Fazura & Fattah tak rancang tambah cahaya mata dalam masa terdekat. Pasangan pelakon popular Nur Fazura dan Fattah Amin ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis tayangan perdana filem lakonan mereka berjudul Pendekar Awang Darah: Indera Gajah akui setakat ini tiada perancangan untuk menambah cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
Pasangan itu juga menerangkan mereka sepakat mengenai hal tersebut dek kerana komitmen terhadap kerja dan enggan mengganggu sebarang tawaran kontrak.
“Buat masa ini memang tiada berita mengenai kehamilan yang ingin dikongsi.
“Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukkan kami.
“Kalau boleh tak naklah hamil dalam keadaan masih bekerja.
“Lagipun kami perlu patuh dengan kontrak yabg sudah ditandatangani.
“Saya tidak mahu disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas,” ungkap Fazura ketika ditanya tentang perancangan anak kedua.
Fazura yang juga ibu kepada Nur Fatima Aisya, 3 tahun ini juga menerangkan sepanjang menjayakan watak sebagai Ketua Srikandi bernama Sayang yang mahir berkuda dan memanah dirinya sangat berhati-hati kerana boleh menjejaskan kesihatan wanita.
Dalam filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu Fazura memegang watak sebagai Sayang yang juga isteri kepada Awang lakonan Fattah.
“Memang setiap hari saya berdoa semoga tak jatuh bila menunggang kuda sebab tidak mahu organ peranakan terjejas.
“Takut tak dapat nak menimang cahaya mata lagi.
“Syukur tiada sebarang masalah di lokasi.
“Selain pernah belajar menunggang kuda masa kecil, saya juga ada keserasian dengan kuda yang ditunggang itu,” kongsinya lagi.
Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal ditayangkan bermula 11 Januari. Selain Fazura, Fattah, filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Nam Ron, Heliza Helmi dan Amerul Affendi.
Terang Fazura lagi dirinya suka pada watak yang dibawa kerana memperjuangkan kisah wanita.
“Saya suka dengan watak dalam filem ini.
“Saya juga seorang yang memperjuangkan kisah wanita.
“Pastinya seronok membawakan watak sebegini,” jelasnya.
Baca Disini : Pesanan Fazura Wanita Tolonglah! Sayangi dan Hargai Diri Sendiri.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.