Filem Pulau penuh babak soft porn, dulu kini wanita sering dieksploitasi. Kala ini timbul kontroversi mengenai filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023. Filem lakonan Amelia Handerson, Alif Satar, Ikmal Amry, Namron dan ramai lagi barisan pelakon mula menjadi sebutan ramai.
Bukan kerana filem ini cecah panggung tayangannya. Tapi trailer yang dikongsi di media sosial mengandungi banyak babak soft porn dan adegan panas membuatkan ramai pihak bersuara.
Untuk makluman, filem Pulau telah di klasifikasikan di bawah kategori P13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 15 September 2022.
Namun menjadi persoalannya, walau ia termasuk filem seram namun adegan wanita berbikini, lakonan bercium dan sebagainya yang dilihat tidak sesuai dengan norma agama dan adat membuatkan ia menerima kecaman ramai.
Jadi kalau Zul Ariffin didenda kerana membuat naik babak panas, barangkali penerbit bahkan pelakon yang mula memuat naik klip trailer ini juga harus dikenakan tindakan sama?
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gara-Gara Muat Naik Babak Panas, Zul Ariffin Didenda RM30,000
Bayangkan pada zaman jahiliah, wanita tiada nilai kemuliaan sedikitpun, bahkan hanya dijadikan pemuas nafsu lelaki yang tiada pedoman. Namun Islam mengangkat tinggi perjuangan wanita termasuk peranan ketika perang.
Dikisahkan peristiwa Hijrah, As-ma’ bin Abu Bakar menghantar makanan kepada Rasulullah dan bapanya, Abu Bakar. Bahkan Penghulu syurga yakni isteri Rasulullah, Khadijah binti Khuwailid, memberikan sumbangan besar terhadap perjuangan Islam. Ini kerana dengan jutawan penuh takwa ini memberikan keseluruhan hartanya hingga Islam itu dipandang tinggi.
Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Agama, YB Ustaz Marzuk Shaary turut mengecam filem ini yang mengandungi terlalu banyak babak lucah.
Namun malang ia telah dipolitikkan oleh netizen kerana menurut mereka tayangan kelulusan filem ini dibuat pada 15 September 2022 ketika ia berada di bawah pemerintahan Perikatan Nasional. Dan kenapa ia tidak disuarakan ketika kelulusan dibuat oleh LPF yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri, wallahualam.
Isu ini turut mendapat bantahan dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang beranggapan ia telah mengeksplotasi wanita.
Mereka menggesa pihak berwajib segerakan tindakan menyekat file mini dari tontonan anak muda kerana ada unsur seks dan lucah.
Menurut Timbalan Pengerusi 3, Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS, Aizah Nurhikmah Zainal, “Semakin liar”, itulah ungkapan tegas terhadap industri perfileman tanah air mutakhir ini apabila satu sedutan pendek yang menayangkan pemakaian melampau dan aksi separa lucah dalam filem terbaharu berjudul “Pulau” mula tular di kaca media.
GAMIS meluahkan rasa kesal dengan isu yang berlaku , apatah lagi kebanyakan pemain layar dan latarnya adalah dalam kalangan muslim. “Bagai belacan dikerat dua, yang pergi busuk, yang tinggal hanyir”, mana tidaknya batasan agama dan maruah sanggup digadaikan demi meraih laba yang sangat hina nilainya.
Isu seperti ini ternyata menikam landasan berfikir anak muda. Pengusaha filem perlu bijak memikirkan alpukah yang terbaik dalam mendidik peribadi dan merangsang akal yang baik kepada mereka bukannya menjahanamkan. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
Serangan pemikiran liberalis serta hedonis yang mengedepankan keseronokan akal semata harus dicantas sebelum menenggelamkan fikrah suci para belia. Perkara ini jika dibiarkan akan parah dan merosakkan generasi masa depan negara, jangan sampai belukar pula yang menjadi rimba. Buktinya semakin banyak kes-kes gejala sosial yang perdunya daripada hiburan melampau.
Seruan GAMIS kepada seluruh masyarakat agar tidak menyokong filem yang mengotorkan industri layar perak negara. Di manakah pihak yang berwajib seperti FINAS dan LPF dalam menapis filem seperti ini. Kritikan dari pelbagai pihak perlu diterima oleh seluruh pengusaha filem dan pihak berwajib bukan mengabaikannya bagai hujan ke pasir.
Tidak dilupakan juga peneraju Kementerian Komunikasi dan Multimedia, yang tangkas membendung ekstremis tik tok suatu ketika dahulu. Harapan kami semoga dengan wewenang yang ada mampu diterjemahkan dengan suatu prakarsa dalam menangani isu ini secara komprehensif dan mapan.