Fiddle-Leaf Fig, Letak Kawasan Indoor Siram Seminggu Sekali Pun Dah Cukup

Share

Berdaun lebar kehijauan, memang cantik pokok Fiddle-Leaf Fig atau nama saintifiknya Ficus Lyrata ini dijadikan hiasan di halaman mahupun dalam rumah. Namun harganya boleh tahan mahalnya. Sepasu besar baik pokok hidup mahupun artifisial boleh mencecah ratusan ringgit. Sayang sungguh, kalau tanam mudah mati pokoknya.

Jika mak-mak ada beli anak pokok Fiddle-Leaf Fig ini, ada caranya agar pokok ini membesar sihat, subur dan tak mudah mati.

Baca perkongsian tip daripada Puan MiEr Hasan ini berkaitan cara penjagaan pokok Fiddle-Leaf Fig ini sebagai panduan;

1. Tetap Perlukan Cahaya Matahari

Pokok ini tetap perlukan cahaya matahari juga ya. So, siapa yang nak letak indoor make sure ada sikit pencahayaan macam di balcony, tepi tingkap, tepi sliding. Kalau boleh bawa ler keluar pokok tu sekali sekala biar release tension pokok tu duduk tempat gelap.

2. Tanam Dalam Pasu

Seeloknya buka polibag dan tanam dalam pasu lain. Tambah tanah biar pokok tu boleh bernafas. Mana pokok nak besar kalau rumah dia kecik. Ye tak?

3. Siram Ikut Tempat Letak

Siram ikut keadaan tempat. Kalau indoor seminggu sekali pun dah cukup. Kalau tempat panas sehari sekali.

4. Bagi Baja

Seminggu sekali bagi la baja. Biar dia makan. Baja organik paling sesuai. Boleh juga cari baja kopi. Dekat nursery ada jual. Kalau baja organik boleh letak seminggu sekali. Kalau baja kimia 2 minggu sekali ye.

5. Sembang Dengan Pokok

Last but not least, sembang-sembang la dengan pokok ni. Tips menanam pokok mak saya ni, pokok kan benda hidup.

Baca Lagi Di Sini:
DIY Pokok Viral, Jimat Kos Tak Sampai RM25!

MW: Semoga perkongsian tip tanam pokok Fiddle-Leaf Fig ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba tanam sendiri di rumah.

Sumber: MiEr Hasan

Published by
Suhaidah Abd Wahab