Fattah sering kongsi rindu anak & isteri, Pekin Ibrahim kongsi “bila masuk waktu dia minta nak solat terus. Sejak semalam kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura menarik perhatian peminat dan orang ramai.

Ramai yang dilihat #gengfattah dan rata-rata bersimpati dengan nasib rumahtangganya yang dibina selama 7 tahun musnah selepas bekas isterinya, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai.

Fattah Sering Kongsi Rindu Anak & Isteri

Dihadapan wartawan semalam, Fazura berkongsi antara tiga sebab rumahtangga mereka runtuh kerana Fattah Amin gagal menunaikan nafkah, berlaku curang selain tiada persefahaman dalam rumahtangga. Bahkan isu pemberian kereta Range Roger, duit raya anak, rumah dan lain-lain lagi dikongsikan usahawan ini hingga ia mendatangkan simpati terhadap Fattah.

Semalam, pengarah yang juga pelakon Pekin Ibrahim turut berkongsi bahawa sepanjang mengenali Fattah dan menjalani penggambaran filem bersamanya, jelasnya menuduh Fattah ada perempuan lain adalah satu tuduhan agak berat.

“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat .

Dalam pada itu, dirinya berkongsi bahawa Fattah juga dilihat agak mengutamakan ibadah solat hingga masuk saja waktu, Fattah minta rehat seketika untuk bersolat.Jauh sekali dilihat menggatal atau bercerita hal wanita.

Ads

Pekin Ibrahim Kongsi “Bila Masuk Waktu Dia Minta Nak Solat Terus

“Semasa penggambaran bersamanya, Fattah dilihat sering berkongsi perasaan rindu pada anak dan isterinya. Itu saja yang terkeluar dari mulutnya.

“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain. Kami menjalani pengambaran lama,  bersama pelakon dari indonesia. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat, hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan.

Dalam pada itu, Pekin akui mengenali Fattah agak lama yang mana Fattah adalah rakan sekelas semasa di UUM dahulu.

Ads

“Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik. Ketika saat-saat rumahtangganya tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem.

“Latihan & pengambaran agak lama. Kami luang masa bersama. Tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya. Tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau.

“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau. Hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ni. Mintak jauh hal-hal macam ni. Tapi aku team Fattah. Korang? soalnya yang mana perkongsiannya mendapat perhatian ramai.

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Fattah Nafi Tak Beri Nafkah Anak Atau Berlaku Curang, Akui Wujud Tak Sefahaman Dalam Perkahwinan

Fattah Sugul, Fazura Menangis Keluar Mahkamah Usai Sah Cerai. 3 Sebab Cerai Jadi Asbab

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI