Pasangan pelakon jelita dan kacak, Fazura & Fattah Amin begitu teruja menjalani ibadah Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini dengan kehadiran puteri sulung kesayangan, Nur Fatima Aisya.
Selepas lebih tiga tahun membina mahligai apatah lagi dengan kurniaan Nur Fatima ternyata menambahkan keceriaan hidup pasangan ini.
Fazura & Fatttah Sambut Ramadan & Syawal Penuh Ceria
Akui Fazura Nur Fatima ternyata membawa kebahagiaan dan gelagatnya membawa cahaya keceriaan dalam keluarga kecil mereka.
“Sepanjang Ramadan ini saya banyak menghabiskan masa di rumah walaupun terikat dengan banyak kerja di luar yang memerlukan komitmen daripada saya.
“Anak kami, Fatima kebetulan baru sahaja tumbuh gigi, jadi saya teruja layan karenah dia yang sejak akhir-akhir ini yang menjadi lebih manja dan mahukan perhatian. Malah Fattah juga walaupun sibuk dengan penggambaran namun dia sentiasa cuba untuk balik berbuka puasa bersama saya di rumah,” ujar Fazura seperti mana di petik menerusi Sinar Plus.
Utamakan Kesederhanaan
Menyentuh tentang sambutan Syawal pertama bersama puteri kesayangan, akui Fazura dia dan suami mengutamakan kesederhanaan dalam apa sahaja dilakukan.
“Memandangkan ini adalah raya pertama buat Fatima, jujurnya saya dan suami memang teruja nak raikan Syawal bersamanya.
Ads
“Dari segi persiapan kami hanya biasa-biasa sahaja dan lebih kepada anak. Untuk kami sendiri, kalau ikutkan tak buat baju raya pun tak apa.
“Alhamdulillah rezeki Fatima bila kawan-kawan pereka fesyen saya pun teruja nak tengok dia beraya bila masing-masing ada buat baju untuk dia,” ujarnya.
Sedikit Terkilan Tidak Dapat Bawa Fatima Beraya Di Kampung
Memadangkan larangan rentas negeri yang masih dikuatkuasakan berikutan pandemik Covid-19. Fazura akui dia sedikit terkilan tidak dapat membawa Fatima pulang untuk beraya di kampungnya di Pekan, Pahang.
“Bila tak dapat balik kampung, memang agak terkilan juga kerana saya dan suami rancang nak bawa jumpa neneknya dan saudara-mara di kampung. Malah nenek sebelah bapa suami juga tidak sempat bertemu Fatima kerana baru sahaja meninggal baru-baru ini.
“Saya juga rindu nak ziarah kubur arwah ayah dan jalani rutin yang selalu kita lakukan, tetapi melihatkan keadaan sekarang saya rasa larangan rentas negeri itu adalah satu keputusan yang terbaik buat semua.
“Bagi saya dan suami, di manapun kami beraya, kami tetap gembira kerana ini adalah raya pertama diraikan bersama anak,” kata Fazura yang juga merupakan duta jenama Bata bersama suaminya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Gambaran ibu tiri kejam yang sering diperkatakan dalam masyarakat sememangnya betul-betul wujud. Sepatutnya seorang ibu tiri melindungi anaknya walaupun bukan dari darah dagingnya namun tindakan yang diperlakukan ini cukup melampaui batas.
Seorang wanita telah memanaskan pisau terlebih dahulu kemudian tekap di lengan mangsa dan hari ini ibu tiri aniaya anak tirinya telah dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Ibu Tiri Dihukum Penjara 24 Bulan
Seorang wanita dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya dan mencederakan anak tirinya.
Tertuduh, Khairunnisa Abdullah, 24, didakwa berbuat demikian terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal di rumahnya di Muadzam Shah pada 20 September lalu.
Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintahkan tertuduh melaksanakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama tiga tahun, khidmat masyarakat selama 120 jam dan melapor diri di Balai Polis Chenderawasih sebulan sekali.
Ibu Tiri Turut Dikenakan Hukuman Tambahan
“Hukuman tambahan itu dikenakan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara selama 24 bulan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh meletakkan pisau yang dipanaskan di atas lengan kanan mangsa sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal pada 3 petang, 20 September lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi.
Mohd Faizal Hiqram meminta mahkamah meringankan hukuman dan mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh kerana kesalahan kali pertama dan sudah insaf.
Bagaimanapun, Sharifah Nurul Syuhada meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana sepatutnya melindungi kanak-kanak berkenaan bukan dengan cara menganiaya dan mencederakan.
“Ia kesalahan serius apabila tertuduh sanggup mengambil dan memanaskan pisau terlebih dahulu sebelum menekap di lengan kanan mangsa,” katanya.
MW: Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua mak-mak di luar sana. Tidak kiralah anak tiri atau anak kandung, sepatutnya seorang ibu menyayangi anaknya seadanya. Diharap ibu ini menyesal atas perbuatannya.
Muhammad Bilal Putera Sulung Neelofa dan Haris, selebriti dan juga usahawan wanita terkenal Neelofa telahpun selamat melahirkan anak sulung lelaki pada 29 Januari lalu.
Putera sulung yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu negara itu diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris. Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan suaminya, Haris.
Muhammad Bilal Putera Sulung Neelofa & Haris
“Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris” begitulah entri yang ditulis menerusi akaun Facebook Neelofa. Sekaligus mengumumkan nama anak yang baru dilahirkan.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut memberikan ucapan tahniah kepada Neelofa dan Haris. Malah ada yang mendoakan agar anak yang baru dilahirkan menjadi anak yang soleh.
“Alhamdulillah syukur ya Allah, Tahniah ayah dan ibu. Moga sihat walafiat ibu dan anak.Moga jadi anak yang soleh.Aamiin.” komen Khairiyah Mim Kongli.
Haris Mohon Doakan Kesejahteraan Isteri & Zuriat
Haris menerusi kenyataan media telah berkongsi berita gembira tersebut dan memohon agar dapat menitipkan doa bagi kesejahteraan isteri dan zuriatnya.
“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
Rasa Sangat Bersyukur
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara. Terima kasih,” tulis Haris.
Mingguan Wanita: MW doakan Neelofa dan anak diberikan kesihatan yang baik. Selamat berpantang Neelofa. Tak sabar nak tatap wajah anak sulung pasangan popular ini!
Fenomena iklan raya kini menjadi satu elemen penting dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri, bukan sekadar sebagai medium promosi tetapi juga sebagai alat penceritaan yang menyentuh emosi.
Setiap tahun, masyarakat menantikan kemunculan iklan raya daripada jenama-jenama besar yang lazimnya menyampaikan mesej kekeluargaan, nilai murni, dan semangat perpaduan. Iklan-iklan ini berjaya mencetuskan perasaan nostalgia, mengingatkan tentang kampung halaman, serta menzahirkan kepentingan hubungan sesama insan.
Secara tidak langsung, ia membentuk mood perayaan dan menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang dalam menghayati makna sebenar Aidilfitri.
Iklan Hari Raya yang dijayakan oleh pelakon berbakat, Amir Nafis, Pekin Ibrahim dan Mona Allen meraih perhatian warganet kerana mengangkat kisah anak yang trauma kerana perceraian ibu bapa.
Raih Komen Positif
Meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok, iklan Raya Bateriku yang berjudul Battery Killer Raya ini dikongsikan semula oleh pengguna aplikasi X dan mendapat komen positif.
Menjadi episod terakhir kepada siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar Battery Killer, watak Syawal yang dilakonkan oleh Amir Nafis.
Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang ‘membunuh’ bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan, berpunca daripada trauma masa kecilnya.
Dalam iklan ini, Syawal mengalami trauma selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar teruk ketika perjalanan pulang ke kampung pada musim Hari Raya 15 tahun lalu.
Punca pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian. Kesan daripada insiden itu, Syawal membesar dengan perasaan dendam dan memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka.
Iklan ini turut memaparkan kesan jangka panjang perceraian terhadap anak-anak. Syawal yang kini dewasa sering merasa kesepian setiap kali musim perayaan kerana keluarganya sudah tidak lagi lengkap.
Babak Penuh Emosi
Namun, dalam satu babak emosional, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari pertengkaran mereka telah memberikan kesan mendalam kepada Syawal.
Di platform media sosial, ramai yang memuji keberanian iklan Raya ini dalam mengangkat isu serius seperti kesan perceraian dan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.
Selain itu, ramai yang turut mengapresiasi kritikan sosial yang disampaikan dalam iklan ini. Rata-rata warganet berpendapat pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan kesan trauma yang berkekalan.
Mereka menekankan walaupun isu bateri kereta kelihatan remeh, ia boleh menjadi punca konflik besar dalam keluarga, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.
Ada juga yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan influencer, di mana anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila kisah peribadi ibu bapa dikongsikan di media sosial.
Selain itu, ramai yang melihat iklan ini sebagai satu peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak. Mereka menegaskan anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, seperti mana orang dewasa mahu dihormati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!