Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar anak sudah besar. Cepatnya masa berlalu, tidak sedar dia terus membesar di depan mata dan kita pun dah makin berusia.
Kadang-kadang, mahu sahaja putarkan waktu untuk jalani hari-hari yang indah dengan anak. Maklum sahaja, cukup seronok bila dapat mengingkatkan zaman anak-anak masa kecil. Macam-macam karenah.
Bila Anak Makin Membesar..
Lain pula, bila anak makin membesar. Feelnya pun berbeza. Masing-masing ada perangai. Pernah mak-mak rasa, bila anak kecil tak sabar nak tunggu anak membesar. Tapi, bila anak besar, perangainya lain pula.
Ketahuilah, bila anak semakin besar, kita akan rindu dengan kaletahnya masa kecil. Jadi, masa yang ada ini, jangan sia-siakan. Jadikan setiap waktu yang kita ada ini sebagai kenangan indah buatnya.
Seperti apa yang sikongsikan oleh Mak’Mude ini cukup memberi kesan buat mak ayah. Jangan sia-siakan waktu-waktu anak membesar.
1. Masa Kecil
Inilah masa intim, ketika anak berusia 0-8 tahun. Masa di mana anak menempel terus kepada mak ayah. Masa manja-manjanya seorang anak, sehingga sentiasa ingin di peluk dan memeluk mak ayah. Malah, kalau ajak nak ke mana-mana, anak akan ikut sahaja.
2. Waktu Kritis
Masa ini adalah ketika anak berusia 9-13 tahun. Di mana anak sudah masuk sekolah rendah dan mulai sibuk dengan lingkungan sekolah dan teman-teman yang sebaya dengannya.
Pada masa kritis ini, anak mulai belajar dari banyak sumber, termasuk dari guru dan teman-temannya. Ia juga mulai membandingkan perlakuan orang tuanya dengan perlakuan orang tua dari temannya.
Dari sumber belajar ini jugalah, anak mulai bersikap kritis terhadap pendapat mak ayah. Anak mula banyak bertanya dan kuat membantah sehingga timbul beza pendapat dengan mak ayahnya.
Pada masa ini juga mulai muncul perasaan tidak puas hati, kecewa atau sakit hati terhadap cara mak ayah yang tidak sependapat dengan keinginannya. Lalu memorinya menyimpan hal tersebut, sehingga ia mulai menjaga jarak dengan mak ayah.
Ads
Jadi, hati-hati jaga tingkah laku dengan anak ya. Jangan sampai masa kritis ini membuat jarak antara mak ayah dengan anak.
3. Masa Sibuk
Ini adalah masa ketika anak berusia 14-23 tahun. Masa di SMmana anak sudah sibuk dengan kegiatan sekolah di SMK atau IPT. Pergaulan mereka juga biasanya makin luas, sehingga waktu bersama mak ayah semakin terbatas. Apatah lagi, jika anak mula dapat melanjutkan pelajaran di negeri lain.
Biasanya, waktu begini, anak-anak sudah malu dan susah untuk dipeluk. Apalagi jika dipeluknya di tempat awam. Boleh dikatakan anak lelaki makin susah untuk diajak berpelukan oleh mak ayah.
Keadaan inilah menjadi berbalik. Dulu anak yang inginnya ‘menempel’ pada mak ayah, sekarang mak ayah pula ingin ‘menempel’ dengan anak.
4. Fasa Mandiri
Ini adalah masa di mana anak berusia 23 tahun ke atas atau masa anak sudah bekerja atau berkahwin. Masa inilah anak sudah seharusnya mandiri dan kita sebagai mak ayah perlu siapkan mental untuk menghadapinya.
Ads
Ingat! Masa yang paling membahagiakan bagi mak ayah dan anak adalah pada masa kecil. Jadi, jangan sia-siakan masa kecil tersebut. Ia adalah golden moment, sekali gus golden age.
Carilah waktu untuk anak ketika mereka kecil, sebelum mereka tidak mempunyai waktu untuk kita.
Yang abadi hanyalah doa. Doa yang dipanjatkan orang tua kepada anaknya dan doa yang dipanjatkan anak yang soleh kepada orang tuanya. Itulah doa yang menyambung kembali kebersamaan anak dengan orang tuanya. Nanti di akhirat kelak.
“(yaitu) surga ‘Dan yang mereka masuk ke dalamnya bersama orang-orang soleh dari bapa-bapanya, istri-istrinya dan anak cucunya” (QS. Ar-Ra‘du ayat 23)..
Jadilah setiap waktu berharga buat anak, buat kenangan indah bersama mereka.
MW: Moga ia memberi manfaat untuk mak ayah di luar sana. Jangan sia-siakan waktu anak membesar itu.
Dalam melayani perangai anak-anak sedang membesar, kata kunci yang mak-ayah kena pegang adalah sabar. Sebab.. tak selamanya anak kecil kita akan menjadi kecil. Dia akan meniti alam remaja, dewasa dan akhirnya mendirikan rumah tangga.
Ingatan kecil daripada Puan NurulAa Mustofa ini cukup dekat di hati mak ayah. Yang mana, kadangkala tanpa sedar kita melayani anak-anak seolah-olah mereka itu bukan anak kecil kita.
Kata orang ‘kecik beso.. kecik beso’ je tengok budak-budak ini. Tapi rupanya mak ayah, kita kena sedarkan diri. Suatu hari nanti 16 perangai yang kita tak suka itu, rupanya akan kita kenang dan ingat malah rindukan.
Suatu Hari Nanti Anak Kita Takkan Buat..
1. Anak kita dah tak lagi memanjat badan kita.
2. Anak kita dah tak lagi minta kita buatkan susu.
3. Anak kita dah tak lagi minta kita suapkan makanan.
4. Anak kita dah tak lagi berlari-lari keriangan bila nampak kita balik dari kerja.
5. Anak kita dah tak lagi percaya magic yang kita buat.
6. Anak kita dah tak lagi nak dipeluk masa tidur.
7. Anak kita dah tak minta kita dokong lagi.
8. Anak kita dah tak lagi minta kita bacakan buku cerita.
9. Anak kita dah tak lagi minta kita menyanyi lagu kegemarannya.
10. Anak kita dah tak lagi minta kita mandikan mereka.
11. Anak kita dah tak lagi tarik-tarik tangan kita.
12. Anak kita dah tak lagi tarik-tarik tudung kita.
13. Anak kita dah tak lagi ikut ‘punggung’ kita kemana saja kita pergi.
14. Anak kita dah tak lagi tanya kita soalan yang sama bertalu-talu.
15. Anak kita dah tak lagi kacau kita solat, panjat badan, masuk dalam telekung, duduk atas kepala masa sujud.
16. Anak kita dah tak lagi cucuk mata kita bila dia dah bangun dulu dari kita. .
Sebab Itu Mak Ayah
Hargailah mereka, setiap detik yang ada. Sabarlah ibu dan ayah, kami tak selamanya begini. Sampai satu hari nanti, ibu dan ayah harus lepaskan kami juga.
Sumber/Foto : Facebook NurulAa Mustofa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang cakap, melentur buluh biar dari rebungnya. Bukan saja dari segi perangai atau sikap anak itu saja tapi ia juga berkaitan dengan menutup aurat. Mak ayah kena biasakan dari kecil dalam hal-hal mengenakan tudung untuk menutup aurat.
Ada sesetengah mak ayah rasa kasihan sebab anak masih kecil dan belum cukup umur. Namun, tidak salah pun kalau maka ayah nak biasakan dari kecil. Jangan sampai bila dah besar, baru nak suruh. Masa itu memang agak susah dan mencabar untuk mak ayah nanti.
Ingat, nak didik anak, baik perempuan mahu pun anak lelaki caranya berbeza. Lebih-lebih lagi bila ada anak perempuan, bab-bab jaga aurat sangat penting. Bila dah biasakan dari kecil, secara tak langsung anak akan rasa malu bila keluar tanpa mengenakan tudung. Percayalah. Itu untuk ajar anak perempuan, kalau untuk anak lelaki lain pula caranya.
Perkongsian daripada ibu muda kepada 7 orang anak perempuan ini boleh dijadikan panduan untuk kita. Mungkin ada mak-mak pun berpendapat sebegini. Sekurang-kurangnya, kita ajar anak perempuan dan biasakan dari kecil untuk menutup aurat.
Biasakan Dari Kecil – Tip Ajar Perempuan Anak Pakai Tudung
Sebenarnya tiada tip gempak mana pun. Saya cuma nak kongsi sedikit sebanyak dari pengalaman saya mama kepada 7 anak perempuan.
Jom kongsi untuk yang ada anak perempuan..
PERTAMA
Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka. Tapi saya beli saiz sama jer untuk 6 orang anak saya sebab beza umur diaorang lebih kurang saja.
KEDUA
Paling penting konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting. Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka . Biasanya anak keluar saja wajib pakai. Jangan onn off pulak. Ahamdulillah mesti boleh punya..
KETIGA
Masa ajar tu bagitau mereka pakai tudung bukan mama dan papa yang suruh pakai, tapi Allah SWT yang suruh pakai.
KEEMPAT
Untuk yang dah besar terapkan dan terangkan dengan siapa kena tutup aurat. Kalau yang no 6 tu tak paham sangat sebab masih kecik. Pening pulak kalau diterangkan banyak pada dia nanti. Yang penting keluar rumah kena sarung tudung dan yang dah besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dan lain-lain.
KELIMA
Masa nak shopping tudung untuk anak, saya akan tanya mereka jenis mana dan color apa yang mereka suka. Tapi perangai saya memang suka beli sama, sedondon.
Ajarilah anak-anak anda dari mereka kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung. Bila dah tahap mereka banyak persoalkan macam-macam, masa itu dah mencabar untuk mereka konsisten pakai.
Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah.
Sekarang semua anak perempuan saya semua dah lekat berTUDUNG..alhamdulilah
Nanti ada rezeki BOBOI ke 8,9,10 pakai kopiah pulak.
MW: Moga bermanfaat untuk mak ayah di luar sana. Panduan yang baik untuk mak ayah yang ada anak perempuan.
Ada saranan agar isteri asingkan siap-siap baju suami dan anak yang nak dibasuh. Itu sebagai satu adab untuk memuliakan suami. Perlukan sampai begitu sekali, untuk seorang isteri memuliakan suaminya?
Ustaz Farid Rashidi menjelaskan banyak cara untuk isteri memuliakan suaminya. Basuh baju pun salah satunya. Cuma tak perlulah nak asingkan satu-satu kalau tiada najis pada pakaian-pakaian itu.
Hadamkan penjelasan selanjutnya ya. Moga tiada mak-ayah yang keliru lagi.
Basuh Baju Suami Kena Asingkan Dengan Pakaian Anak?
Viral pasal basuh baju suami pula. Semuanya gara-gara tulisan ringkas yang memberikan bermacam tafsiran pada nitizen.
Apapun, dalam memuliakan suami itu banyak caranya. Basuh baju pun dah dikira memuliakan suami. Bermakna tak perlu pun asingkan baju suami dan anak kecuali memang bernajis.
Walaupun sekarang ni ada mesin basuh, tapi tetaplah letih nak membasuhnya apalagi baju pula bertimbun. Mana nak jemur lagi, lepas itu lipat, ada pula yang nak kena iron. Fuhh memang penat. Moga Allah SWT berikan ganjaran pahala buat semua wanita muslim bergelar isteri.
Isteri Bantu Urus Rumah Tangga, Itu Dah Kira Memuliakan Suami
Dalam sedar tak sedar, isteri dah pun memuliakan suami bila bantu urus rumah tangga, memasak, kemas rumah, mengandung, melahirkan, menyusu, jaga anak siang dan malam, sabar mendidik anak, melayani suami, bekerja pula tambah pendapatan dan lain-lain lagi.
Suami perlu bersyukur dan berterima kasih pada isteri. Ucapkanlah padanya dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.
Ingat, isteri kita bukan hamba atau kuli suruhan. Isteri kalau dia dah sayangkan suami, tak perlu suruh pun dia dah buat tau. Hargailah dia sepenuh hati.
Tentang viral itu, dalam berdakwah ada seninya. Bila nak sampaikan sesuatu, kita kena duduk setaraf dengan masyarakat. Ia lebih dekat di hati. Sampaikan dengan bahasa yang baik dan jelas. Orang lain pun macam kita juga, punya hati, perasaan dan sejuta masalah dalam kehidupan. Dan kita perlu sedar, di MEDSOS ini ada bermacam ragam manusia. Bahkan berbeza pula takat kefahamannya.
Maka, sampaikanlah ilmu dengan hikmah dan baik. Moga-moga Allah SWT berikan taufik dan hidayah buat kita selalu.
آمين يارب العالمين #UFR
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...