Hiburan

Fasih Berbahasa Inggeris, Kemunculan Anak Misha Omar Di ‘Showcase’ Jadi Bualan.

Share

Kemunculan anak lelaki Misha Omar, Muhammad Idris Ezzwa  tampil memperkenalkan ibunya pada Misha Omar Back To Basic Showcase, pada Sabtu lalu tular di media sosial sehingga ke hari ini.

Mana tidaknya, ramai memuji kepetahannya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris   pada usia lapan tahun.

Misha  Omar sendiri jarang mendedahkan anak-anaknya kepada umum  di media sosial miliknya. Malah, posting di Mingguan Wanita, terdapat segelintir peminat yang teruja mengetahui penyanyi berusia 43 tahun ini mempunyai anak. Selain Idris, Misha turut memiliki seorang anak angkat lelaki, Adam yang kini berusia 17 tahun.

Menerusi segmen pembukaan showcase, Idris tampil bersahaja dengan kemeja putih telah menerima tepukan gemuruh hampir 2,000 peminat yang memenuhi Jio Space, Petaling Jaya.

Kongsi Momen Bersama Peminat

Bercerita mengenai showcase, penyanyi yang sudah 22 tahun bergelar anak seni telah menyampaikan lagu-lagu hitsnya selain menyanyikan beberapa lagu daripada penyanyi lain termasuk artis antarabangsa.

Persembahan Luar Biasa

Persembahan Misha dimulakan dengan  beberapa buah lagu daripada album terdahulu antaranya Cinta Adam dan Hawa, Sembunyi, Tiada Ku Mengerti dan Dedebu Cinta.

Persembahan pada  malam itu diteruskan dengan lagu-lagu hits antaranya termasuklah Pulangkan, Ku Seru, Masihkah Ada Rasa ituBunga-Bunga CintaSampai Bila dan ditutup dengan lagu Semoga Abadi.

Selain peminat rakan artis yang sama-sama hadir menyaksikan persembahan Misha termasuk Ella, Aina Abdul, Shila Amzah, Ernie Zakri, Syamel dan Nabila Razali. Penerima trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu turut menyampaikan lagu hits Lady Gaga dan Bruno Mars,

Die With A Smile duet dengan Juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet.

Turun Pentas

Selain melontarkan vokal dan persembahan yang menarik,Misha Omar mempamerkan kehebatan dan keakrabannya dengan peminat apabila beliau turun dari pentas untuk mendekati penonton semasa konsert Back to Basics baru-baru ini.

Tindakan spontan itu mendapat sorakan gemuruh daripada para hadirin yang teruja dengan kehangatan interaksi beliau. Misha bukan sahaja menyampaikan lagu dengan penuh jiwa, tetapi juga menunjukkan penghargaan mendalam terhadap sokongan peminat yang sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan kariernya.

Momen penuh emosi itu membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang penyanyi yang berbakat, tetapi juga seorang artis yang menghargai setiap detik bersama peminat setianya.

Follow kami di Facebook Website , Instagram, YouTube , Twitter Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Rosmah Idayu