Dalam dunia perkahwinan yang sering dianggap sebagai lambang kebahagiaan, First Wives mendedahkan sisi gelap yang jarang diperkatakan – pengkhianatan, penderitaan, dan keberanian luar biasa dua wanita yang sudah terlalu lama memendam derita.
Mengangkat kisah dua sahabat baik sejak, Diyana dan Michelle, drama ini membawa penonton menyelami ranjau hidup rumah tangga yang retak seribu. Diyana, seorang isteri yang kelihatan tenang dan sempurna di mata masyarakat, dikejutkan dengan berita bahawa suaminya, Azzim, telah bernikah secara rahsia dengan wanita lain.
Pengkhianatan itu bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Diyana, malah menggugat semangatnya sebagai seorang wanita.
Lelaki Bergelar Suami Punca Masalah!
Dalam masa yang sama, Michelle pula berdepan mimpi ngeri apabila suaminya, Roshan, menjerumuskan mereka ke dalam krisis kewangan akibat ketagihan judi. Ancaman Ah Long mula menghantui kehidupan mereka, menjerat Michelle dalam ketakutan dan tekanan yang tak berpenghujung.
Namun, dalam keputusasaan itulah terbit semangat luar biasa dua wanita ini. Demi menyelamatkan nyawa sahabatnya, Diyana mencadangkan satu rancangan gila – mencuri wang dari pasar raya milik Azzim, Azzimart, untuk melunaskan hutang Michelle.
Ads
Ia bukan keputusan mudah, tetapi persahabatan dan keinginan untuk membebaskan diri daripada cengkaman lelaki yang menghancurkan hidup mereka mengatasi segalanya.
Malangnya, rancangan mereka gagal apabila tertangkap dalam cubaan rompakan tersebut. Namun, kegagalan itu membuka jalan kepada pembongkaran yang lebih besar – kegiatan pengubahan wang haram yang dilakukan Azzim di sebalik perniagaan sahnya.
Kini, bukan sahaja mereka terperangkap dalam masalah undang-undang, malah nyawa mereka turut menjadi taruhan!
Wanita Berani Bila….
First Wives bukan sekadar sebuah drama tentang perkahwinan yang gagal, tetapi kisah keberanian wanita yang berani melawan sistem dan lelaki yang menyalahgunakan kuasa. Ia mengangkat nilai persahabatan sejati, keberanian melawan ketidakadilan, dan perjuangan untuk kembali bangkit dari kejatuhan.
Drama ini menjanjikan debaran, air mata dan inspirasi – satu naskhah yang pasti membuat penonton merenung semula makna cinta, setia, dan harga diri seorang wanita.
Ads
Sokongan Buat Wanita Hadapi Konflik Rumah Tangga
Seri pengantin baru jelas terserlah di wajah Mimi Lana yang menzahirkan rasa teruja apabila berpeluang membintangi drama bersiri terbaharu, First Wives.
Menurut Mimi, karya arahan Imri Nasution itu disifatkan sebagai istimewa kerana ia mengangkat tema dan memberi sokongan kepada wanita, khususnya yang berdepan dengan konflik rumah tangga.
“Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan drama wanita menindas wanita lain seperti penyondol dan sebagainya . Namun, drama ini kerana mengetengahkan sisi berbeza wanita yang memerlukan sokongan di antara satu sama lain.
“Wanita jika mereka bergabung, kita akan jadi lebih kuat. Bila saya membawakan watak Diyana ini, saya harap para wanita yang mengalami nasib sama, suara mereka akan didengari. “-Mimi Lana.
Pengorbanan Wanita
Tambah Mimi lagi, drama ini juga merupakan drama pertama lakonannya yang membawakan watak komedi selain berpeluang merasai pengalaman wanita yang berjuang untuk mendapatkan zuriat melalui proses persenyawaan in vitro.
Ads
“Saya selalu dengar dari orang disekeliling mengenai proses yang perlu wanita lalui sepanjang rawatan IVF ini. Proses IVF ini bukanlah sesuatu yang mudah, menggembirakan kerana ia penuh dengan cabaran emosi. Setiap wanita yang melalui proses ini adalah wanita yang kuat untuk mencuba kaedah ini untuk mendapatkan zuriat.
Ia merupakan pengorbanan yang besar untuk seorang isteri melalui setiap proses tersebut kerana ia melibatkan emosi yang sukar untuk digambarkan,”ujar Mimi yang melihat kekuatan wanita banyak ditonjolkan di dalam drama First Wives ini.
Selain teruja memegang watak sebagai Diyana dalam First Wives, drama ini juga merupakan drama pertama lakonannya dalam genre komedi. Meskipun tidak menyangka kemampuan dirinya diuji dalam genre komedi, Mimi sebenarnya teruja apabila dirinya mampu membuat orang ketawa dan tidak menolak sekiranya ditawarkan watak seperti ini di masa akan datang.
“Walaupun ini drama komedi, tapi saya rasa agak sedih. Wanita ini hatinya lembut dan sanggup berikan segalanya kepada pasangan. Bila suami pula buat hal, saya jadi sedih,” katanya lagi yang banyak menggunakan emosi seorang isteri yang tertindas namun bangkit dengan cara tersendiri, hasil sokongan dan dorongan sahabat baik, Michelle yang turut sama melancarkan segala misi dan visi bersama.
Selain Mimi, First Wives turut dibintangi oleh Malek Mccrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Zeera Azizi dan Andy Teh.
Ia bakal ditayangkan bermula 11 April ini secara On Demand dan penstriman melalui platform Astro Go dan sooka.
Mak mentua dan menantu perempuan sering kali dilanda pelbagai pergolakan dalam perhubungan. Kenapa ye? Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh mencetuskan hubungan dingin menantu-mentua ini.
Tapi, kedua belah pihak kena sentiasa berlapang dada. Misalnya mak mentua kena terima apa juga kekurangan menantu dan bimbing mereka. Menantu kena hormat mak mentua umpama ibu sendiri dan sentiasa cuba ambil hati mentua.
Mak Mentua Sendiri Kena Baik Memang kita mahukan menantu yang baik tetapi apa halnya kalau kita sendiri pun tak baik. Bagaimana hendak dikatakan baik kalau sikap kejam terhadap menantu itu bermula sejak hari pertama dia masuk ke rumah kita lagi?
Hari-hari kita menilai dia, kesalahan yang sedikit sengaja kita besar-besarkan, kebaikan yang dilakukan kita pejam mata pula. Seorang ibu mentua yang tidak baik sememangnya tidak layak mendapat anak menantu yang baik.
Terikut Sikap Mak Mentua Sebenarnya anak menantu itu sudah baik tetapi disebabkan mentuanya tidak baik, akhirnya dia menjadi tidak baik sama. Asalnya sangat menghormati orang tua, bersikap lembut dan taat, sekarang jadi kurang ajar pula. Dari mana datangnya sikap-sikap begitu? Kadang-kadang daripada emak mentua sendiri.
Dalam hendak menilai seseorang, jangan aspect seratus peratus terbaik, sebab mana ada manusia yang sempurna. Sesetengah orang hanya perlukan tunjuk ajar untuk dia faham sesuatu pada permulaannya. Apabila dia faham akan kehendak dan citarasa mentua dia akan penuhi pada hari-hari seterusnya.
Bimbing Bukan Sindiran Pedas Misalkan begini, hari pertama menantu tinggal di rumah mentua, sudah tentu dia tidak biasa dengan semua perkara yang menjadi kebiasaan di rumah mentuanya itu. Dia akan melakukan banyak kesalahan seandainya tidak diberitahu terlebih awal.
Adalah menjadi kebiasaan mengelap dahulu pinggan mangkuk selepas dibasuh sebelum menyusunnya di para. Menantu yang tidak diberitahu terlebih dahulu akan hal ini mungkin akan menyusun sahaja pinggan mangkuk itu ke para sejurus dibasuh.“Ei, emak engkau tak ajar ke lap dulu pinggan mangkuk sebelum susun?”
Kata-Kata Berbekas Di Hati Kata yang begini pasti meninggalkan kesan yang tidak enak. Lain jika anak menantu itu memang jenis tebal jiwa, dikata apapun dia tetap tersengih dan sambut dengan gurau senda. Dari situ dia belajar. Tetapi anak menantu yang sensitif akan berasa kecil hati, sedih dan juga malu, dia boleh jadi merajuk hingga takut hendak berbuat apa-apa lagi selepas itu.
Di sinilah hal yang kecil-kecil menjadi permulaan barah yang kronik beberapa bulan kemudian. Salah siapakah? Mungkin menantu bersalah sebab terlalu mudah berkecil hati tetapi mentua juga bersalah kerana mengharapkan menantu perempuan mesti serba tahu kesemuanya.
Ingat Ini! Setiap mentua sekurang-kurangnya letakkanlah tiga faktor ini dalam hendak memilih sikap terhadap menantu; i. Itu adalah jodoh anak. Apa yang tidak kita ketahui berada dalam pengetahuan ALLAH sentiasa. Jodoh seseorang bukankah sudah ditentukan? ii. Dia yang berkahwin dan itu pilihannya. Hormatilah pilihan anak supaya kehidupannya harmoni selepas itu. Jika kita terlalu menampakkan rasa benci, takut-takut bukan setakat menantu yang hilang hormat, anak sendiri pun turut pergi. iii. Hidup bukan terlalu lama. Oleh kerana tidak terlalu lama itu, bertimbang rasalah. Setiap manusia ada lebih dan kurangnya. Kita juga serupa. Barangkali orang cukup bersabar dengan sikap-sikap buruk kita selama ini, kita saja yang tidak tahu. Oleh itu, berikan restu, ia lebih baik dari menjadikan seseorang seteru (musuh).
Oleh: HM TUAH ISKANDAR al-Haj www.drtuah.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai wanita sudah tentu wajah yang mulus dan berseri-seri menjadi idaman. Dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah item paling penting perlu ada sebelum bersolek adalah krim tabir suria atau lebih senang dipanggil sunscreen.
Hakikatnya kulit wajah perlu diberi perlindungan segera terutamanya dari pancaran sinaran matahari yang merbahaya. Sebenarnya anda boleh kelihatan cantik dan berseri tanpa perlu mengenakan sebarang mekap tau! Rahsianya mudah saja anda hanya perlu pandai memilih ‘beauty suncscreen’.
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50+ PA++++ bertindak sebagai pelindung UV buat kulit. Kulit wajah akan kekal mulus walau bebas mekap dengan sapuan krim yang mengambil masa 1 minit sahaja, kecantikan semulajadi anda akan terserlah!
Primer Pertama Bertindak Lindungi Kulit Dari Sinaran UV
SUNPLAY Skin Aqua Tone Up UV Essence merupakan beauty sunscreen bukan saja melindungi kulit wajah anda daripada sinaran matahari ia juga boleh bertindak sebagai primer pertama untuk mewarnakan tona kulit yang betul. Paling best! Kulit wajah akan kelihatan seperti bersolek walau tidak mencalit sebarang mekap.
Bukan itu saja Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence turut membantu mengelak dari kewujudan tanda-tanda awal penuaan, seperti garis halus dan kedutan, tompok penuaan dan keanjalan kulit yang semakin hilang akibat terdedah pada sinaran matahari.
Kulit Lebih Lembap & Membetulkan Ton Kulit Yang Kusam
Sunscreen ini juga teksturnya sangat ringan dan cepat mesra dengan kulit paling best tak melekit! Bila disapu pada kulit rasa selesa, cepat menyerap dan kulit rasa lembap. Malah ia juga sangat sesuai sebagai asas mekap.
Paling menarik Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence menaikkan tona warna kulit muka. Didatangkan dengan tiga varian, Lavender, Mint Green dan Happiness Aura.
Ia juga mempunyai serbuk Mutiara bagi menjadikan wajah cerah berseri, tidak kusam dan dalam masa sama menyembunyikan cela pada kulit wajah.
Membetulkan Warna & Mencerahkan Kulit
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50+ PA++++ boleh didapati dalam tiga varian pilihan, antaranya Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Happiness Aura yang mempunyai warna merah jambu untuk efek berseri secara semulajadi, sesuai untuk kulit kusam dan pucat. Bukan saja pada warna malahan haruman sama bunga mawar juga dapat melegakan tekanan dan menenangkan minda terutamanya buat wanita yang bekerjaya.
Manakala Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Lavender dirumus khas untuk kulit kusam dan tidak sekata. Warna lavendernya boleh menyerikan kulit kusam yang tidak sekata dapat disembunyikan tanpa perlu bermekap tebal. Paling penting, kulit kekal terlindung dengan SPF50+ PA++++
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Mint Green berwarna hijau pudina. Berfungsi sebagai pembetulan warna yang sesuai untuk kulit berjerawat dan kemerahan. Pada masa yang sama memberikan kesan pada pencerahan kulit.
Sememangnya banyak manfaat yang terdapat pada Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence ianya juga diformulasikan dengan bahan yang menghidrasikan kulit seperti Hyaluronic Acid, Vitamin C dan Pure Nuance Complex yang diekstrak dari buah markisa, prune dan chestnut rose.
Kulit anda juga bukan sahaja dilindungi daripada sinaran UV, juga daripada bintik-bintik gelap. Rintangan air yang unggul juga mampu sebarkan krim dengan mudah dan lancar pada kulit.
Jadi sebelum terlambat sapulah segera Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence. Jangan ketinggalan belilah sekarang di rangkaian Watsons, Guardian dan menerusi kedai online di Shopee dan Lazada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak berkerdip mata jika melihat wanita yang cantik menawan! Sememangnya itulah keinginan setiap wanita, namun bukan sesuatu yang mudah untuk maintain ‘cantik’. Terutamanya penjagaan kulit wajah.
Memiliki kulit wajah yang cantik, bersih, cerah, berseri dan flawless idaman wanita. Jika sebelum ini anda cuma memilih serum biasa namun kecewa kerana kesannya agak kurang menyerlah. Cubalah beralih menggunakan serum booster mesti anda akan nampak kesan yang lebih cepat. Sebenarnya banyak tau kebaikan menggunakan serum booster berbanding serum biasa!
Paling best sudah pasti dua jenis Serum Booster pilihan terbaik dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster. Paling mudah bila kedua-dua serum ini cuma perlu disapukan di kulit wajah pada waktu pagi (Vita) dan malam (Retin).
Penjagaan Wajah Berkonsepkan Minimalis
Seperti yang anda ketahui Hada Labo jenama penjagaan kulit wajah dari Jepun ini terkenal dek kerana mengandungi bahan berkualiti tinggi dengan konsep minimalis.
Sememangnya kini menjadi trend dan pilihan popular wanita untuk memilih produk penjagaan wajah yang berkonsep minimalis. Minimalis bermaksud produk ini hanya mengandungi keperluan bahan-bahan tanpa bahan tambahan yang tidak perlu seperti alkohol,minyak mineral, pewangi dan pewarna.
Jalan Terbaik Bantu Kulit Berseri & Awet Muda
Wanita hari ini juga ramai yang bekerjaya dan pentingkan penjagaan masa. Jadi untuk selarikan kecantikan dan masa mereka gemarkan cara mudah untuk penjagaan kecantikan wajah.
Oleh itu Serum Booster dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster merupakan jalan terbaik membantu kulit wajah berseri dan awet muda.
Mencerahkan Kulit Dengan Berkesan
Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, rutinnya senang saja hanya gunakan dua Serum Booster H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster wajah anda akan lagi cerah hanya dalam beberapa minggu sahaja.
Sememangnya anda tidak perlu bersusah payah tau! Hanya dua langkah menjadikan kulit wajah anda berseri dan awet muda.
Mudah Sangat! Hanya Gunakan Pada Waktu Siang & Malam
Bagi kesan yang lebih baik pada kulit wajah, guna Vita pada waktu pagi dan Retin pada waktu malam untuk kulit cerah serta awet muda.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kedua-dua Serum Booster ini sangatlah bagus untuk mencapai kulit yang mulus. Sememangnya berbaloi bagi anda yang mementingkan kecantikan kulit wajah. Cuma gunakan Vita pada siang dan Retin pada malam pasti anda tidak akan menyesal!