Farid Tuduh Diana Curang “Itu Semua Fitnah. Kalau Betul Ada Orang Ketiga, Kenapa Nak Belikan Cincin Kahwin?”

Share

Farid tuduh Diana curang. Perbalahan rumah tangga antara Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle semakin tegang apabila aktor itu mendedahkan keretakan rumah tangga berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Farid menyatakan dia mula menghidu mengenai kecurangan yang berlaku sejak tahun lalu.

Farid Tuduh Diana Curang

Namun dakwaan tersebut dinafikan oleh Diana. Ibu kepada dua cahaya mat aitu turut menegaskan segala tuduhan yang dibuat suaminya merupakan fitnah semata-mata dan segala masalah yang berlaku berpunca daripada kesalahan suaminya.

“Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau ‘kantoi’ kenapa nak bawa bunga?

“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” luah Diana.

Diana Masih Dengan Keputusan Mahu Berpisah

Diana juga menyatakan Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga bukan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi untuk menjaga air mukanya saja.

“Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai.

“Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja,” kongsi Diana.

Pasangan ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi memaklumkan mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan konflik rumah tangga, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

“Ada Pihak Ketiga Yang Menyokong Dia Dari Belakang” Farid

Manakala menurut Farid pula dia mahu menegakkan undang-undang Islam dan haknya sebagai seorang suami.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah sudah memberi petunjuk dan hidayah. Saya juga sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.

“Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta.

“Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya sudah maklum dari tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini,” kongsinya.

Farid juga memberitahu sudah 23 hari tidak bertemu kedua anaknya.

“Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.

“Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi, hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar,” luahnya.

Baca Disini : Diana Danielle Fail Perceraian, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak Di Mahkamah

Sumber : Harian Metro 

 Sumber Foto : Sinar Harian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

 

Published by
Norhayati Suboh