Fasha Sandha Pun Pernah Lebih 70 KG, “Apa Masalahnya Kalau Orang Saiz Besar Pergi Fashion Show?”

Share

Bila ada pengkritik fesyen memuat naik satu status larangan individu 60 kg menghadiri fashion show, ramai sungguh yang memberi sokongan moral pada mereka yang bersaiz besar ini. Pelakon Fasha Sandha pun sama turut mempersoalkan ‘mengapa berat 60 kg tak boleh ke pertunjukan fesyen?’.

Apa masalahnya kalau orang saiz besar nak pergi fashion show?” Ini respons Fasha yang dimuat naik dalam instagram miliknya.

Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 34 yang ketika ini sedang menjalani penggambaran drama ‘Istana Firdausi’ turut terkesan dengan status sedemikian.

So what if manusia berate lebih 60 kg nak pergi fashion show? Apa masalahnya? Dulu I pun pernah lebih 60 kg. Haih.. Apa laa..” tambah ibu kepada dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

 

Saya Pernah Lebih 70 KG, Walau Sekarang Dah 57.8 KG

Fasha juga memaklumkan betapa satu cabaran bagi orang yang genetiknya berbadan besar nak jaga badan. Macam-macam usaha perlu dilakukan demi nak dapatkan badan langsing. Fasha memahami kesukaran tersebut.

“Tak baik hina orang yang genetik memang dah semulajadi besar. Kalau jenis kurus kering sebab genetik, memang selamanya akan kecik walau melantak 2 pinggan nasi.”

“You tau betapa seksanya orang yang genetik berbadan besar ni jaga badan? Makan pun kena catu tau. Kepada yang dihina oleh wanita jelita kurus tersebut. Saya harap awak tabah.”

“Jangan risau, saya pun pernah lebih 70 kg walaupun sekarang dah 57.8 kg.”

Kita sama-sama buktikan, kita boleh berjaya. Saya sokong team perempuan besar.”

 

Tapi Persoalannya..

Apa masalahnya kalau orang saiz besar nak pergi fashion show? Sepatutnya orang bijak pandai fashion macam you, bagi semangat pada orang. Bukan memberi hinaan

Orang bersaiz besar pun layak untuk berfesyen dan bergayakan?” Benarlah seperti kata Fasha ini, wanita bersaiz besar pun tetap punya perasaan mahu kelihatan cantik dan berpakaian menawan.

Malah di New York Fashion Week 2018 pun ada saga model plus-size yang berjalan catwalk di pentas runaway. Mungkin ‘dia’ tak tahu wanita chubby ni sweet dan ada aura tersendiri sebenarnya.

Sumber/Foto : Instagram Fasha Sandha

Published by
Netty Ah Hiyer