Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk meraikan hari kemenangan tersebut bersama keluarga tersayang. Namun begitu, bagi yang sudah tidak mempunyai ibu bapa, perasaan sayu sudah pasti menyelubungi diri dan memori meraikan sambutan Aidilfitri bersama mereka akan mula bersarang dibenak.
Itulah gambaran perasaan yang dialami adik-beradik pelakon, Fauziah dan Fazlina Datuk Ahmad Daud yang menyambut hari raya tanpa kehadiran ibu dan ayah. Kedua-dua anak perempuan Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarhamah Datin Saadiah Baharom berkongsi momen indah menyambut Aidilfitri menerusi sesi eksklsuif Sembang Wanita Xtra bersama Mingguan Wanita baru-baru ini.
Riuh rendah Restoran Lidah Ponorogo dengan celoteh dua beradik ini yang mengimbas kemeriahan sambutan Aidilfitri mereka di zaman kanak-kanak bersama keluarga tersayang. Kemeriahan itu jelas terasa suram selepas kematian ayah dan ibu mereka, Datuk Ahmad Daud serta Datin Saadiah Baharom tahun 2002 dan 2005.
“Sebelum ini ada arwah ibu dan ayah serta arwah mak mentua jadi kemeriahan itu jelas terasa seronoknya. Kita dapat berkumpul dengan adik-beradik dan sebagainya. Tahun lalu, saya kehilangan ibu mentua.
Jadi kemeriahan itu menjadi semakin berkurangan. Tetapi saya masih mempunyai bapa mentua saya untuk menyambut hari raya bersama,” ujar Fazlina yang berkongsi momen indah bersama pembaca Mingguan Wanita.
Dalam bercerita mengenai sambutan Aidilfitri Fazlina Ahmad Daud atau mesra di sapa Baby, Fauziah sempat berseloroh mengenai sambutan Aidilfitri dirinya yang berseorangan. Lebih mencuit hati min, bila Ogy memaklumkan tiada siapa yang mahu mengambil dirinya sebagai menantu.
“Kalau saya tak siapa yang nak ambil sebagai menantu jadi saya tak ada keluarga mentua dan ipar-duai.
Eh tak apalah, jangan ganggu kehidupanku wahai jejaka-jejaka di luar sana.”- Fauziah Ahmad Daud
Bila bercerita tentang sambutan Aidilfitri, Ogy berkata dirinya merupakan seorang yang simple apabila menyambut Aidilfitri.
“Bezanya beraya bila ada ibu dan ayah tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bila suatu ketika, saya bergelar isteri dan beraya dengan suami, saya tak terasa sangat.
Saya tak terasa sangat beraya tanpa suami kerana saya ada anak. Allah gantikan dengan anak,” ujar Ogy yang pernah merasai pengalaman menyambut hari raya secara berseorangan setahun selepas kematian ibunda tercinta.
“Tahun 2002 merupakan tahun saya banyak menerima ujian dan dugaannya. Pada tahun tersebut arwah ayah meninggal dunia. Setahun kemudiannya saya melalui proses perceraian. Manakala pada tahun 2005, ibu pula meninggal dunia,” ujar Ogy lagi.
Tambah Ogy lagi, pemergian sepupunya, Allahyarham Bad Latiff juga turut memberi kesan terhadap dirinya di mana Allah mengujinya dengan pelbagai dugaan.
“Ketika itu saya rasa kosong. Saya tak alami depression, anxiety dan sebagainya tetapi saya rasa lost kerana saya rapat dengan mereka. Saya tidak merasai 1 Syawal ketika itu. Saya banyak berkunjung ke Mekah untuk mencari ketenangan. Sehinggalah Allah anugerahkan anak, Nur Aminah Aishah kepada saya,” ujar Ogy yang bercadang untuk bercuti bersama puterinya itu ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menyentuh mengenai nostalgia Raya, kedua-dua beradik ini turut berkongsi kemeriahan menyambut Aidilfitri bersama keluarga di mana momen tersebut sememangnya menyeronokkan dan memori indah untuk mereka berdua.
“Malam raya, kami semua kena tolong kemas rumah dan memasak. Kakak department masak, abang tukang langsir, manakala saya ditugaskan untuk isi duit raya dan potong-potong bawang. Tetapi, bila arwah mak masak, kami akan menolong apa yang patut.
Antara menu wajib kami sekeluarga ialah sambil tumis sotong kering. Kami dah terikut dengan cara memasak arwah mak,” ujar Fazlina mengimbas memori.
Sememangnya seronok mendengar dua beradik ini mengimbas memori beraya bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarhamah Datin Saadiah Baharom. Untuk melihat gelagat mereka berdua, layari Youtube Minguan Wanita untuk video penuh!
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”
Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red
Berkawan Baik Dengan Madu, Adira Akui Suami Kena Main Peranan Penting Serta Perlu Adil
Datuk Red Pertahankan Rumah Tangga, Masih Sayangkan Perkahwinan Dengan Adira