Fazley tak mahu ulangi perasaan tunggu anak ‘meninggal dunia’. Hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila mengetahui anak yang dilahirkan mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.
Begitulah luahan penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang tidak mahu mengulangi lagi perasaan menanti anak yang menanti waktu ‘meninggal dunia’.
Fazley dan isterinya, Azrene Ahmad telah mendirikan perkahwinan selama 16 tahun.
Seperti mana yang dilaporkan, Fazley begitu sedih mengimbau kembali kisah sedih mengenai anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom ‘squeaky baby’ semenjak dilahirkan.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini dirinya pernah diberitahu oleh doktor yang anak kesayangannya itu mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.
“Anak kedua saya banyak ujian. Ketika isteri sedang hamil anak kedua, dia hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam perkara lagi.
“Bila dia dilahirkan sebulan setengah daripada masa yang sepatutnya, keadaan dia kurus dan tak cukup nutrisi. Bila pemeriksaan dijalankan, Fieradz ada lubang berdekatan dengan leher dan dia mempunyai sindrom squeaky baby.
“Apabila Fieradz bernafas, ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor pernah cakap, umurnya mungkin sampai lima tahun, jika dia masih hidup sekali pun, kita kena masukkan tiub di tekak Fieradz.
“Alhamdulillah, kini dia sudah berusia 12 tahun dan kami dapat melalui segala rintangan bersama,” jelas Fazley seperti mana dilaporkan menerusi portal Gempak.
Bapa penyayang ini juga akui pengalaman begini ramai yang tidak tahu.
“Jika dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Selaku ibu bapa, menanti masa untuk anak itu ‘pergi’ seperti yang dikatakan doktor adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.
“Saya sangat bersyukur, Fieradz boleh bermain bola, skateboard, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar.
“Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi,” kongsinya.
Baca Disini : ARWAH AYAH LARANG DATO’ FAZLEY CANANG KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA DI SOSIAL MEDIA
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Gempak
Sumber Foto : Instagram Datuk Fazley Yaakob
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’