“Fettuccine Carbonara” Sedap Tak Guna Sos PREGO, Pedas Berlemak Ikut Tekak Orang Melayu. Sesesekali ubah selera keluarga cuba menu ‘western’ sedap juga. Tapi kalau dah memang tekak melayu, mesti nak rasa pedas-pedas sikit, barulah boleh telan dan rasa lebih sedap.
Boleh cuba resipi “Fettuccine Carbonara” yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini. Sesuai juga buat untuk rumah terbuka atau jika ada tetamu yang datang ke rumah nanti.
Ubah selera pulak harini..Masak “Fettuccine Carbonara”. Saya tak guna sos prego carbonara sebab habis.. So saya masak guna apa yang ada sajalah.. rasa masih sedap dan pedas-pedas sikit, biasalah tekak orang melayu rasa lemak susu saja tak boleh nak telan.
Selera budak-budak zaman gajet.
Susu full cream + susu cair (sebagai ganti sos prego yang dah habis)
Tepung bistari untuk goreng ayam
1@2 sudu besar tepung gandum
cili hijau + merah yang telah dibuang biji kemudian cincang halus
Bawang putih (cincang halus)
Bawang holland (cincang halus)
Cendawan butang potong nipis
4 sudu besar butter
2 keping cheese
1 biji kuning telur
4 sudu mkn butter
Dada Ayam secukupnya (dipotong kecil)
Kuning Telur
Serbuk Lada hitam
Daun Basil
Oregano
Chili Flakes
1 ketul pati kiub ayam
1 sudu besar jus limau nipis
1.Masukkan butter dalam kuali, goreng bawang putih dan bawang holland sehingga layu, kemudian masukkan cili merah, hijau dan cendawan butang.
2.Ayam potong kecil kemudian salut dengan tepung bistari. Masa nak goreng celup semula dalam tepung bestari baru.
3. Goreng ayam sehingga agak keemasan.Ketepikan.
4. Kemudian bila bawang, cendawan cili semua dah layu, masukkan susu cair dan susu full cream, jika ada (sos prego carbonara) susu cair tak payah letak.
5. Taruh serbuk lada hitam, oregano ,cili flakes, kuning telur, secubit garam, cheese dan kiub ayam, dan bancuhan tepung gandum kacau-kacau sehingga sebati. Jika kuah pekat tambah air sedikit demi sedikit..kacau sebati.
Rasanya boleh adjust ikut cita rasa tekak sendiri. Saya tambah sedikit jus limau nipis untuk potong rasa lemak susu. Ikut suka, nak letak tak apa. Tak nak letak pun tak apa.
6.Kemudian masukkan ayam goreng tadi kacau-kacau sekejap. Jika kuah agak pekat tambah sedikit air.
7. “Fettuccine Pasta ” saya rebus dengan sedikit garam dan sedikit minyak masak. Petuanya tak nak bagi pasta melekat je.
8. Ok dah siap macam nilah rupanya.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Buat Sendiri Kuah PASTA CARBONARA Super Creamy Macam Dekat Pizza Hut!
Baca Lagi Di Sini: 4 Langkah Mudah Buat ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’ Yang Sedap Lagi Super Senang!
Artikel Menarik: Bukan Inti Biasa-Biasa, Wanita Ini Kongsi Resipi Popiah Carbonara Tersedap! Tip Nak Goreng Pun Diberikan
Mingguan Wanita: Sedapnya resipi “Fettuccine Carbonara” ni. Paling penting ada rasa pedas-pedas berlemak, barulah tak muak dan sesuai ikut tekak melayu. Boleh cuba buat untuk anak-anak nanti.
Sumber: Qasih Jue Aisya
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.