Fizo Paling Takut, Bila Ambil Mariam Tak Nak Ikut, Dihantar Menangis

Share

Saya dan Mawar rasa takut apabila kami berpisah ini, apabila saya ambil anak, dia tak nak pergi. Ataupun apabila saya hantar, saya tak sanggup tengok anak saya menangis.

“Tetapi kuasa Allah ini maha hebat, di mana setiap kali saya ambil, tidak ada drama berlaku. Saya paling tidak kuat kalau saya hantar dia dia akan menangis. Masya Allah saya takut, takut sangat.

Inilah perasaan yang paling ditakuti oleh Fizo Omar semenjak dia dan bekas isterinya Mawar bercerai lebih kurang setahun lalu.

Fizo berkongsi perasaannya ketika mengupas topik Cerai: Jangan ‘Pisahkan’ Anak, di Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD pada hari Khamis 5 Mac.

“Mariam Tidak Akan Rasa Ketiadaan Saya,”-Fizo

Bercerita mengenai perceraian, Fizo berpendapat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti tidak akan mahukan perceraian berlaku.

Sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Dan saya percaya bila Allah hendak mengizinkan sesuatu, mungkin di mata kita, itu benda yang kurang baik apabila bercakap mengenai perceraian.

“Tetapi apabila ia berlaku dengan izin Allah, dan Allah akan aturkan perjalanan seterusnya. Sebagai hamba Allah kita memikirkan positif dan action (tindakan) kita terhadap peristiwa yang telah ditetapkan.

“Selepas bercerai semua akan ada emosi masing-masing, baik sebelah ibu atau bapa. Anak mungkin tidak ada emosi lagi sebab dia masih kecil. Bagaimana kita mahu menghadapi perkara ini.

“Selepas kita berpisah, saya berbincang dengan Mawar. Saya kata, Let’s decide to start our new journey. We are not husband and wife tetapi we are consider as a co parenting, sama-sama dengan anak.

“Untuk hak penjagaan, saya tidak fight dengan Mawar di mahkamah sebab saya rasa anak lebih perlukan ibu. Tetapi at the same time anak perlukan bapa juga.

“Busy macamana pun saya cari masa untuk jumpa. Sekarang ini at least everyday call dan video call, supaya dia (Mariam) Nampak saya. Kalau ada masa saya ambil dia. Dalam jadual kerja saya juga telah tetapkan ada minggu-minggu tertentu memang waktu saya dengan anak.

“Jadi saya fully utilize masa dengan anak. Jadi Mariam tidak akan rasa ketiadaan saya. Setakat hampir setahun ini penerimaan Mariam itu, bila dia jumpa daddy dia seronok,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh hos Norman Hakim dan Erra Fazira.

Foto kredit Instagram @fizoomar

Cara Mencari Kata Sepakat

Fizo tidak menafikan ketika di awal perpisahan, setiap pasangan pasti akan berada pada tahap emosi yang tinggi. Marah, sedih itu adalah perasaan yang dialami.

Jadi sebagai lelaki, apabila kita sedar akan perkara tersebut, perlulah kita control. Bukan saya hendak kata perempuan itu lebih beremosi daripada lelaki tetapi kita faham. Lelaki ini macam survivor. Perempuan pula akan berfikir tentang anak dan sebagainya.

“Jadi kita (lelaki) kena juggling that emotional. Katalah dia (wanita) tengah emotional, kita (lelaki) perlu relaks dahulu. Tetapi lelaki kadang-kadang terkenal dengan marah dan barannya. Jadi perempuan kena tone down.Jadi bila sudah sejuk, barulah bercakap.

Bagi mendapatkan titik pertemuan untuk berbincang itu, Fizo secara jujurnya apabila dia mengetahui akan menghadapi situasi paling hebat dalam dirinya, dia banyak belajar daripada insan-insan sekeliling yang pernah mengalami situasi yang sama.

Saya dapatkan nasihat daripada mereka. Apabila saya mendapat nasihat yang betul, saya mula kawal diri. Begitu juga dengan Mawar. Kami sama-sama muhasabah diri dan perbaiki diri dan tone down untuk jumpa kata sepakat.

Pesan Fizo Buat Lelaki Bergelar Bapa

Fizo bersetuju tanggungjawab mendidik anak itu lebih baik diberikan pada ibu. Tetapi tidak bermakna seorang bapa itu melupakan tanggungjawabnya.

Saya sedih apabila mendengar cerita bapa terus hilang dan terus bagi burden pada ibu. Sebab pada akhirnya berbalik pada agama Islam, bapa itu adalah wali. Bapa juga bertanggungjawab untuk mendidik.

“Sebab peranan ibu dan bapa itu dua peranan yang berbeza. Jadi saya rasa mereka yang terus biarkan tanggungjawab itu tengok semula (apa yang mereka buat).

“Satu tip yang saya mahu kongsi, apabila diri tengah emosi, mudah sahaja yang perlu dibuat. Kata pada diri sendiri, “Itu Salah aku, dia tidak salah.”

Muhasabah perlu ada dalam diri seorang lelaki. Dan jangan sesekali tengok kesalahan orang lain itu sebagai penyebab sesuatu masalah.

“Jangan tengok salah dia, tengok salah kita. Perbetulkan diri kita. InsyaAllah semuanya akan diperbetulkan dengan sendiri.”

Ikuti Siaran Ulangan

Mingguan Wanita Talkshow hari ini turut menjemput Peguam Syarie Tuan Farhan Rais; Pegawai Psikologi (Klinikal) Ku Nuru Izzah Binti Ku Seman, dan Datin Vie Shantie Khan untuk mengupas topik Cerai: Jangan ‘Pisahkan’ Anak.

Pembaca dan penonton boleh menonton siaran ulangan topik Cerai: Jangan ‘Pisahkan’ Anak ini pada pukul 8.00 malam di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD.

 

Published by
Julie Roshana