Kontroversi pernikahan kedua pendakwah, Da’i Nik Farhan di hadapan Kaabah sampai ke kemuncaknya. Apabila tular sejak semalam, pendedahan peguam tentang lafaz cerai Da’i Nik Farhan menerusi voice note ke atas isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris. Dengan alasan penceraian isterinya itu telah nusyuz dan memfitnah suaminya.
Menerusi Mstar, Da’i Nik Farhan atau nama sebenarnya Nik Farhan Nik Mohamad, 29 memaklumkan menceraikan isteri pertamanya, Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApps pada tengah hari Selasa.
Terkini, menerusi laman facebooknya, Fatin yang ketika ini sedang sarat hamil membuat penjelasan tentang dakwaan suami alasan penceraian ke atas dirinya, yang dikatakan telah nusyuz dan memfitnah suami.
Tulisnya,
JANGAN SEGERA MENGHUKUM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
1. Kita merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan dari Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
2. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa pada 19 February 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.
3. Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang juga bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ke-3 dalam hidup keluarga kami.
Ads
4. Tulisan saya kali ini bukan untuk menyatakan perasaan saya atau untuk menagih simpati sesiapa kerana saya sentiasa bergantung harap pada Allah dan keluarga saya yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya. Namun, tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.
5. Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingkar atau menderharkai suaminya tanpa sebab munasabah. Dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezaliman terhadap isteri. Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz.
Amat Berat Dakwaan Nusyuz, Mencemar Maruah Seorang Wanita
6. Amat berat untuk saya menerima dakwaan seperti ini begitu juga ahli keluarga yang lain kerana ianya mencemar maruah seorang wanita.
7. Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam bagi mensabitkan seorang isteri itu nusyuz. Biarlah pihak berautoriti yang mengadili. Mahkamah akan mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Bukan hanya satu pihak membuat dakwaan dan terus membuat hukuman sesuka hati.
8. Untuk makluman, bagi tuntutan sabitan nusyuz yang difailkan dengan alasan isteri tidak mentaati suami, pihak mahkamah terlebih dahulu akan mengeluarkan perintah kembali taat dalam tempoh yang sesuai kepada pihak isteri. Jika tempoh masa yang diberikan itu berakhir tetapi isteri masih tidak menuruti perintah mahkamah itu, barulah mahkamah mengistiharkan atau mensabitkan isteri itu nusyuz.
9. Amat malang bagi diri saya, kerana saya menerima hukuman “nusyuz” ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respon masyarakat yang pelbagai.
Ads
10. Soal saya diceraikan, itu bukanlah perkara yang ingin saya fokuskan kerana sudah takdir jodoh kami sampai di sini. Namun, saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga diceraikan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya.
Laporan Polis Bukan Untuk Menghukum..
11. Berkenaan report polis yang dibuat oleh saya atas nasihat ahli keluarga biarlah pihak polis yang menguruskannya. Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya. Merasa diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan dari keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya.
12. Saya sedar, keadaan berlaku ini banyak mencalar imej saya dan bekas suami serta ahli keluarga. Namun, kami perlu menerimanya sebagai ujian dari Allah ini. Siapakah yang berkehendak untuk menjadi perhatian masyarakat dalam hal seperti ini. Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlalu dan yang akan datang itulah perkara yang perlu saya fokuskan kerana hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.
13. Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya. Biarlah pihak keluarga kami uruskan dengan tenang tanpa mendapat perhatian media dan dari semua pihak. Bagi kami masa untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Ambillah Kisah Ini Untuk Pengajaran, Bukan Untuk Diserang Atau Dihina
14. Kes yang berlaku ini, tidaklah menghilangkan kebaikan bekas suami saya sebelum ini. Saya tidak mahu memburukkan atau menyalahkan sesiapa. Hal berlaku ini adalah ujian buat diri saya dan keluarga saya. InshaaAllah kami akan harungi dengan bergantung penuh pengharapan kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihi.
Ads
15. Nasihat saya buat para isteri di luar sana, peliharalah keluarga kita dengan berbekalkan iman dan taqwa. Hanya dengan berbekalkan iman dan taqwa Allah akan memelihara bahtera rumahtangga kita agar sentiasa berada dalam keadaan mawaddah, sakinah dan saadah. Mungkin ujian saya hadapi ini untuk saya fokus mengkuhkan iman dan taqwa dalam diri saya.
16. Ambillah kisah saya ini untuk dijadikan pengajaran bukan untuk diserang atau dihina dan sebagainya. Hanya pada Allah saya bertawakal dan inshaaAllah akan terus berusaha mempertahankan hak saya.
Yang Benar, (Fatin Nurul Ain ) 4 December 2019
Minggu lalu, Da’i Nik Farhan berkongsi gambar pernikahannya dengan seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.
Kisahnya menjadi tular apabila seorang rakan baik isterinya mendedahkan perkahwinan tersebut dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan isteri yang sedang hamil.
Bagaimana pun dakwaan itu dinafikan Da’i Nik Farhan malah mengakui isteri pertama dan keluarga sedia maklum dengan pernikahan keduanya.
Katanya lagi, sebelum ini seramai 18 wanita mengajaknya berkahwin, namun wanita ke-19 inilah yang berjaya membuka pintu hatinya untuk berkahwin kali kedua.
Kelahiran anak-anak merupakan satu anugerah bagi mak ayah tak kiralah baik dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan. Terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran, kerana yang Maha Esa dah aturkan yang terbaik buat kita.Apa yang penting anak yang dilahirkan sihat, normal dan dapat membesar seperti anak-anak lain.
Alhamdulillah berita gembira, kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, pelawak terkenal Nabil Ahmad,35 dan isteri Zira Ayub,30 selamat menimang cahaya mata ke-3.
Perkara tersebut itu diumumkan oleh pihak MeleTop di laman Instagram. Difahamkan bayi dan ibu kini berada dalam keadaan stabil, hanya menunggu untuk dibawa pulang ke rumah.
Harap Anak Lelaki
Terdahulu, pelawak tersebut mengambil keputusan untuk tidak mengetahui jantina anaknya ketika di dalam kandungan kerana mahukan elemen kejutan. Nabil juga pernah menyuarakan hasrat untuk memperolehi anak lelaki selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun. Malah secara bergurau mahukan sekurang-kurangnya 8 orang cahaya mata.
Namun demikian, walaupun dikurniakan anak perempuan lagi, jelas kelihatan rasa kesyukuran dan kegembiraan di wajah pengacara Meletop ini dengan kurniaan cahaya mata baru yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.Malah lengkap 3 orang anak dara Nabil dan isteri.
Umum Nama Anak Di Meletop
Difahamkan juga, Nabil akan membuat pengumuman nama anak ketiganya secara eksklusif di set MeleTop untuk episod minggu hadapan.
Dedah Wajah Comel Anak
Sementara itu, tidak seperti kebanyakan pasangan selebriti, tidak berkongsi gambar bayi baru lahir, Nabil dan isteri terbuka mendedahkan wajah comel, puteri ketiga yang baru dilahirkan di laman Instagram. Ramai yang memuji kecomelan anak ketiga nabil ini dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak mereka.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Nabil sekeluarga, semoga kelahiran bayi comel ini rezeki bertambah berlipat kali ganda, membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah menyenangkan hati kedua mak ayah.Walaupun tak dapat anak lelaki, yang penting baby sihat!
Baby boy “Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah” Stacy dan Akim pilih nama ringkas.
Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Stacy Anam dan Akim Ahmad yang menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi lelaki.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Eshaal, 5, dan seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 10.
Penyanyi Stacy selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor, pada jam 10.19, 6 Ogos 2022.
Baby Boy “Assalamualaikum Isa”
Menerusi perkongsian terbaru menerusi akaun rasmi Instagram Stacy, penyanyi itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan anak lelaki yang baru dilahirkan bernama Isa.
“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang wish, starring mami sudah tiba dan yang paling over excited dan risau of coz @beyshal.
“Tapi untung sudah besar-Besar anak ramailah dapat tolong2 mami especially diorang punya father juga lah thank you Dady @akimahmad. Mau minta tulung ambil pampers pun berlumba semua hahaha lambat sikit habis kena timbak sisis dia,” tulis Stacy.
Akim pula menerangkan mengenai nama anak dia memilih Isa.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella.” Katanya menerusi sebuah portal berita online.
“Terima Kasih Wahai Isteri”
Manakala menerusi perkongsian Akim juga turut memuat naik foto pertama cahaya mata keduanya itu. Malah Akim juga menerangkan dia berasa sangat gembira kerana berpeluang menyaksikan proses kelahiran anak lelakinya itu.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu,” kongsi Akim.
Bukan itu saja Akim juga meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran Isa.
“Segala pujian selayaknya untuk-MU ya ALLAH. Pada jam 10.19 pagi, 6 ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah, isteriku tercinta Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami.
Kehilangan 189 penumpang dan anak kapal pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Karawang membawa berita duka kepada seluruh rakyat Indonesia, malah dunia menangisi pemergian mangsa.
Penyanyi dan menulis lirik terkenal Indonesia, Melly Goeslaw turut merasai kesedihannya.
Dalam catatan penuh makna di dalam instagram miliknya, isteri Anto Hoed ini juga menyatakan kedukaannya yang amat dalam sekali.
“إنَّا لله وإنا اليه راجعون
رحمه الله رحمة واسعة وأسكنه فسيح جناته انه سميع عليم”
“Turut berduka yang sedalam dalamnya atas peristiwa yang menimpa pesawat Lion Air.”
“Semoga Allah Syahidkan seluruh yang wafat dalam peristiwa ini.” Doanya dititipkan untuk mangsa yang terkorban dalam nahas paling menyayat hati ini.
Lebih sayu, di dalam pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu terdapatnya seorang kanak-kanak dan dua orang bayi.
Hentikan Sebar Berita, Gambar Palsu Tragedi Pesawat Lion Air
Tidak cukup dengan berita pilu itu, ramai juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyebarkan berita mahupun gambar-gambar palsu berkenaan tragedi itu di laman sosial.
Doa Melly diungkap dalam statusnya, “Dan kepada semua keluarga korban diberi lautan sabar dan ikhlas.”
“Mari kita semua menghargai dengan tidak memposting atau menyebarkan berita terkait dan foto terkait yang belum tentu valid.”
Sungguhlah seperti yang dimaklumkan oleh penyanyi ini, sesungguhnya berita-berita palsu atau tidak sahih ini lagi menambah luka di jiwa waris mangsa.
MW: Seharusnya belajarlah untuk jadi pengguna laman sosial yang lebih bijak, matang dan bertanggungjawab.