.
Lepas itu masalah besar melanda nafsu untuk bersama suami disekat dan memang tak rasa apa apa. Tak bersama pun tak apa. Kalau bersama pun sebab tunaikan tanggungjawab.
Berubat merata tak ok juga. lepas tu dengan suami, anak-anak terutama dengan mak memang mudah panas dan asyik nak marah. Padahal tak ada apa-apa pun.
Bila muhasabah diri, dapat rasa macam diri dikawal sebab ikutkan hati yang dalam ni memang tak marah dan tertanya-tanya kenapa nak marah je terutama kat mak.
Apa ja yang keluar dari mulut mak tu semuanya nak marah padahal dia tak cakap perkara yang menyakitkan hati pun.
Tapi lepas jumpa FTR buat semua amalan yang ada. Amalan jutawan, dhuha 12 rakaat, zikir kelas tusyen, yasin, yasin mubin yang Afiqah sharekan. Ya Wahhab boleh dikatakan memang istiqamah buat semua
Dalam Mimpi Nampak Bara Cerut Dalam Mulut Anak
Kisah wanita ini semakin tragis apabila dia mengalami 2 mimpi yang menakutkan. Dan dalam mimpinya itulah dia bertemukan jawapan kepada penyakit yang dialaminya selama ini.
Mimpi 2 kali, Allah tunjuk siapa dan apa yang mengganggu hidup selama ini. Sampaikan semua rawatan Islam, berubat secara kampung tak mampu nak sembuhkan diri ini. Rupa-rupanya Allah nak suruh ubat diri sendiri dan bergantung dengan dia 1000%.
Mimpi Pertama
Seorang lelaki 50-an, tinggal dalam kawasan hutan dan ada pondok lusuh.. ada pembantu. Dia bertenggek atas tunggul kayu bagi arahan kat pembantu masukkan bara cerut dalam mulut anak supaya lambat bercakap.
Anak yang sulung memang lambat cakap. Umur dah 5 tahun masih tak boleh sebut sebutan dengan betul dan kalau nak cerita apa apa susah sangat, dia akan tunjuk dengan tangan. Macam bahasa isyarat.
Tapi ok sikit dari sebelum ini sejak masuk tadika. Masa dia buat kat anak macam tu meraung menangis-nangis ah kita. Masa itu dia ikat diri ini jadi tak boleh nak tolong. Orang tua tu ada kata macam-macam tapi lupa dan before sedar dia paksa baca ayat ada 4 baris.
Tapi tutup mulut dan tak baca. Cuma ingat ayat last “kuning hijau”. Sebab itu bukan ayat Quran sama. Macam mentera ja. Lepas itu terkejut sedar. Tengok-tengok jam dah pukul 6 pagi. Terus solat Subuh.
Gangguan agak serius tapi dah boleh kontrol diri sendiri. Malam-malam nak tidur buka bacaan yassin dan bacaan ruqyah oleh ustaz. Tahu hantu raya ada cuba nak bersetubuh dengan diri sebab bila tidur malam selalu terjaga bila rasa ada orang sentuh. Bila buka mata tak ada sapa sapa.
Suami tidur je. Tapi Allah memang jaga sungguh. Bagi deria rasa yang tak leh nak bandingkan dengan apa-apa. Pastu buka hijab nak bagi protect diri sendiri.
Tak kenal mungkin lelaki ini orang yang buat. Yang suruh buat tu Allah tak tunjuk lagi. Dalang sebenar tak nampak lagi. Lepas mimpi pertama dah tak ada gangguan hantu raya, dah tak nampak sangat kelibat dan yang besr dah tak ada masalah untuk bersama suami. Back to normal.
Mimpi Kedua
Kelmarin dulu.. masa solat Zohor disergah lelaki tu. “Hoi!” Memang kuat sampai terkejut kenalin. Lepas itu dengan tak pakai baju just pakai seluar silat hitam dengan kain lilit kat kepala dia senyum tunjuk telur ayam yang dibuang kulit separuh nak bagi makan kat belaan dia.
Tapi belaan tu tak nampak sebab kawasan keliling tu gelap hitam. Masa kena sergah tu macam dok bermimpi pastu tersedar diri dok solat tak habis lagi.. Entah nak cerita macam mana keadaan tu pun tak reti.
Syukur sangat gangguan itu dah tak ada. Maybe usaha nak dekat dengan Allah jadi Allah jaga lebih lagi dan apa yang lelaki itu cuba buat tak sampai dan tak kena kat diri.
Hijab still lagi Allah buka. Sebab bila gi berubat orang yang ubatkan kita plak tanya macam macam. Terbalik.. sebab kita yang sakit. Last tak pi mana-mana dah. Berserah kat Allah.
Syukur, akhirnya apabila wanita ini ubah kehidupannya 360 darjah dirinya semakin jauh dari gangguan-gangguan mistik yang melanda dirinya sebelum ini.
Sumber/Foto : Aifaah M Alim, Syakirah Kapli (whatsapp)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI