Sepanjang Ramadhan ini pelakon terkenal, Fazura kelihatan begitu manis sekali mengenakan tudung di kepala. Biarpun gaya tudungnya ringkas, tetap menyerlahkan wajah cantik pelakon Gol Dan Gincu ini. Terbaru, Fazura berkongsi yang dirinya menjadikan bonda Prof Dr Muhaya sebagai idolanya.
“Bulan Ramadhan ini merupakan bulan kemaafan buat saya. Kita bukanlah sempurna. Adanya kelebihan kita malah banyak pula kelemahannya.
“Menyedari hakikat ini, saya percaya penting ada nya sifat sentiasa memaafkan dalam hati supaya saya dapat hidup dalam ketenangan, kasih-sayang dan mendapat rahmat Allah yang di harapkan dalam ibadah serta apa saja yang saya lakukan
.“Saya sentiasa menjadikan bonda @profmuhaya sebagai idola dan saya harap kata nasihat nya ini dapat menjadi panduan, iktibar dan kesedaran buat saya dan kita semua.
“Ada, beri, dapat… Semoga kita ada, beri dan dapat yang baik-baik seperti yang kita harapkan. InsyaAllah. Doa saya buat semua, moga mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Amin.”
Itulah doa yang dituturkannya menjelang 27 Ramadhan yang lalu. Yang mana pada malam itulah umat Islam memburu Lailatul Qadar iaitu hari yang cukup istimewa buat insan yang bertemu dengannya.
Sememangnya tahun ini merupakan tahun bertuah buat Fazura. Rezeki, isteri kesayangan Fattah Amin ini juga semakin bertambah-tambah. Selepas saja melancarkan Tudung Fazura by Fazbulous, jualan tudungnya itu laris macam goreng pisang panas. Habis dijual dalam tempoh 24 jam.
Dalam video pendek Prof Dr Muhaya yang dikongsikan Fazura ini, beliau memberikan kata-kata nasihat yang cukup baik. Sila hadam pesanan yang Prof Dr Muhaya kongsikan di bawah ini ya.
Satu penyakit yang kena buang adalah penyakit hati. Iaitu buruk sangka, syak wasangka pada orang lain. Tabut fitnah, buat status tak baik sampai menimbulkan keraguan terhadap orang lain. Alangkah ruginya jika ia sampai memutuskan saudara.
Kena tahu, setiap kejahatan atau status yang tak baik yang sedang kita buat sebenarnya ia seakan menabur racun yang kemudiannya akan dimakan diri sendiri sampailah ke anak cucu. Sama halnya juga iabarat meletakkan paku pada pintu dan kita berjalan di atasnya.
Dalam pesanan yang disampaikan Pak Ary Ginanjar menyatakan ‘kita selalu ke masjid untuk solat terawih dan merasakan yang ia sudah cukup untuk bertemu dengan lailatul qadar. Tetapi sekiranya solat yang dilakukan cuma sekadar solat fizikal, iaitu dalam solat tapi masih fikirkan hal orang, marah orang. Itu belum betul-betul spiritual untuk membolehkan hati kita dekat dengan Allah.
Jadi bersihkanlah hati, bersihkan semua status yang tak baik, gambar yang yang boleh mengundang maksiat kerana kita nak rasakan betul-betul kehadiran Allah pada malam yang lailatul qadar yang kita cari itu. Yang penting di sini, kalau di bulan Ramadhan ini kita tidak berubah adakah selepas Ramadhan kita akan berubah?
Sumber/Foto : Instagram Fazura