Farid Kamil cuba curi hati. Dalam diam tiba-tiba kes rumah tangga pasangan sensasi, Farid Kamil menjadi tumpuan ramai apabila isterinya Diana Danielle membuat permohonan cerai.
Pada 20 Mac lalu Diana yang juga heroin filem Imaginur telah membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Namun suaminya Farid enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu juga tidak lagi tinggal serumah. Farid dan Diana telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7.
Farid Kamil Cuba Curi Hati
Seperti mana yang dilaporkan media, Diana telah hadir di Mahkamah Syariah Subang Bestari pagi tadi bagi sebutan semula kes perceraiannya membabitkan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Ads
“Salam Ramadan,” kata Diana Diana sejurus tiba di mahkamah dengan memakai jubah hitam sambil ditemani pembantu dan pengawal peribadinya.
Farid Bawa Sejambak Bunga Mawar
Seminit kemudian, Farid pula tiba di mahkamah dengan memakai baju batik berwarna hitam dan bercorak putih, ditemani peguamnya.
Kelihatan Farid memegang sejambak bunga mawar, sejurus keluar dari kereta jenis Vellfire.
Ads
“Bunga ini saya nak beri kepada Diana Danielle sebagai tanda pendamaian pertama,” ungkapnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kadang-kadang jauh di sudut hati teringin sangat nak buat baik dengan orang. Dalam erti kata lain nak berdakwah dengan nasihat wanita lain tentang agama. Tak semua orang yer, dapat terima teguran daripada orang lain. Walaupun kita dah gunakan ayat paling baik dan bahasa yang halus, manusia tetap mudah melatah lagi-lagi wanita yang halus jiwanya.
Pengalaman ini dikongsikan oleh seorang wanita yang cuba berdakwah pada wanita cantik yang tidak mengenakan hijab. Padanya biarlah kita tidak nampak alim, namun kita tidak pernah lupa menyebarkan kebaikan.
Sejak awal, dia, Musalmah (bukan nama sebenar) sedar bukan mudah untuk menyampaikan kebaikan, tetapi dia cuba mendidik jiwanya untuk cuba mendidik orang sekeliling untuk berubah kebaikan.
Mengajak berbuat jahat adalah lebih mudah daripada mengajak orang berbuat kebaikan, percayalah. Namun hatinya utuh memegang kata Almarhum bapanya agar tidak henti sebarkan aura positif kepada orang lain biar pun kita tidak sebaik atau sealim mana.
Kadang-kadang selain mendidik orang, jiwa kita juga secara tidak langsung mendapat isyarat agar tidak melakukan perbuatan mungkar dan tidak menepati syariat Allah.
Pernah sekali, Musalmah mengajak rakannya bersolat ketika berada di universiti setelah hampir satu semester mereka berkongsi bilik di universiti. Tidak lama kemudian, rakan biliknya menukar bilik atas alasan Musalmah sibuk menjaga soal tepi kainnya.
Kadang kala Musalmah mencuba menyusun ayat agar tidak menyinggung hati mereka yang ditegur, tetapi masih juga mereka beraksi negatif apabila disapa gadis ini. Namun kejadian tiga tahun membuatkan hati Musalmah benar-benar luluh. Kala itu, dia baru sahaja mendapat tawaran kerja. Salah satu persiapan yang dilakukan adalah melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagi menjimatkan wang, dia melakukan pemeriksaan tersebut di hospital kerajaan.
Mendapat satu-satu perkhidmatan di hospital kerajaan sememangnya makan masa agak lama, maklumlah caj yang dikenakan rendah dan ada sesetengahnya pula percuma. Jadi Musalmah sedari awal cuba memperuntukkan waktunya dengan membaca ayat suci Al-Quran secara perlahan. Bimbang mengganggu orang di sekelilingnya.
Ramai yang memandang tingkah laku Musalmah, malah tidak kurang juga yang kurang senang dengan tindakannya. Lebih pedih ada yang berbisik seolah-olah Musalmah cuba berlagak alim. Lalu Musalmah menyimpan semula Al-Quran dalam beg tangannya dan seterusnya menunggu gilirannya tiba.
Gadis Angkuh Menyinga
Seorang demi seorang berganti pesakit duduk di sebelahnya. Namun kelibat gadis cantik berskirt pendek benar-benar menjentik perasaan Musalmah. Hati gadis ini meronta-ronta ingin menegur keterlanjuran gadis yang tidak segan-silu membuka auratnya, tambahan lagi hospital merupakan tempat awam dan terdapat ramai orang.
Pada awalnya, ada bisikan halus menghalang Musalmah untuk terus menegur. Tetapi akhirnya terluah juga teguran tulus dari Musalmah. Sebaik mungkin gadis ini menyusun ayat, tetapi wanita cantik tadi terus menyinga dan cuba menarik tudung Musalmah.
Katanya sebaiknya Musalmah diamkan diri dari menegurnya. Sekali lagi Musalmah cuba menegur gadis tersebut, bayangkan jika malaikat maut datang menjemput anda sekarang, apakah tindakan anda? Gadis tersebut dengan angkuh menjawab, “Kalau malaikat maut datang sekali pun, aku akan menghalaunya”.
Musalmah yang terkejut terus menuju ke bilik rawatan apabila nombornya dipanggil. Usai membuat beberapa pemeriksaan, Musalmah keluar untuk pulang ke rumah. Kala itu, dia ternampak wanita tadi dikerumuni doktor dan jururawat. Dia telah tidak sedarkan diri secara tiba-tiba lalu menghembuskan nafas terakhir.
Musalmah berasa sedih apabila gadis tersebut mendapat pengakhiran sebegitu dalam usianya yang masih muda. Dirinya berdoa agar gadis tersebut diampunkan dosa-dosanya dan rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman. Aamiin…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidangan pemanis mulut atau dessert memang digemari seisi keluarga. Mungkin ada yang menganggap cara menyediakannnya agak sukar tapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Jom kita cuba langkah mudah ini. Pasti anak-anak tersenyum riang apabila dapat menikmati dessert yang sedap hasil air tangan ibu mereka sendiri.
BAHAN-BAHANNYA:
125 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
100gm mentega
250ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan air bersama gula dan mentega di dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.
2. Pukul semua telur di dalam bekas yang lain. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan menggunakan nozzle bentuk bintang.
4. Sediakan kastard segera bersama air panas.Kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Bakar puff di dalam ketuhar pada suhu 200C selama 25 minit. Pastikan puff benar-benar masak sebelum diisi dengan kastard. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan masukkan inti kastard.
Tip Masakan: Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar di dalam ketuhar sehingga permukaan puff bertukar warna coklat. Pastikan kedudukan dulang ditengah-tengah ketuhar supaya permukaan dan bawahnya masak dengan sekata.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Tempoh penyediaan: 20 minit
Hidangan: 7 orang
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita baik buat yang sedang merancang untuk membeli penyaman udara (air conditioner) atau peti sejuk di rumah tu, untuk lebih jimat boleh mendaftar dalam Program SAVE 2.0 bagi mendapat rebat sebanyak RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di Shopee.
Program SAVE 2.0
Program SAVE 2.0 ialah program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah yang membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.
Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) yang merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011.
Program SAVE 2.0 ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan dengan kolaborasi Shoope.
Syarat Kelayakan:
Orang ramai yang ingin mendaftar bagi Program SAVE 2.0 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti:
1.Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2.Mestilah pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB.
3.e-Rebat digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
4.1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa dahulu dia dapat).
Cara Mendaftar:
Untuk mendaftar dan mendapatkan e-Rebat menerusi Program SAVE 2.0 ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
3. Isi semua maklumat yang diperlukan merangkumi:
– No. Bil Elektrik
– No. Kad Pengenalan
– Nama Penuh
4. Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.
5. Klik Butang ‘Submit’.
6. Baucar/ rebat sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa mendaftar untuk rebut peluang ini.
Untuk info dan maklumat lanjut mengenai Program SAVE 2.0, sila layari https://shopee.com.my/m/program-save
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jangan lupa mendaftar untuk rebut peluang mendapat rebat RM200 ini bagi pembelian penyaman udara mahupun peti sejuk.