Pengacara, Personaliti Telivisyen dan Penulis Lirik lagu-lagu puitis, Ahmad Fedtri Yahya,39, dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan. Fedtri cedera di muka selepas terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Fedtri yang kini dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya baru selesai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI) mengalami kecederaan di bibir, kening, dagu dan rahang.
Isterinya, Anati Ismail ketika dihubungi berkata, Fedtri yang juga penulis lirik lagu Basyirah itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius pada anggota badan lain.
“Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijahit kerana tulang rahang patah dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.
“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,” katanya.
Kecederaan Bahagian Muka
Menurut Anati, suaminya jatuh tersembam menyebabkan bahagian muka mengalami kecederaan.
“Saya difahamkan suami pakai topi keledar, cuma dia jatuh tersembam. Ketika bangun, dia tak rasa apa-apa, tapi dia pelik apabila orang terkejut melihat mukanya yang berdarah.
IKLAN
“Jadi, selepas dibawa ke hospital, doktor sarankan untuk buat pembedahan untuk betulkan tulang rahang yang patah,” katanya.
Berita kemalangan ini juga dikongsikan menerusi laman sosialnya di Instagram oleh isteri Fedtri sendiri, Nurul Anati Ismail, 35, yang berkongsi gambar keadaan terkini suaminya selepas melakukan pembedahan. Anati turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan kesembuhan suaminya.
“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
IKLAN
“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,”katanya.
Ramai rakan artis dan peminat turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Lah Ahmad,Imam Muda Asyraf,Mira Filzah, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman.
IKLAN
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Ternyata, kematian isteri adalah kehilangan paling perit buat suami kerana bukan mudah padamkan memori hidup bersama semenjak diijabkabulkan.
Perkataan redha mungkin mudah diungkap namun amat payah untuk melaluinya. Tentu saja ia mengambil masa agak lama, apatah lagi arwah pergi dengan meninggalkan pelbagai kenangan bersama.
Kehilangan pasangan hidup sudah tentu tidak akan sama dengan kehilangan orang lain. Isteri adalah nyawa, “the other half” dan sentiasa memahami luar, dalam suaminya.
Kematian Isteri Kehilangan Paling Perit Buat Suami
Ikuti perkongsian Nazri Ahmad dan fahami yang dia cuba sampaikan:
Terbaca awal pagi tadi yang Siti Sarah meninggal dunia.
Bagi para suami, kematian isteri adalah satu kehilangan paling perit. Setakat sekarang, itu satu pengalaman hidup paling memberi kesan pada emosi saya dan sangat menyedihkan bagi saya sebagai suami.
Bagaimana baik pun tahap keharmonian rumah tangga anda bersama isteri, akan datang silih berganti penyesalan demi penyesalan of not doing good enough as a husband semasa hayat si isteri.
Bukan Mudah Padamkan Memori Hidup Bersama
Ini bukan kehilangan ibu atau bapa. Ini kehilangan pasangan hidup kita. Kehilangan seseorang yang kenal kita sebagai suami isteri luar dalam, yang tersurat dan tersirat, kenal perilaku kita suami yang tidak dipamerkan ke umum, kenal kita suami semasa ups and downs.
Shuib akan lalui satu ketidaktentuan emosi lepas ni. Bukan mudah nak padamkan memori semasa mereka masih hidup. Hidup bersama memori-memori itulah yang killing us inside.
Pesan saya ke saudara dan kawan-kawan, even sampai sekarang. Hargailah isteri anda. Jaga dan lindungi isteri. Kita suami ini lah pelindung isteri. Sayangi isteri sepenuh hati.
Mereka ini tinggalkan ibu bapa, keluarga yang berpuluh tahun hidup bersama. Hanya untuk bersama kita dan lalui hidup berumahtangga bersama kita. Zalimlah diri suami andai gagal lindungi dan bahagiakan isteri.
Salam takziah Shuib. Semoga diterima segala amal ibadah dan diampuni segala dosa Siti Sarah.
Terus kuat ye Shuib Sepahtu demi diri sendiri dan anak-anak. Shuib mampu hadap semua ni. Shuib kuat, sebab tu Allah duga sebegini.
Mingguan Wanita : Benarlah hanya yang pernah melalui sebuah kehilangan yang memahami apa yang dirasai Shuib buat masa ini, Bukan mudah hilang isteri tercinta, di saat dia baru saja menghadiahkan anak. Allahuakbar ampunkanlah dosa-dosa Siti Sarah. Al-Fatihah.
Sejak hari pertama negara menerima pesakit Covid-19 di hospital, isteri angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos sudah mula menjalankan kerja-kerja penyaringan ke atas pesakit Covid-19 di hospital.
Sebagaimana semua sedia maklum, frontliners inilah antara individu paling mudah terdedah dengan jangkitan virus Covid-19 melalui pesakit. Dan malam tadi, Dr Sheikh Muszaphar dikejutkan dengan kondisii isterinya yang tiba-tiba alami simptom batuk dan sakit tekak.
Dr Halina Tunjukkan Tanda Sakit Tekak Dan Batuk
Kongsinya di laman instagramnya, sebaik saja balik dari tempat kerja isterinya mula menunjukkan tanda sakit tekak dan batuk. Selepas mengambil ujian swab Covid-19, isterinya itu kuarantin diri. Sementera menunggu keputusan keluar, Dr Halina bersendirian dalam bilik di rumah mereka.
“Sedih saya melihatnya, malah dia tidak boleh berada dekat dengan anak-anak. Tak boleh bayangkan bagaimana dia mengharungi ujian 8 jam itu.”
“Saya masih ingat bagaimana dia menghubungi saya dari hospital, tidak tahu ke mana dia harus pergi, memandangkan dia tidak mahu (virus) menjangkiti saya dan anak-anak. Dalam keadaannya sebegitu pun, dia masih risaukan yang lain.”
Dalam Sakit Dr Halina Tetap Terus Bekerja
Begitulah hati seorang ibu yang mahu menjaga keselamatan suam dan empat orang anak-anaknya, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Akhirnya, nikmat kesyukuran yang menjadi sandaran apabila hasil ujian Covid-19 menunjukkan ianya negatif.
“Dan Alhamdulillah – keputusan itu NEGATIF.”
Biar pun diduga dengan kesakitan, Dr Halina tetap tidak mengalah malah terus tekad pergi bekerja pada hari ini.
“Itulah Dr Halina – bukan kerana dia isteri saya TETAPI kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain.. rela berkorban demi merawat orang yang sakit.. yang penting adalah menyelamatkan nyawa seseorang biar besar mana pun risikonya.
Pesannya lagi, “Kepada para doktor, jururawat dan petugas perubatan di luar sana.. teruslah berani dan kuat.”
“Anda sentiasa ada dalam doa-doa kami.”
Love As Always …
PS – To my Beloved wife Do continue your brave and noble effort .
InsyaAllah – Allah will ease your path Dunia & Akhirat
PSS – You are my true Hero
PSSS – Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan mu
MW : Begitulah hebatnya pengorbanan seorang DOKTOR. Demi kesihatan orang awam, sanggup berkorban apa saja. Sedangkan, mereka pun ada anak-anak dan suami untuk dijaga. Teruslah rakyat Malaysia #DudukRumah agar pengorbanan besar ini berbaloi nilainya.
Perkara yang sering dikaitkan selepas bercerai tentulah bab nafkah belanja anak. Culas dan tidak bertanggungjawab. Mulalah lepas tangan dan serahkan sepenuhnya pada bekas isteri.
Apatah lagi, bila bekas suami nak kahwin lain dan hak penjagaan diberikan sepenuhnya pada bekas isteri, suami mulalah buat-buat lupa untuk berikan nafkah belanja anak. Adapun mungkin tak banyak dengan alasan tak berkemampuan.
Peliknya, ada pula duit untuk kahwin lain tapi nafkah belanja anak tidak mampu. Itulah silapnya bila ambil mudah dan merasakan anak di bawah tanggungjawab bekas isteri.
Ingat, sebelum ambil keputusan untuk berkahwin lain, dahulukan nafkah belanja anak, jangan zalim pada darah daging sendiri.
Jadi, apakah nafkah anak yang wajib ayah laksanakan? Ikuti kupasan daripada Tuan Khairul Fahmi Ramli, peguam syarie dalam perkongsiannya.
Isu nafkah anak ini memang tak akan selesai. Setiap tahun akan ada isu yang sama. Ada bapa yang tak mahu bagi nafkah anak & ada pulak yang bagi, tapi tak cukup.
Ramai lelaki yang selepas bercerai dengan bekas isteri, tak kisah kalau anak duduk bersama dengan bekas isteri. Cuma masalah yang sering berlaku, kadang-kadang ibu yang terpaksa tanggung banyak perbelanjaan anak.
Yang biasa berlaku dalam Mahkamah adalah Duda yang bercerai, hanya tawarkan nafkah anak seorang RM100 sahaja sebulan. Kononnya itu sahaja takat kemampuan.
Tapi, yang tak betulnya, bila dah tahu tak mampu nak bagi nafkah anak lebih, boleh pulak kahwin baru. Hinggakan anak tiri pun jadi tanggungan baru sedangkan anak tiri bukan tanggungan wajib.
Sebenarnya, banyak isu sebegini berlaku. Ada duda yang bercerai fikirkan, dia telah kembali bujang. Hinggakan rasa dah bebas dan tak ada apa-apa tangungan. Walhal, anak masih ada. Bahkan mungkin ada 5 orang anak bersama dengan bekas isteri.
Apa Nafkah Anak yang wajib lagi ditanggung oleh seorang duda?
MAKAN & MINUM
Zaman sekarang ini, sangat tidak logik kalau belanja harian makan minum anak hanya RM100 sebulan. Kalau dikira, seorang manusia yang makan biasa sekalipun minimumnya RM5 sekali makan. Sehari sekurang-kurangnya 3 kali makan. Jadi bersamaan dengan RM15.
Sepatutnya untuk makan minum sahaja seorang anak yang makan minum seperti biasa adalah RM450 seorang sebulan. Ini kiraan kasar sahaja. Jangan kata ini tak rasional. Kadang-kadang barang dapur rumah pun lebih daripada itu setiap bulan.
PAMPERS
Bagi duda yang mempunyai anak kecil, jangan abaikan bab ini. Pampers adalah satu keperluan yang tak boleh ditinggalkan. Ada pelbagai jenis jenama. Cuma yang pasti setiap jenama mungkin berbeza harga dan beza juga harga bagi saiznya.
Sekarang ini, harga pampers anggaran harganya sekitar RM25-30. Dan seorang bapa perlu ambil peduli tentang berapa jumlah pampers yang digunakan oleh anaknya. Kadang-kadang satu beg pampers tak cukup. Ada bayi yang kerap buang air. Anggaran sebulan untuk belanja pampers mininum adalah RM100 sebulan.
SUSU
Ini adalah makanan bagi bayi dan minuman bagi anak kecil. Bagi sesetengah lelaki, mereka tidak tahu yang susu ini ada pelbagai jenis. Harga juga beza bagi setiap jenis. Yang penting bukan isu harga, tapi isu kesesuaian susu formula itu dengan anak.
Ada anak yang tidak sesuai dengan susu formula lembu. Ada yang sesuai dengan susu kambing. Ada juga bayi yang alahan perlukan kepada susu formula soya. Ada bapa yang pertikaikan kenapa diajar anak minum susu mahal. Lelaki yang sebegini, nampak sangat tak pernah ambil peduli tentang kesihatan anak.
BELANJA SEKOLAH
Bagi anak yang bersekolah, adalah satu kebiasaan untuk diberi duit belanja. Kadang duit ini mungkin boleh diambil daripada belanja bulanan. Tapi, duit belanja ini juga sangat penting untuk anak-anak gunakan di sekolah.
PAKAIAN
Bila sebut tentang pakaian, jangan fikir tentang baju semata-mata. Fikirkan juga tentang keperluan anak seperti ubat gigi, sabun, lotion dan lain-lain. Tambah-tambah bila ada anak bayi.
Pakaian hari raya juga perlu disediakan asing setahun sekali. Sekurang-kurangnya dua pasang untuk seorang anak. Ini kewajipan seorang bapa.
YURAN & PERSEDIAAN AWAL SEKOLAH
Untuk perbelanjaan awal persekolahan, adalah satu kewajipan yang tak boleh dielakkan. Bapa wajib sediakan pakaian kelengkapan sekolah sekurang-kurangnya 2 pasang bagi seorang anak.
Jangan sekadar bayar yuran sahaja. Kadang ada bapa yang tak ambil peduli bab ini atau diberitahu kepada si ibu untuk gunakan sahaja duit bulanan yang diberi. Kalau guna duit bulanan beli pakaian sekolah, jadi mana duit makan?
PERUBATAN
Jangan ambil mudah bab ini. Perubatan adalah satu tanggungjawab wajib bapa. Tak boleh serahkan kepada ibu untuk tanggung kos perubatan anak walaupun anak berada dengan si ibu.
Kalau tak percaya untuk bagi duit ubat kepada ibu, bapa perlu sediakan kemudahan perubatan untuk anak sekiranya anak perlu. Contohnya beli insuran kesihatan untuk anak atau akses guna kemudahan klinik panel jika ada.
Bukan saya kata tak boleh untuk duda yang cerai dengan isteri untuk kahwin lain. Tapi, anda perlu ingat, tanggungjawab nafkah anak ini sangat penting. Zalim kalau bapa tak bagi nafkah yang cukup, tapi boleh pulak kahwin lain.
Kalau ada yang tak kahwin lain pun, tapi mampu pulak beli benda yang merugikan atau melebihkan kehendak diri. Contohnya, beli motosikal mahal, beli kereta yang bulan tinggi, beli baju mahal setiap bulan dan lain-lain.
Nak kahwin juga boleh, cukupkan nafkah belanja seorang anak setiap bulan. Jangan kedekut. Kalau tak mampu bagi nafkah lebih, tak payah mimpi nak kahwin lain.
Tambah dosa sahaja.
Mingguan Wanita : Apa-apa pun fikir dulu tanggungjawab pada anak, darah daging sendiri. Anak tiri boleh tanggung tapi anak sendiri serahkan pada bekas isteri. Jangan zalim dan berlaku adil pada anak-anak.
Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...