Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani. Menerusi perkongsian rakaman suara pendek (voice note) yang dikirimkan menerusi akaun Instagram Azhan Rani, Fasha Sandha tidak mahu orang ramai menyalahkan pelakon lelaki itu atas kemalangan yang menimpa dirinya ketika berlakon.

Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani

Menerusi kompilasi gambar-gambar sewaktu melawat Fasha Sandha, Azhan Rani juga berkongsi rakaman suara daripada pelakon itu.

“Doakan ya, abang jangan risau, orang kata abang tolak kuat sebenarnya tak kuat pun abang tolak.

“Video pun ada, andaian orang je. Orang bukan dalam industri tak tahu bukannya tolak betul-betul pun, just acting, cuma landing tempat yang salah. Saya tak nak orang salahkan abang.

“Saya akan bagi statement dua tiga hari nanti, sebab sekarang ni tak boleh menulis. Sebab kalau menulis tulisan tu akan jadi dua. InsyaAllah bila semuanya dah semakin sihat saya akan explain. Semoga akan beransur pulih dan bengkak akan kurang,” kongsi Fasha menerusi rakaman suara.

Terima Apa Saja Pandangan & Kecaman Dari Orang Ramai

Sebelum ini, pelakon Azhan Rani terima saja apa pandangan dan kecaman dari orang ramai terhadap dirinya. Sebelum ini Fasha dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru setelah mengalami kecederaan pada mata kirinya ketika menjalani penggambaran.

Insiden tersebut berlaku ketika pelakon itu terjatuh sebelum mata serta kepalanya terhentak pada bucu katil yang tajam. Akibatnya, tulang mata kiri patah dan bebola mata kiri Fasha berdarah serta bengkak.

Azhan yang bergandingan dengan Fasha berasa sangat bersalah namun menerusi perkongsian terbaru di Instagram miliknya Azhan meluahkan rasa;

“40 kali tulis padam tulis padam.

Ads

“Saya tepek je la ye voice message antara kami semalam. gambar tu hari ini. in shaallah dia dalam proses recovery dan semakin baik berkat doa yang tak putus2 dari semua.

“Maaf saya tak berminat nak ulas apa2 buat masa ni, biar @fashasandha sendiri selepas sihat dan pulih seratus peratus yang jelaskan.

“Buat masa ini saya raikan sahaja apa juga pandangan, kecaman atau tomahan. lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan. cuma jangan lupa titipkan doa buat sparing partner saya @fashasandha agar dia kembali pulih macam selalu.

“Terima kasih juga @itsaidilaziz yang menyantuni kami. producer @geehanmsdnbhd yang sentiasa disisi dari mula insiden hingga hari ini.

“Tak lupa juga buat pengarah @alongkamaludin serta seluruh team produksi telemovie #anaktuan . semoga ada hikmah yang baik buat kita semua.

“berikan la dulu ruang buat @fashasandha berehat. in shaallah bila keadaan menguzinkan nanti beliau sendiri akan maklumkan. in shaallah. terima kasih sekali lagi.

Ads

“Semoga posting ini mampu meredakan emosi semua. Teruskan berdoa” kongsi Azhan.

Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”        Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”

“Abang Yang Terbaik… Apa Yang Berlaku Allah Dah Susun” Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi kata-kata semangat buat Azhan Rani.

Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun” Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun” Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”

Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”

Menarik Juga Disini : Azhan Rani Simpati Pada Fasha “Cuma Nak Tengok Dia Sihat Macam Dulu. InsyaAllah Dia Kuat”

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Baca Disini : Azhan Rani Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata, Tersentuh Dengan Keprihatinan & Sikap Pemurah Rakyat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Sumber / Sumber Foto : Instagram Azhan Rani

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI