Fizo Omar Kata Bukan Orang Ketiga, Mawar Pula Sudah Jumpa Peguam

Share

Pasangan suami isteri, pelakon dan usahawan Fizo Omar, 34 dan Mawar Abdul Karim, 30 pula berdepan konflik rumah tangga. Bagaimana pun Fizo jelaskan punca keretakan itu bukan disebabkan orang ketiga.

Malah sejak pertengahan Mei lalu, Fizo tak lagi berkongsi gambar bersama isterinya di instagramnya. Malah Fizo juga tak meraikan Aidilfitri bersama Mawar dan anaknya, Wan Maryam, 2 tahun.

Khabarnya, Fizo beraya di Kelantan, manakala Mawar dan Maryam beraya di Pulau Pinang.

Kata Fizo, Mawar Sudah Pun Dapatkan Khidmat Peguam

Jelas Fizo, sejak Ramadan lalu dia sehabis baik cuba menyelesaikan konflik rumah tangga yang dihadapinya dengan Mawar. Namun apakan daya, dia pula mendapat tahu yang Mawar sudah pun mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam.

Saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.”

Saya tidak menyalahkan Mawar atau mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hambaNya

.”

“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya redha dengan ketentuanNya.”

Ketika ini, Fizo masih menanti tindakan selanjutnya daripada pihak Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Biar apa pun yang berlaku dalam hubungan mereka, Fizo sama sekali takkan mensia-siakan satu-satunya anak mereka, Maryam.

Empat tahun saya menunggu kehadiran cahaya mata dan Wan Maryam adalah darah daging saya. Hubungan darah itu tidak akan terputus sampai bila-bula. Saya mohon semua sama-sama mendoakan yang terbaik buat kami.”

 

Rezeki Mana Yang Patut Kita Utamakan

Perkongsian terkini Fizo di instagram memberikan maksud yang cukup mendalam bagi menjelaskan konsep rezeki kesihatan yang tuhan beri.

Money or banana?

Ramai sekarang ni terlepas pandang atau abaikan soal ‘money vs banana’.

Kita semua sibuk mengejar rezeki kewangan atau harta benda sedangkan kita terlupa rezeki atau nikmat utama dari Allah adalah rezeki kesihatan, bila dah sihat datang pula rezeki ketenagan, bila dah tenang, didatangkan pula rezeki kebahagiaan, bila dah bahagia insyallah rezeki idea akan datang mencurah-curah. Bila adanya idea ditambahkan dengan ilmu yang dicari pasti akan membuahkan hasil iaitu rezeki kewangan atau harta duniawi.

So rezeki mana yang patut kita utamakan dan daripada mana datangnya semua itu?

Tepuk dada tanyalah selera.

MW : Mendoakan agar hubungan pasangan suami isteri ini dapat menyelesaikan konflik rumah tangga mereka secara baik.

Sumber/Foto : Harian Metro, Fizo Omar

Published by
webadmin