Fizo selesai hak penjagaan anak secara baik. Itulah yang sepatutnya dilakukan jika pasangan berpisah. Sepatutnya hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik.
Terbaru selebriti Fizo Omar menyatakan dirinya dan bekas isteri, Mawar Karim telah menyelesaikan hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam secara baik.
Malah Fizo juga rasa bersyukur kerana dirinya dan Mawar memahami dan ikut keputusan mahkamah yang membahagikan penggiliran.
“Daripada awal lagi kita pergi berbincang biar mahkamah yang putuskan. Kami tidak ada pergaduhan. Kalau ikut bermasam muka, nak bergaduh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua dah faham, mahkamah dah putuskan giliran saya hari apa semua dah ada,” kongsi Fizo seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Akui Fizo lagi, memandangkan Maryam sudah berusia 7 tahun dan memahami keadaan yang berlaku dirinya bertindak lebih matang.
“Sekarang Maryam dah tujuh tahun dan boleh faham. Dia pun dah ingat jadual sekolah dan sebagainya. Pandangan saya, kalau dulu pun ikut emosi nak bergaduh, saman menyaman dan turun naik mahkamah.
“Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini dah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut darah muda, nak saman sahaja.
“Ia ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Dari bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank,” sambungnya.
Fizo juga menjelaskan dia sangat rapat dengan Maryam namun dirinya tidak pernah menuntut hak penjagaan Maryam dek kerana anak perempuan perlukan ibu.
“Saya sebenarnya tak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak.
“Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengalah jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak.
“Waktu Maryam ada dengan saya, takkan saya ambil tawaran shooting atau sebagainya. Betul-betul fokus pada dia. Hargai dia betul-betul,” luahnya.
Baca Disini : “Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng” Fizo Omar Kini Ayah Kepada Dua Puteri
Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berniaga Sebab Nak Tampung Bayar Kancil Turbo RM180 Sebulan!
Sumber : Harian Metro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.