Hampir empat jam lalu, selebriti Fazura membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan pertamanya. Khabar gembira itu dikongsikan Fazura di dalam instagramnya @missfazura dan diiringi dengan tiga keping gambar hitam putih dirinya yang terkini disamping suami, Fattah Amin.
Pasangan romantis ini akhirnya mengumumkan khabar gembira yang dinanti-nantikan peminat mereka selama ini.
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife
Ads
Ads
Ads
MW dan team redaksi mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah Amin atas khabar gembira ini. Semoga tempoh PKP yang ada ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan berehat sambil memberi tumpuan kepada perkembangan kehamilan pertama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ingatkan semua dah lupa, anak menangis terharu birthdaynya dirai. Ibu berjaya buat prank. Memori paling indah di zaman kanak-kanak ialah bila mana diraikan setiap kali hari jadi tiba. Ini kerana kita gembira menerima hadiah yang diidamkan.
Perasaan ini bagaimana pun mula berbeza bila mana kita sudah remaja atau dewasa kerana beranggapan, hari tersebut “biasa-biasa saja” kerana ia biasanya diraikan bersama kawan-kawan rapat sahaja.
Ingatkan Semua Dah Lupa, Anak Menangis Terharu Birthdaynya Dirai
Tular di media sosial, seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Farish Rizqi tergamam sebelum mengesat air matanya kerana tidak menyangka sama sekali dirinya akan diraikan pada hari jadinya ke-lapan tahun.
Dia yang awalnya menjangka, hari tersebut akan berlalu begitu saja tanpa sebarang ucapan, akhirnya menangis bila mana namanya disebut sekaligus membuatkan orang ramai yang menonton videonya turut sama menangis. Masing-masing bagaikan memahami “perasaan” tidak diraikan walau tarikh hari jadi adalah hari istimewa kita.
Dari satu perkongsian video dari ibunya, @Faiezah Amran mereka menghadiri sambutan hari jadi sepupunya di mana Farish kelihatan menyanyi lagu hari jadi bersama kawan-kawannya tanpa menyedari ada prank untuknya. Selepas kanak-kanak perempuan yang diraikan itu meniup lilin dan mahu memotongnya, namun diminta ditangguhkan ketika sebelum sekali lagi lagu hari jadi dinyanyikan semula buat kali kedua.
Ibu Berjaya Buat Prank
Farish turut sama menyanyi tanpa menyedari namanya akan disebut sebagai orang diraikan. Jelas dirinya kelihatan tergamam sebelum diminta meniup lilin pada kek Beyblade impiannya itu. Jelas dirinya terus sebak sambil mengesat air matanya dari tidak terus tumpah.
Menurut ibunya, setiap hari anaknya itu akan melukis kek Beyblade itu di buku sekolahnya dan bila ia direalisasikan dengan kejutan, anaknya cukup terharu.
Tulis ibunya, “prank menjadi. Dia memang takt ahu mak nak sambut birthday dia. Yang dia tahu nak sambut birthday sepupu dua. Mak janji nak sambut birthday Farish, mak tunaikan. Farish terharu sampai menangis, sampai ramai yang ikut menangis. #birthdayboy #farishturn8 #prankjadi #farish.
Ya, walau nilainya hanya sebiji kek kartun kegemaran tapi “nilai dihargai” itu amat penting untuk perkembangan emosi setiap manusia. Apa pun seorang ibu tak akan pernah melupakan tarikh penting anak-anaknya walau sesibuk mana pun mereka keluar mencari rezeki. Yang kerap terlupa tarikh penting, biasanya orang lelaki hingga adakalanya pasangan merajuk.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah menjadi berita tergempar di laman media sosial hari ini, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi.
Apa yang cukup menyayat hati, ada dua atau tiga pelajar tahfiz yang kami minta supaya terjun. Tapi, yang terjun semua melecur. Jadi yang mana tolong tak dapat bantu banyak kerana api marak.
Malah ada yang menangis, menjerit, kepanasan, meminta. Allahurabii… hanya Allah yang tahu.
Ini pula beberapa perkongsian emosi daripada keluarga mangsa sendiri:
“Ya allah… Mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan Fahmie dalam hidup Mama.” – Puteri Noridayu–
Terbaru ibu arwah Fahmie memuat naikkan statusnya di facebook: “Mama tak dapat nak bayangkan ya Allah…”
Manakala ibu kepada arwah Mohd Zattullah Roslan juga meluahkan rasa redha dengan apa yang terjadi dan menceritakan apa yang naluri seorang ibu alami sebelum kejadian.
“Saya redha dia dah pergi” itulah luahan Kamizan Yusof,48, ibu kepada Mohd Zattullah Roslan, 11, yang merupakan salah seorang dari mangsa yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.
Ibu mangsa yang tergerak hati untuk membaca surah Nuh semalam dan tidak menyangka ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anak lelaki tunggalnya hari ini.
“Saya tidak pernah menolak apa-apa yang dia mahu dan Mohd Zattullah merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik..”
Kamizan berkata, dia mengetahui mengenai kajadian itu kira-kira jam 7 pagi tadi selepas dihubungi rakannya, Zubaidah Majid, 54, yang menetap berhampiran pusat tahfiz berkenaan.
“Sepanjang perjalanan, saya berdoa agar Mohd Zattullah selamat tetapi apabila tiba di sini, saya dimaklumkan dia maut dalam kebakaran.
“Kali terakhir berjumpa arwah Ahad lalu, untuk memenuhi permintaan makanan kesukaan arwah dan barang keperluannya,katanya.
Kredit: BH Online
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walaupun hanya sehari sempat bergelar suami, isteri. Lelaki ini redha walaupun perit untuk menerima bahawa isterinya pergi terlebih dahulu.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan seorang suami apabila isteri yang baru dinikahinya pergi buat selamanya. Sedih!
Hanya Sehari Bergelar Suami, Isteri
“Abang…kita dah kahwin,” itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh Siti Saraf Ismail, 25, kepada suaminya, Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Mahligai bahagia yang dibina hanya bertahan seketika apabila Siti Saraf yang merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya telah dijemput Illahi dalam tempoh 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal.
Sungguhpun agak pahit untuk ditelan, Mohamad Amirul Akmal dilihat tenang dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.
Lelaki Ini Redha Walaupun Pahit
“Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.
“Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya,” katanya.
Kisah sedih pasangan ini tular di media sosial apabila dikongsikan oleh warganet yang rata-rata menitipkan doa kepada arwah dan kata-kata semangat kepada Mohamad Amirul Akmal.
Arwah Sesak Nafas
Menurutnya, pada waktu pagi dia lihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur ketika itu.
Mohamad Amirul Akmal berkata, selepas itu, dia dan keluarga dikejutkan apabila melihat arwah mengalami sesak nafas.
“Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.
“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.
Mohamad Amirul Akmal yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan arwah meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.
Dia berkata, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.
Mohamad Amirul Akmal berkata, arwah sering menitipkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Mohamad Amirul Akmal terus kuat dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah.