Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri. Tahniah diucapkan buat pasangan popular Fizo Omar dan isterinya Fazeera yang baru saja menyambut kelahiran anak kedua mereka petang tadi.
Untuk pengetahuan Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri
Seperti mana perkongsian di laman sosial, Facebook Fizo meluahkan rasa syukur ke atas kurniaan anak perempuan ketiganya.
Pada hari Jumaat, anak pasangan ini telah selamat menjengah dunia. Paling terharu apabila Fizo memberitahu dia berpeluang menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim isterinya.
Ads
“Syukur Alhamdulillah
Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.
Pengalaman yg sgt berharga dlm hidup saya apabila diberi peluang utk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata.
Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yg luar biasa ini dan layanan yg sgt baik,” kongsi Fizo yang turut memberitahu isterinya bersalin di ANDORRA Women & Children Hospital.
Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, selebriti versatil, Acong Sweetchild mencari inisiatif lain demi kelangsungan hidup.
Akui pendapatannya terjejas dan wang simpanan semakin berkurangan disebabkan kekangan untuk keluar bekerja berikutan penyanyi, pelakon dan pelawak ini mendapat idea menjual pai keju.
Acong Sweetchild Tak Sangka Idea Pai Keju Bantu Tambah Pendapatan
Idea menghasilkan pai keju untuk dijual secara dalam talian oleh isterinya, Marya Zuraida, ternyata memberi harapan baharu kepada vokalis Sweetchild itu untuk menambah pendapatan.
Menurut Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat, 48, dia tidak menyangka pai keju pelbagai perisa hasil air tangan isterinya itu, mendapat sambutan ramai.
“Saya berterima kasih kepada isteri kerana sama-sama cuba mencari jalan keluar daripada masalah kewangan ketika PKP kali ini.
“Kami berdua sering berbincang kerana sebahagian besar perbelanjaan harian kini menggunakan duit simpanan yang semakin susut.
“Apabila isteri bersemangat cuba menjual pai keju yang dipelajari daripada adik angkatnya, saya terus bersetuju dan alhamdulillah ia mendapat sambutan di luar jangkaan kami,” ujarnya yang turut menghantar sendiri barang jualan kepada pembeli seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Kekok & Bimbang Jualan Tidak Dapat Perhatian
Acong turut menerangkan dia tidak pernah malu berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.
“Sejak dulu lagi, saya tak pernah malu pun berniaga kecil-kecilan untuk mencari pendapatan tambahan demi keluarga.
“Cuma bezanya dulu saya berniaga secara fizikal dengan menghadiri pelbagai ekspo jualan sehingga ke Singapura untuk menjual Kerepek Pisang Tanduk dan Cendol Santan Sawit yang diusahakan bersama isteri dan ibu.
“Ketika itu bila kita buka gerai jualan, memang orang terus datang serbu, tapi dalam talian situasinya berbeza. Jadi saya kena biasakan diri menggunakan pendekatan berbeza menarik pelanggan,” kata Acong yang menggunakan platform Instagram untuk mempromosikan produk jualannya.
Teruskan Perniagaan Walaupun PKP Berakhir
Meluahkan rasa syukur apabila usaha tersebut membuahkan hasil, Acong berhasrat meneruskan perniagaan tersebut meskipun PKP berakhir nanti.
“Dua PKP terdahulu saya hanya berharap kepada duit simpanan untuk menampung kehidupan. Apabila memasuki PKP ketiga, saya mula bimbang sekiranya keadaan itu berterusan, kami akan berdepan masalah kewangan yang teruk.
“Jadi saya kira perniagaan ini adalah permulaan yang baik untuk kami. Insya-ALLAH saya berhasrat untuk terus mengembangkan perniagaan ini meskipun akan kembali sibuk dengan kerja-kerja seni selepas ini.
“Sokongan peminat dan pelanggan terhadap jualan pai keju kami cukup dihargai, sekali gus memberi semangat baharu kepada saya untuk terus bekerja keras pada masa akan datang,” ungkapnya.
Sumber Foto: Instagram Acong Sweetchild
Sumber: SinarPlus
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Mak ayah yang ada anak kecil tentu faham akan struggle nya nak urus anak-anak. Baik nak bawa pergi shopping mall pun kena ikut mood si kecil tu.
Tak boleh dah ikut keras kepala mak ayah sendiri. Perkongsian pengalaman oleh Dr Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali dengan nama Dr Say ini menjelaskan segalanya.
Bila Bawa Si Kecil Keluar.. Bertenanglah!
One thing yang saya belajar bila bawak si kecil keluar is ALWAYS to take it easy. Kalau dulu boleh ambitious nak melompat-lompat shopping mall, sekarang ohooo sayonara goodbye nak buat camtu.
Dan bila keluar dengan si kecil mindset kena its all about si kecil & bley ucap sayonara goodbye to “all about me”. Maka tak boleh ambitious nak setelkan semua shopping list tu sangat.
Dalam erti kata lain bila keluar dengan si kecil kena keep it short & simple.
Sebab Tu Kena Ada ‘Me Time’
That is why we need our “me time” to settle things up & to rest our mind + body. Me time ni boleh buat masa si kecil kat daycare ka, masa dia tidoq ka, mintak tolong si suami jaga jap ka (tapi jangan lelama sebab lelaki ni ketahanan mental kurang bila tang duduk lama-lama dengan si kecil ahaha).
Atau macam saya my precious me time ialah bila saya sakit perut. Time ni la nak post story, karang cerpen ig post, reply whatsapp, emel & buat invoice bagai sebab masa ni lah takdak siapa boleh kacau u baik si kecil atau bini ahaha (yang ada si kecil pasti feel apa saya sedang feel)
Tapi sekiranya anak anda well behave yang membenarkan anda lompat-lompat shopping mall, membenarkan anda tengok movie lepas tu boleh sambung shopping sakan kat Sogo then mohon kongsi petua di bawah macam mana anak anda padu sangat tu peeps.
Sedapnya resipi campak-campak udang masak berempah ni. Kalau suka berkuah mak-mak boleh tambah air sikit. Bukan apa menu udang ni memang boleh pelbagai ikut citarasa.Jika selalu buat resipi yang sama je, boleh cuba kelainan ikut resipi ni. Memang mudah, campak-campak je. Makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi daripada Puan Natasha Qalisyaini sebagai rujukan;
Udang masak berempah, Resepi campak-campak.
Bahan-Bahan:
1/2 Kilo Udang
2 sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan
2 sudu besar serbuk Cili
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Kicap ABC
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit garam &perencah secukup rasa
1@2 tangkai Daun kari
Bawang putih & bawang merah (dihiris)
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan rempah dan sos di atas.Masak sampai pecah minyak dan tambah air sikit-sikit je.
2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang, garam dan serbuk secukup rasa.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...