Fizz Fairuz alami sakit misteri, sebagai isteri sudah tentu Almy Nadia berasa cukup sedih. Pelakon Datin Almy Nadia akui sedih melihat keadaan suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang didakwa telah diserang sakit misteri.
Malah Almy juga menerusi perkongsian menerusi akaun Instagramnya berasa cukup bimbang apabila melihat perubahan mendadak suaminya, selepas tamat berlakon cerita seram berjudul Misteri Topeng Barongan di kawasan kampung Sahom, Gopeng, Perak.
Almy berkata, akibat daripada itu, Fizz sering termenung, mudah marah dan tidak lalu makan serta minum.
“Balik dari penggambaran cerita ini suami saya, Fizz Fairuz dilanda sakit misteri sampai tak makan minum dua minggu.
“Sampai di serang sakit gastrik tau, walaupun dah berubat tetapi bekas sisa baki itu masih ada ya.
“Sekarang dah pulih tetapi suami saya dilanda sakit termenung, mudah marah, susah senyum dan tak ceria macam dulu,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Menerusi luahan yang dipetik juga suaminya sering dalam keadaan termenung, mood berubah, tidak ceria seperti dahulu.
Meski suaminya telah berubat, namun masih terdapat sisa baki gangguan dan ianya bukan mudah untuk pulih serta kembali ceria seperti dahulu dan hal ini membuat Almy berasa tertekan.
Terang Almy lagi, dia juga turut mendapat tempias dan sedih melihat keadaan suaminya yang sudah jauh berbeza.
“Realitinya saya sekarang tengah tekanan dan jadi sedih, sebab suami saya yang dulunya ceria, happy tetapi sekarang sakit… Tekanan… Nak pulihkan sakit dia bukan senang…” terangnya.
Dalam hantaran berbeza di Insta Story miliknya juga, Almy memaklumkan Fizz dalam proses berubat dengan abang ipar dan ustaz ditempatnya menjalani penggambaran.
“Sayang Tempat Mama Luah Segalanya, Kehidupan Mama Hanya Untuk Papa & Anak-Anak” Almy Nadia
Sakit Perut Sampai Tak Boleh Pegang, Rupanya Almy Nadia Kena Batu Karang Dalam Hempedu
]
Mingguan Wanita : Semoga Datuk Fizz Fairuz segera sembuh dan Almy kekal kuat menghadapi dugaan ini.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Almy Nadia