Bersatu dalam semangat kebersamaan walaupun dengan perbezaan arah dan tujuan, dua syarikat terkenal, XO House dan High Cultured menyifatkan tiada apa yang mustahil dalam menghasilkan kolaborasi.

Fesyen & Muzik Bergabung, Gaya Streetwear Iman Troye & Dalia Farhana Jadi Ikutan! Dua syarikat berkenaan sebenarnya berjalan seiring dengan visi pemikiran yang sama sekaligus menyatukan elemen fesyen serta muzik.

Sempena sambutan ulang tahun ke-17 High Cultured tahun ini,  jenama streetwear terkemuka Malaysia ini berkolaborasi bersama syarikat muzik XO House melalui konsert mini yang berlangsung pada 17 Januari lalu.

XO House x High Cultured House Party berlangsung dengan penuh tenaga di Bentley
Music Auditorium, dihadiri  hampir 1,000 penonton dan peminat yang membanjiri malam
yang penuh keceriaan dan kegembiraan.

Untuk rekod, setelah penjualan tiket diumumkan, tiket konsert mini berkenaan
habis terjual bagaikan pisang goreng panas, hanya dalam tempoh kurang dari
seminggu.

Fesyen & Muzik Bergabung, Gaya Streetwear Iman Troye & Dalia Farhana Jadi Ikutan!

Konsert mini ini turut menghasilkan lapan reka bentuk baju eksklusif penuh indah
mencerminkan identiti simbolik XO House serta kerjasama yang unik antara dua dunia.

Ads

Malah ia turut dipertingkatkan ke tahap yang lebih segar, oleh bintang naungan XO House,
Iman Troye, Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel dan Alya Mardien yang menghidupkan
setiap karya eksklusif dan mempamerkan gabungan sempurna ‘streetwear’

Yang menjadikan ‘House Party’ ini lebih istimewa adalah ia bukan sekadar pelancaran
produk, tetapi turut menampilkan persembahan eksklusif daripada artis-artis terlibat yang
memukau. Selain itu, barangan eksklusif diberikan kepada tetamu dan menambah sentuhan istimewa pada malam tersebut.

Menurut Adib Hamdi selaku Pengasas dan CEO XO House berkata, kerjasama bersama High
Cultured ini adalah padanan semula jadi.

“Kami berkongsi visi yang sama untuk menggabungkan seni, inovasi, dan budaya.
pengalaman yang tidak dapat dilupakan. ‘House Party’ ini umpama pencapaian yang melakar kejayaan manis buat kami, ” kata Adib.

Ads

Ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Adib, XO House adalah sebuah label rakaman yang
menyokong artis muda tempatan dengan menyediakan platform yang hebat dengan
persekitaran yang positif untuk kejayaan artis.

XO House juga menawarkan pengurusan bakat, pengeluaran muzik dan video, serta
perkhidmatan strategi pemasaran.

Fesyen & Muzik Bergabung, Gaya Streetwear Iman Troye & Dalia Farhana Jadi Ikutan!

Ads

Dalam perjalanan menempuh cabaran, beberapa kisah kejayaan XO House turut tercipta.
“Iman Troye contohnya pernah dicalonkan untuk Anugerah Pilihan Kanak-Kanak
Nickelodeon dalam Kategori Artis Asia Terbaik mewakili Malaysia untuk tahun 2024.
“Tak lupa 2x Platinum untuk “Langit Yang Sama” nyanyian Dalia Farhana.

Fesyen & Muzik Bergabung, Gaya Streetwear Iman Troye & Dalia Farhana Jadi Ikutan!

Baru-baru ini, XO House memperkenalkan artis dengan bakat baru, Zubir Khan yang dikenali dengan lagu hit “Yennode Macha” dan Naim Daniel, Juara AJL yang ke – 34. Selain itu, Alya Mardien, yang baru sahaja menandatangani kontrak dengan XO House, akan dibimbing untuk mengembangkan kerjayanya.” kata Adib.

Platform Kreativiti

Sementara itu, KC Teo dan Dennis Low selaku pengasas High Cultured berkata, tujuan
mereka bekerjasama adalah untuk menyediakan platform bagi kreativiti dan membawa
pemikiran positif kepada golongan muda dan penonton yang lebih luas.

“Apabila kami bertemu dengan pengasas XO House, kami sedar bahawa kami mempunyai jalur visi dan cetusan pemikiran yang sama. Justeru, ini yang membawa kepada kerjasama ini.
“Malah kerjasama ini juga membuka jalan yang kukuh untuk sambutan ulang tahun ke-17 kami dengan acara yang kami lakukan dan rancang. Sebagai salah satu jenama streetwear
terkemuka di Malaysia, dalam masa 17 tahun, High Cultured telah berkembang dari
sebuah permulaan kecil menjadi salah satu jenama streetwear utama di Malaysia.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI